Bab 7: Faktor-faktor negara Cina menjadi negara maju.
Banyak faktor–faktor yang mendorong perkembangan ekonomi Negara China sehingga boleh menjadi seperti sekarang ini, di mana dengan pertumbuhan ekonomi rata-rata di atas 7% setiap tahun telah membawa China sebagai salah satu gergasi ekonomi dunia. Faktor kadar pertukaran mata wang sudah pasti bukanlah satu-satunya penyebab produk-produk negara dengan penduduk terbesar di dunia ini mampu berjaya menguasai pasaran dunia.
Negara China begitu produktif dalam menghasilkan produk-produk berkualiti yang sangat di terima oleh pasaran dunia. Ternyata selain dari segi aliran modal asing dan teknologi tinggi, peranan Usaha Kecil dan Menengah (UKM) dan perniagaan swasta kawasan yang di sebut sebagai Township and Village Enterprises (TVEs) merupakan faktor pemyumbang kepada aktiviti pengeksportan. Sumbangan TVEs memang tidak dapat dilupakan dan ia merupakan perkembangan dari industri luar bandar yang di galakkan oleh kerajaan China. Jika pada tahun 1960, jumlahnya hanya sekitar 117 ribu dan semenjak reformasi pada tahun 1978, jumlahnya mengalami pertumbuhan hebat menjadi 152 juta dan pada akhir tahun 1990-an ia mampu menampung separuh tenaga kerja di luar bandar Cina.
Selain itu, tidak ketinggalan perkembangan infrastruktur yang menjadi faktor utama untuk memacu eksport yang di sediakan oleh kerajaan China. Pada tahun 1978, panjang jalan raya adalah sepanjang 89200 km dan pada tahun 2002 meningkat kepada 170000 km. untuk pelabuhan pula, kerajaan China mempunyai 3800 pelabuhan angkut, yang mana 300 di antaranya boleh menerima kapal berkapasiti 10000 MT. Sementara untuk keperluan tenaga elektrik pada tahun 2001 sahaja sahaja China telah mampu menyediakan sebanyak 1478 trilion kwh, dan saat ini telah di lakukan persiapan untuk membina PLTA terbesar di dunia yang di rancang sudah boleh di gunakan pada tahun 2009.