LATAR BELAKANG PENDIDIKAN ALI BIN TALIB R.A



PENDIDIKAN


Ali bin Abi Talib r.a dilahirkan tiga tahun sebelum Nabi Muhammad mengahwini Khadijah. Oleh kerana semua anak lelaki Nabi Muhammad s.a.w wafat, Fatimah binti Asad selaku ibu kepada Ali bin Abi Talib ingin meredakan kesedihan Rasululla s.aw telah menyerahkan beliau kepada baginda. Jesteru itu, selepas Nabi Muhammad mengahwini Khadijah, Ali bin Talib dianggap sebagai anak oleh Khadijah. Jadi, beliau telah diasuh, dibesarkan, dan dididik oleh baginda sendiri.

Ali bin Abi Talib juga diambil oleh Rasulullah s.a.w daripada kedua-dua ibu bapanya bertujuan untuk meringankan beban Abu Talib bin Abd Al-Muttalib yang pada masa itu sedang menderita kesusahan. Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Aku mengambil orang yang Allah pilihkan untukku ke atas kamu semua iaitu Ali”. Ali bin Abi Talib mengatakan bahawa Nabi Muhammad s.a.w umpama bintang petunjuk dan aku selalu mengikuti tingkah laku dan perbuatannya. Beliau terpaut kepada baginda umpama anak unta yang terpaut kepada ibunya. Baginda seringkali menyajikan nilai-nilai akhlak yang luhur dan murni, dan juga selalu menasihati beliau untuk mengikutinya.

Jesteru itu, kelihatan Ali bin Abi Talib r.a tidak pernah menjadi murid dan tidak pernah berguru dengan sesiapa pun kecuali Nabi Muhammad s.a.w yang merupakan guru yang terulung baginya. Kenyataan ini dibuktikan semenjak daripada kecil beliau telah dipelihara dan dibesarkan di rumah baginda. Beliau sendiri tidak pernah berpisah dengan baginda dari awal hingga wafat kecuali dalam beberapa peristiwa tertentu sahaja.








MANUSKRIP DAN TULISAN

Ali bin Abi Talib r.a dikatakan pengarang dan pengumpul bahan-bahan pemikiran Islam pertama dalam dunia Islam. Beliau merupakan salah seorang daripada 17 orang terawal dari kalangan orang-orang Islam yang tahu membaca dan menulis. Ibn Syahrasyub menatakan bahawa tokoh pertama yang menghasilkan penulisan dalam Islam ialah Ali bin Abi Talib r.a diikuti dengan Salman al-Farisi dan seterusnya Abu Dhar. Jadi, tidak menghairankan sekiranya beliau dikatakan mempunyai beberapa buah karya hasil tulisannya sendiri. Di antaranya karya dan tulisannya yang sudah diketahui umum ialah :

(1) AL-QUR’AN



Al-Qur’an al-Karim yang disusun oleh Ali bin Abi Talib r.a dari sesi kronologinya disusun berdasarkan masa penurunan wahyu berasaskan surah-surah dan ayat-ayat. Di dalam penyusunan ini, beliau memperlihatkan perkara berdasarkan Am dan Khas, Mutlaq dan Muqayyad, Muhkamah dan Mutasyabihah, Nasikh dan Mansukh, peraturan dan juga tatatertib al-Qur’an. Beliau turut mengemukakan peristiwa-peristiwa yang menyebabkan ayat-ayat tersebut diturunkan.

Pengumpulan al-Qur’an yang dilakukan oleh Ali bin Abi Talib r.a dikatakan lebih berbentuk interpretasi (tafsir) berbanding dengan koleksi-koleksi surah-surah kerana beliau memasukkan banyak maklumat dan pengetahuannya yang amat dikehendaki oleh umat manusia. Beliau telah mengabdikan diri selama tiga hari untuk menyempurnakan tugas terbesarnya bagi mengumpulkan seluruh al-Qur’an dalam sebuah kitab.

Oleh sebab itu, kebanyakan sumber Islam menyebutkan bahawa beliau merupakan tokoh pertama yang menjadi pengumpul al-Qur’an sejurus selepas kewafatan Rasulullah s.a.w kerana pada masa baginda masih hidup, tidak ada seorang pun yang pernah melakukannyadan mushaf tersebut pula merupakan bahan penulisan terawal dan berada dalam dalam simpanan keturunan Ja’far. Sumbangan Ali bin Abi Talib r.a dalam pengumpulan al-Qur’an dapat dilihat menerusi kepentingan dan kedudukan al-Qur’an dalam kehidupan umat Islam.

(2) MUSHAF FATIMAH



Sebaik sahaja menyudahkan pengumpulan al-Qur’an al-karim, Ali bin Abi Talib r.a telah mengarang sebuah kitab yang ditulis khusus untuk Sayyidah Nisa’ al Alamin, Fatimah Al-Zahra yang kemudian dikenali dikalangan anak-anaknya sebagai Mushaf Fatimah. Ia bertujuan untuk meringankan kesedihan dan penderitaan dalam kehidupan Fatimah al-Zahra selepas kewafatan bapanya, Rasulullah.

