Translate

Friday 22 February 2013

Kisah Kehidupan Rasulullah saw

Salam semua,

untuk renungan bersama..

Kisah Kehidupan Rasulullah.        

Siti Aisyah r.ha telah di pelawa menghadir majlis makan-makan, bila makanan terbentang depan mata, dan apabila makanan di suapkan ke mulutnya, Siti Aisyah r.aha yang merupakan ‘ibu kepada semua orang islam’ telah menangis…Sedang air mata mengalir di pipi, beliau berkata…“Rasululullah SAW tak pernah makan roti yang sebegini lembut semasa hayatnya bersamaku..”(lebih kurang maksud)  Siti aisyah berkata lagi…“Roti yang biasa Nabi Muhammad SAW makan, adalah roti yang keras dan murah, itupun baginda tidak dapat makan sampai kenyang..(kerana sedikit sahaja yang ada dan sering di bahagi-bahagikan)”

Riwayat lain Aisyah berkata:“Baginda tidak pernah makan kenyang selama dua hari berturut turut walaupun dengan roti jagung dalam sepanjang hayatnya sehinggalah kewafatannya…”

“Pernah satu hari bila tiba waktu berbuka puasa.., tiada apa apa makanan di rumah kami, melainkan hanya sebiji kurma, maka Rasulullah telah mebahagikan kurma itu kepada dua bahagian, satu untuk aku dan satu lagi untuk baginda, dan itulah sahaja juadah kami berbuka puasa…”

Bercerita tentang kehidupan Nabi Muhammad saw, Nabi hidup sehari kenyang dan sehari lapar bukan kerana Nabi amalkan diet, atau Nabi muflis, tapi kerana rumah Nabi memang tiada makanan! Langsung! Pernah satu pagi nak bersarapan, isteri baginda memberitahu bahawa makanan tidak ada.  Maka Nabi dan isterinya buat keputusan untuk berpuasa..!

Kata Ibnu Abbas r.a lebih kurang maksud: “Berlapar selama beberapa hari adalah perkara yang menjadi kebiasaan dalam kehidupan keluarga Rasullullah"

-Sedikit ulasan-
moga-moga ada manfaatnya untuk peringatan kepada diriku jua..

Sungguh, kalau kita renung-renungkan!! jauhnya kehidupan kita dengan baginda, anak-anak kita selalu dipastikan cukup makan pakai. Tetapi hal2 rohani sering kita abaikan.  Rasulullah saw, kehidupan baginda banyak berjuang, memang R saw tidak mengusahakan makan minum, tetapi kita ummatnya disuruh berusaha untuk menampung keluarga, tambah2 yg ramai anak.

Tetapi malangnya usaha kita untuk keperluan lahir adalah melebihi daripada keperluan Rohani. Kita ambil contoh mudah, ramai ibu bapa mudah menangis kalau anak tak dapat cukup makan atau keperluan sekolah tak cukup (ini bagi yg hidup susahlah, yang senang tiada masalah dalam hal makan pakai, tapi Allah uji dgn masalah lain pula) , tapi ramai yang tak mahu menangis apabila anak2 susah atau liat untuk bersembahyang, sudah terjebak dengan sistem Yahudi yang melalaikan (antaranya internet, V game, facebook, bola, h phone), dedah aurat, bergaul bebas, tak pandai berbudi bahasa dan sudah tak ada minat untuk merujuk buku-buku agama dan tak mahu mencari guru agama yang hak.

Jadi kita boleh nilai sendiri, sebab itulah kebanyakan orang2 yang perjuangkan agama di zaman ini, hidupnya agak susah berbanding orang yang perjuangkan material. Tetapi susah-susahpun hanyalah pada wang ringgit jika dibandingkan dengan orang yang perjuangkan kehidupan nafsi-nafsi iaitu keluarga sendiri. Susah di sudut material, tetapi makanan tetaplah ada, tidaklah sampai macam kehidupan Rasulullah saw dahulu. Dengan alasan tak mahu susah dan tak suka untuk berkorbanlah, ada segolongan orang tidak suka kepada golongan yang cuba untuk mengikut cara kehidupan Rasulullah saw.

