Since post sebelum ni tentang perihal politik, aku pun nak post pasal politik jugak. Nota kepala: Aku bukan ahli UMNO dah bukan juga ahli PAS. kalo UMNO silap, aku kata silap. Kalo PAS salah aku kata salah. benda yang baik dibuat untuk pembangunan negara pun dikatakan tak kena, mebazir, buang duit rakyat, abih tu camna? dicopy paste oleh microprocessor 1. JIKALAU yang pegang lilin itu pemimpin UMNO maka dikeluarkanlah fatwa syirik, menduakan Allah SWT, boleh tersisih aqidah, boleh jadi murtad dan sebagainya, tetapi jikalau yang pegang lilin itu mantan MB, halal belaka, benar sokmo, benar selalu, tak apa, tak kesah, biarlah. 2. Jikalau Mufti mengkritik kerajaan BN dan parti UMNO, diangkatlah Mufti itu, disokong Mufti itu, Dihotmati Mufti, namun sebaliknya jika Mufti itu mengkritik depa Dihinalah Mufti itu, Dicacilah Mufti, Digelarkanlah macam-macam gelaran kepada Mufti itu. 3. Jikalau yang rumah besar itu kereta besar itu milik pemimpin BN, yang menceraikan itu pemimpin UMNO maka dituduhlah macam-macam konon korupsi, rasuah, dan sebagainya. Sebaliknya jikalau rumah besar itu kereta besar itu harta besar itu milik depa, jikalau yang menceraikan itu pemimpin depa dengan tuntutan berjuta-juta diamkanlah, biarkanlah, hak dialah, jangan bising. 4. Sebab itulah, pengundi muda sudah berfikir , semua itu retorik belaka. Politik belaka bukan membangunkan Islam tetapi membangunkan diri sendiri, Sebab itulah pengundi muda di Manik Urai berfikir, sampai bila asyik mendengar politik maki hamun sedangkan depa sudah tiada beza. 5. Dahulu kata MCA kafir DAP pula lagu mana?, nak kata UMNO tidak menegakkan syiar Islam dia pun tak Tertegakkan syiar Islam, Nak kata menegakkan Negara Islam jauh sekali, Yang penting kalau depa pegang lilin dia pegang lilin juga, kalau depa bersidang bawah pokok dia pun bersidang bawah pokok juga, Lim Guan Eng hina Islam pun diam aje,jangan sakiti hati dia dia ahli pakatan 6. Maka kerana itu dunia sudah berpusing , pengundi muda sudah bosan ditipu, pengundi muda mahu yang realistik kepada masa depan mereka dan kampung mereka, sebab itu sahabat baik saya seorang ahli PAS berkata, "...setakat ini UMNO masih relevan perjuangkan agama Islam & bangsa Melayu kelemahan parti saya tidak konsisten ..." 7. Bagi penulis, saranan DS Najib dalam 1Malaysia supaya pemimpin UMNO dan kerajaan bercakap benar, jika salah mengaku kesalahan, memohon maaf dan membetulkannya. Dari Ijtimak Tabligh seluruh Dunia ke Makkah, membuktikan segala fitnah dan buruk sangka yang pemimpin de facto lemparkan kepadanya telah dibayar harganya dengan sokongan rakyat yang semakin meningkat. Pemimpin De Facto hanya ada 2 Pilihan = Berhenti melemparkan Fitnah atau berdepan dengan Krisis Keyakinan dari Rakyat 1Malaysia. Bagi kita umat Islam, Qada & Qadar Ilahi itu telah ditentukan oleh Allah SWT. Walaupun kita yakin akan menang lebih 2,000 Majoriti tetapi hanya Allah SWT Maha Mengetahui mengapa hanya memberi 65 Majoriti sahaja. Walaupun kita yakin akan jadi Perdana Menteri pada 16 September, hanya Allah SWT Maha Mengetahui mengapa Perdana Menteri hari ini DS Najib Tun Razak! Sumber : http://www.jentayuabaka.com/ ############################# yang sentiasa tak pernah miss mengundi -- microprocessor -- #############################
Hit: 22 Laman Asal