Mushaf ini mengandungi koleksi khutbah, bidalan, pepatah, peribahasa perumpamaan, riwayat dan amalan. Ia merupakan catatan yang ditulis hasil daripada baacaan Nabi Muhammad s.a.w kepada Ali bin Abi Talib, dan bukan merupakan terdiri daripada ayat-ayat al-Qur’an tetapi merupakan rencana (amla’) yang dibacakan oleh Nabi Muhammad dan ditulis pula oleh Ali bin Abi Talib.


(3)AL-SAHIFAH



Kitab Al-Sahifah ditulis sebaik sahaja Ali bin Abi Talib r.a menyiapkan penulisan Mushaf Fatimah. Al-Bukhari dan Muslim turut menyebutkannya di dalam kitab Sahih mereka pada beberapa tempat. Kitab ini mengandungi segala-gala yang membabitkan anggota tubuh (al-jarahat) sehingga kepada gigi Unta (asnan al-ibil). Ia juga mengandungi persoalan tentang diyat yang berhubung dengan jumlah wang yang dikenakan ke atas kesalahan jenayah kerana membunuh, kecacatan anggota dan kecederaan lain. Diyat juga berkait rapat dengan kes-kes secara sengaja dan tidak sengaja atau dalam kes-kes yang tidak ada hukuman, ataupun ia tidak boleh dijadikan undang-undang atau peraturan.


(4) AL-JAMI’AH



Sebuah kitab berupa keping-kepingan kulit yang dituliskan oleh Nabi Muhammad kepada Ali bin Abi Talib. Kitab ini dikatakan mengandungi perkara-perkara yang berhubung dengan halal dan haram serta penjelasan tentang perintah sebagai mana yang terkandung dalam al-Qur’an. Para Imam daripada keturunan Ahl Al-Bayt Rasulullah dikatakan mewarisinya secara silih berganti dan mereka menamakannya sebagai Al-Jami’ah, Al-Sahifah, Kitab Ali, dan al-Sahifah Al-Atiqah (kitab tua). Yang mengandungi hukum hakam Allah.

(5) KITAB-KITAB TENTANG TUGAS-TUGAS



Kitab ini mengandungi keputusan-keputusan Ali bin Abi Talib r.a dalam hak perwarisan dan kes-kes lain yang melibatkan perundangan. Dalam beberapa keterangan dikatakan ia kemungkinan adalah sebahagian daripada Al-Jami’ah.



(6) AL-JAFR



Dari segi bahasa, Al-Jafr bermaksud anak kambing yang membesar dan kuat atau yang berusia empat tahun. Perkataan Al-Jafr dalam bentuk mufrad dan ajfar atau jufah dalam bentuk jamak, biasanya merujuk kepada kulit kambing. Al-Jafr merupakan nama yang diberikan kepada salah satu cabang ilmu tertentu yang ditulis oleh Nabi Muhammad s.a.w kepada Ali bin Abi Talib pada kepingan kulit.

Ia mengandungi peristiwa-peristiwa masa hadapan, kitab-kitab suci para Nabi yang terdahulu, kitab-kitab yang diwahyukan Allah sebelum Al-Qur’an dan juga ilmu pengetahuan para Nabi, wasi dan para ulama dari kalangan Bani Israil. Pada zahirnya, kitab ini mengandungi perkara-perkara halal dan haram, dan juga mengandungi segala keperluan manusia terhadap hukum hakam agama dan kebaikan duniawi mereka.

(7) MUSNAD



Kitab Musnad dikatakan mengandungi hadith-hadith dan riwayat-riwayat yang merupakan petikan daripada sabda Rasulullah yang ditulis oleh Ali bin Abi Talib r.a dan dikatakan telah dikumpullkan oleh Al-Nasa’i.

(8) KITAB-KITAB LAIN



Antara kita-kitab lain yang dikatakan ditulis oleh Ali bin Abi Talib r.a adalah :
* Kitab mengenai cukai-cukai ke atas barang-barang penghasilan.
* Kitab mengenai zakat kambing.
* Kitab mengenai Fiqh dan bab-bab yang berkaitan dengannya.
* Kitab Al-Wasiyyah, dikatakan salah satu kitab yang dikurniakan Allah kepada Ali bin Abi Talib r.a menerusi Nabi Muhammad s-a.w yang dibawa oleh malaikat Jibril.
* Kitab megenai bab yang berbeza-beza berhubung dengan bidang perundangan. Kitab Amali yang dikatakan terdiri daripada 60 jenis tentang ilmu al-Qur’an dengan setiap satu daripadanya dikemukakan dengan contohnya.

Comments

Popular posts from this blog

ABU BAKAR AL-SIDDIQ

Hum Ko Bulana

perlantikan khalifah umar al-khattab