Para Rasul itu ujiannya paling berat, sebab itulah jiwa hamba pada Rasulullah itu sangat menebal, boleh sahaja R saw untuk doakan supaya Allah datangkan makanan yang enak-enak, tetapi bagi R saw, itu bukan keutamaan...jadi renung-renungkanlah!!

Apakah keutamaan kita sebenarnya di dunia ini ??!!

Kesusahan itu bukanlah suatu kehinaan!! Ia sebenarnya adalah suatu keperluan untuk melatih diri merasa hamba!

Kalaulah ia Dilakukan kerana agama!!
Sanggup Bersusah-susah untuk Islam, itulah kemuliaan di sisi Tuhan...tapi apa sudah jadi dengan kita hari ini...sanggupkah kita bersusah-susah walaupun sedikit untuk Islam??  Kita belum lagi disuruh berperang...belum pun ada yg cedera atau terbunuh seperti para sahabat!,  kita hanya diminta berkorban sedikit sahaja drpd hasil keselesaan hidup (yang sementara ini) seperti masa, tenaga atau wang ringgit untuk Islam. Kita disuruh merintih dan menangis di malam hari supaya Kerajaan ajaib kayakan islam..Kita perlu bela Rasulullah sebelum mengharap Rasulullah membela kita nanti..

Tanyalah pada hati kita?

Bagaimana dgn diri kita?

Sanggupkah kita melihat keluarga kita susah, kalaulah takdirnya kita perlu berkorban untuk Islam?


Sanggupkah kita melihat sebuah Jemaah Islam bersusah payah tanpa kita mau turut serta?

Memang Islam itu sudah dijanjikan akan menang!!..tapi adakah kita tidak mahu ambil peluang untuk menanam saham yang hasilnya akan dituai di akhirat sana! Ini era puncak untuk kebangkitan Islam kali kedua, pengorbanan sebelum berlakunya kemenangan, ia adalah sangat besar nilaiannya!!

Kalaulah kita hanya bertindak sebagai pemerhati, malang dan tiada rezekilah...apa boleh buat..kerana sanggup memilih untuk bersenang-senang dahulu...tolonglah wahai kerajaan ajaib supaya diri kami dan keluarga kami tidak termasuk dlm golongan sebegini yang tentunya akan menyesal tak berkesudahan apabila peluang untuk mengambil bahagian sudah terlepas!!

Orang Islam patut mencontohi perjuangan baginda Rasul, Jemaah Islam patut kaya, tetapi individunya sanggup miskin kerana hasil kekayaan diri tak tergamak untuk digunakan semewahnya untuk diri sendiri semata....lihatlah bagaimana berkorbannya Nabi kita (juga para isteri dan ahli keluarga baginda yang suci), langsung tidak mengambil untuk kepentingan diri dan keluarga baginda..bagindalah suri tauladan kita, tak mampu banyak, kita cubalah berkorban walau sedikit, dengan apa cara yang termampu...nescaya Allah dan Rasul tak akan persia-siakan!!..


Sepatutnya kita sedar dan merasa pilu, betapa jauh bezanya kehidupan Rasulullah saw dengan kehidupan kita..Rasul yang akan memberi syafaat kepada kita jika kita diakui sebagai ummatnya Suatu hari nanti di Padang Mahsyar kelak!! Betapa gerun dan dasyatnya waktu itu dan kita pasti menempuhnya!...( Hu hu hu...eloklah kita menangis dan mengenang-ngenangkan begitu ketaranya perbezaan semangat juang kita, Rasulullah sangat utamakan akhirat dan hal yang berkaitan dgn roh...tapi kita utamakan ...?)

Ampun maaf,

Wassalam.

Jumaat, 11:49 pm.


 ~" sampaikanlah dariku biarpun hanya sebaris ayat "

No comments:

Post a Comment