Wednesday, November 3, 2010

Mengenal Diri

Mengenal diri dari perspektif Islamic Spiritual.

Untuk kekuatan jiwa dan pembersihan darah. Anda perlu Zikir Kalimah "Lailahaillah" sebanyak 70,000 kali dalam masa seminggu

Bagi saudara yang menjadi juru tahlil. Saya cadangkan anda membaca Surah al_Ikhlas sebanyak 70.000 kali isikan dalam diri. Anda akan jadi kaya oleh itu jika anda sedekah kepada arwah si mati baru sampai. Ini anda pun miskin macam mana naksedekah kepada arwah si mati. Saya tolong ingat saja.

Seseorang yang menunaikan solat hajat biasanya banyak melakukan kesalahan dan kesilapan solat dari segi niat, tujuan, sabab musabab.

Pertama ia minta kerana hajat itu bukan kerana Allah. Kedua hajat yang dipohon bukan dilakukan secara ikhlas. Ketiga orang yang tolong solat hajat itu kerana ada bayaran bukan kerana Allah. Saya harap diperbetulkan jangan tipu diri sendiri.
Dalam melaksanakan solat ini anda perlu ada ilmu. Tidak sama orang yang ada ilmu berbanding orang yang boleh menunaikan solat. Ramai yang boleh menunaikan solat. Tetapi solat apa.... sama dengan orang non muslim pun solat. Yang penting kesan bila dilakukan ini adalah pasti. Laksana mesti ada kesan. Islam adalah pasti
Kominasi hati (niat), mulut (Sebut Allahuakbar) dan perbuatan (Angkat Takbir) yang ditunjukkan dalam solat adalah secara serentak. Tidak terpisah. Ini menunjukkan Diri kita kombinasi dengan diri Rasulullah dan Allah secara serentak. Dengan demikian kita akan mengenali Allah secara hati, lisan dan pergerakan bersama Rasul dan Allah

Kebanyakan Manusia sakit adalah disebabkan saka warisan dato nenek mereka. Oleh itu, sila semak dan ubatinya

Model Personaliti dan Kognisi Islamic

Pertama kita perlu mengetahui pergerakan al-Roh Kedua pergerakan al-Nafs
Ketiga pergerakan al-Hawa

Ketiga-tiga ini akan kombinasi dengan al-Qalbu dalan tujuh warna yang disebut dalam al-quran dan bertindak kepada al-Baithah akan kita mengetahui penyakitnya
ada Yang perlu di Tazkiyah dan ada yang perlu di Tarbiahkan serta ada yang perlu di kapan dan Talkin

Dalam diri manusia ada tempat yang tidak sampai al-Roh yang perlu diketahui oleh mukmin sejati untuk mendekatkan diri dengan Allah Dan dapat menikmati perkara Ghaib dan merasa kebenaran dan kebatilan manusia di atas muka bumi ini

Amalkan Tariqah Nik Syabandiah Mujadid Ahmadiah. Manusia akan tenang dalam kehidupan akan besyukur dengan apa yang dimiliki

Kebanyakan manusia berzikir dan berwirid dengan ayat-ayat Allah atau kalimahnya tidak kena pada sasarannya. kaifiatnya tidak betul, maka kesannya tidak dapat dirasai. Oleh itu, mereka tidak boleh mengenali Allah dan mendapat barakah terhadap apa yang dizikir dan diwiridkan itu.

Jangan kamu berzikir dan berwirid untuk sesuatu hajat dengan Allah. Tetapi hendaklah anda lakukan semua itu atas dasar anda sebagai hamba kepadanya. Lakukan untuk suci jasad, roh, nafs dan Al-Ba'thah diri anda

Jangan biar roh dan nafs anda diganggu oleh makhluk jin. Sila ambil ijazah amalan ayat-ayat Manzil kepada guru yang muktabar

Hubunglah diri anda dengan Rasulullah, abu Bakar, Umar, Othman dan Ali dengan cara menghadiah Al-Fatihah, Surah Ikhlas 3 Kali dan bersama mereka ketika berjalan dan pekerjaan kita seharian

Selamat pagi dan assalamualaikum. Hidup kita ini selalu tertipu oleh manusia dan dunia harian serta diri kita sendiri. Oleh itu kita perlu membaca dan zikir ayat-ayat pilihan melalui ambilan ijazah kepada guru yang muktabar untuk diamalkan.