Unit Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) berfungsi menganjurkan dan mengadakan kursus kepada pensyarah dan guru-guru dalam perkhidmatan untuk meningkatkan profesionalisme guru-guru sekolah rendah dan menengah, para pensyarah institut dan staf sokongan yang sedang berkhidmat melalui kursus pendek dan kursus jangka panjang.
Kursus pendek adalah kursus yang dilaksanakan kurang daripada 92 hari. Ia terdiri daripada kursus-kursus seperti Latihan Pembangunan Staf (LPS), Kursus Pendek Kelolaan Institut Perguruan (KPKIP), Program Memartabatkan Bahasa Melayu Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI),LINUS dan Kursus Dalam Perkhidmatan 4 Minggu
Unit LDP juga melaksanakan Program Induksi Pensyarah IPG Zon Tengah dan Program Beyond Proforma untuk Pelatih Guru IPG KPI. Selain daripada itu kerjasama diadakan dengan JPN Selangor, JPN Negeri Sembilan, Perhilitan dan Jabatan Agama Islam Wilayah Pesekutuan
VISI Institut Pendidikan Guru Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru
MISI Institut Pendidikan Guru melahirkan guru yang kompeten dan berjiwa pendidik melalui program pendidikan guru yang dinamik ke arah pendidikan sekolah bertaraf dunia