Assalamualaikum..

Setinggi-tinggi kesyukran saya panjatkan kehadrat ilahi kerana nikmat-Nya yang tak terhitung dan tak terhinnga banyaknya sungguh terhina rasa diriku umpaama seoarng pengemis yang tak bermaruah. Selawat dan salam buat rasul junjungan serta para sahabat yang memulakan langkah perjuanagn ini selepas sekian lama karajaan taghut dan jahiliah berdiri teguh tanpa tentangan kebenaran.

Sudah lama rasanya aku tidak berceloteh dalam entry ini disebabkan bebrapa faktor. Yang utamanya adalah karana diriku sudah berubah dari alam kampus ke alam pekerjaan. Sudah pasti pengurusan masa perlu diubah kalau dulu biasa sahaja tido lewat pukul 3 pagi pun ok lagi.. namun setelah alam pekerjaan ni pukul 12 mata mcm tak leh nak buka mata. Berakhir paper akhir aku,minggu seterusnya aku terus masuk kerja. Aku di pesan fresh gard jangan memilih kerja dahulu buat apa kerja janji halal untuk menimba pengalaman. Kerja yang aku terima ini pun setelah aku melalui 3 kali ujian temuduga. Nampak aku masih lagi berada di Pulau Pinang walaupun plan mcm nak balik Johor namun perancangan Allah itu mengatasi segalanya.Cabaran yang aku perlu tempuh nampaknya semakin kuat dan hebat, setiap kata-kata dan prinsip dalam perjuangan kita pastinya akan diuji. Benar apa dikata satu persatu ujian datang,sudah malu untuk meminta wang dari kampung halaman rasanya akulah yang perlu mengirim wang kepada orang tuaku. Sudah lama aku tidak mengikuti perkembangan Isu semasa yang berlaku diluar sana menjadikan minda semakin tumpul dalam memahami masalah ummat. Sudah jarang nampaknya buku menjadi bahan wancanaku bersama rakan-rakan dek kerana masa yang sekarg lebih tertumpu kepada pekerjaan. Sebelah malamnya rasa ingin berehat sahaja dan menenangkan fikiran.Seorang sahabaku pernah berpesan " Afzan!, kerja islam ni sampai masanya kita sendiri kena cari dan buat agar sesuai dengan masa kita". Sekarang baruku faham apa yang diperkatakan sahabatku ni. Kalau dulu rasanya macam dah sibuk je.......tapi rupanya sekarang ini semakin sibuk. Aku perlu lebih laju berfikir, aku perlu lebih pantas bergerak dan memberi kesan jika adanya kehadiran diriku.Aku perlu wujudkan fasa tranformasi... harap misi dan percuabaan ini berjaya.
Hit: 24 Laman Asal