Salam semua....menu ni aku masak Ahad semalam....masih lagi bertemakan ayam....tapi tak apa....ni ayam yang terakhir dalam freezer....dengar kata suami...habiskan semua stok dulu pastu baru boleh pergi pasar....huhuhuhu....so aku menurut perintah jer la...:))

Bahan-bahan;

1/2 ekor ayam - potong 8
3 cawan santan pekat
10 biji bawang merah **
5 biji bawang putih **     dimayang halus
1 inci halia **
1/2 inci lengkuas **
6 batang serai - dihiris kasar                                           *
1 inci kunyit hidup                                                          * kisar halus
25 biji ciliapi - boleh kurangkan kalau tak suka pedas   *
1/2 cawan minyak (aku guna minyak zaiton - kurang minyak)
2 helai daun kunyit - hiris halus
garam secukup rasa
1 keping kecil asam gelugor

Cara menyediakannya;

Bersihkan ayam dan toskan. Kisar ciliapi, kunyit hidup dan serai hingga halus. Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bahan-bahan yang telah dimayang halus tadi hingga naik bau dan layu. Masukkan bahan kisar, kacau hingga pecah minyak or till nampak cili masak. Masukkan ayam dan kacau  mesra sehingga semua ayam teah diliputi cili tadi. Kecutkan lebih kurang 10 minit or hingga ayam setengah masak. Masukkan santan pekat. Kacau sekali sekali agar santan tidak pecah minyak. Bila agak kering masukkan daun kunyit yang telah dihiris halus, ayam gelugor dan garam secukup rasa. Kecilkan api dan kacau sehingga kuah bertukar menjadi serbuk.
Aku lagi suka rendang ni agak basah-basah sedikit. Hidangkan dengan nasi panas berserta lauk yang lain. Sedap dimakan bersama dengan nasi impit or lemang...raya tak lama lagi kan,....:))
Selamat Mencuba....!!!


Hit: 14 Laman Asal