Halaman

Ahad, 13 Februari 2011

Mee Kari – Air Tangan Turun Temurun…Mother in Law Secret Recipe

Pernah pergi Secret Recipe? Kat Alamanda ada…menu nya boleh tahan…aku dah lama tak ke situ…sebab aku rasa kalo nak bayar makanan tu, mesti memuaskan nafsu makan aku betul-betul..sebab itu aku lebih suka ke Mamak Double..atau Seri Teja kat Presint 9..kat situ kalo nak tunggang terbalik ke nak pilih makanan, sukati korang laaa…

Kenapa aku cakap pasal Secret Recipe? Terpulang kepada korang la nak pergi ke tak tempat tu..semua pilihan masing-masing..yang aku nak cakap ni memang betul secret recipe..secret recipe mak mentua aku kat Pekan. Mee kari ni memang sedap dan tak pernah disiarkan di mana-mana kerana dok dalam kepala mak mentua aku. Lepas tu, diturunkan kepada isteri aku yang selalu masak kat aku secret-secret recipe dia..heeehehehe..aku ni tukang rasa je laaa…belum gagal lagi tu…

Mee kari ni adalah salah satu pelakon dalam cuti 4 hari semasa Tahun Baru Cina, bersama-sama dengan Soto Ayam, Laksa Penang dan pada pagi Ahad sebelum aku balik, mak mentua aku masakkan aku Nasi Ayam…perghhhhh!!!!! Cakap pun tak guna….speechless..sebab sedap la beb!!

Ok, dah jauh dah aku ni…aku persembahkan kepada korang Secret Recipe dari mak mentua aku dan dimasak dengan air tangan isteriku…Mee Kari..yeeehhaaa!!!

Bahan-bahan untuk menumis:-

10 biji bawang merah (dipotong nipis)
1/2 ekor ayam (dipotong kecil
 Pati Santan (dibeli RM4)
Rempah kari (2 bungkus dibancuh dgn air suam)
Tauhu goreng
1 jug air
Asam keping
Garam
Ajinomoto

Bahan-bahan utk hiasan:-

Mee kuning (tak kira jenama apa..)
Kerang 2 kilo (direbus)
Fishcat (dipotong nipis dan digoreng)
Limau kasturi
Daun sup
Bawang goreng
Lada besar(di potong kecil)
Taugeh (dicelur)
Sawi (dicelur)

Cara-caranya:-

Tumis bawang merah sehingga kekuningan kemudian masukkan ayam dan biarkan sedikit masak dan masukkan rempah kari dan gaul bagi sebati…kemudian apabila ayam sudah empuk dan masak masukkan pula pati santan dan biarkan seketika dan apabila bahan-bahan tersebut dah menggelegak masukkan air dan asam keping…kalau nampak macam pekat jer kuah tu tambah air lagi tapi jangan terlalu cair…bila kuah dah hampir masak last sekali masukkan tauhu goreng dan biarkan tauhu masak seketika dan boleh ler ditutup apinya…

Mee?? Pandai-pandai la korang, takkan la itu pun nak diajar…apalagi…melantak je laaa…adios!!!


p/s: nasib Mee Kari ni sama je dengan Soto Ayam hari tu..Tahun Baru Cina, semua tauke-tauke nya tutup kedai..so bahan-bahan tak cukup..tapi bahan tak cukup pun sedap gilerrr...belum lagi kalo bahannya cukup...memang mengancam laaa...yang sebelah kanan atas tu, nampak macam begedil kan?? yang tu aku dah cakap macam mana nak buat yeee..so tak perlu nak cakap lagi...

lagi satu p/s: kat bawah ni gambar-gambar yang isteri aku masak untuk lebih kurang 50 orang kat opis lama aku..aku memang suka bagi diaorg makan...kalo sedap...bole order..kalo nak laaa...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan