Sekularisme
Definisi bagi Sekularisme adalah berasal daripada perkataan Latin 'saeculum' yang membawa maksud masa dan tempat. Menurut J. A. Amurray & H. Bradley (1994), maksud sekular yang merujuk kepada masa adalah masa sewaktu kita menjalani kehidupan dan tempat pula merujuk kepada kehidupan dunia atau dunia yang nyata.
Negara Sekular
- Merujuk kepada gagasan negara yang menerima anutan fahaman sekular bagi negara tersebut.
- Ditakrifkan sebagai kepercayaan yang mendalam terhadap pengasingan antara gereja dan negara serta menghalang pendidikan agama diajar pada peringkat sekolah yang digariskan seperti berikut: "Secularisme is a belief in strict separation of church and state as by probihiting religious teaching in public school."
- Oleh itu negara Sekular pada dasarnya merujuk kepada sebuah negara yang menganut fahaman pemisahan secara tegas antara agama dan negara.
Sejarah Kemunculan Sekularisme
- Kelahiran Sekularisme berlaku semasa pemberontakan dan penentangan nasionalisme pada kurun ke-17 Masihi seiring dengan perkembangan industri di benua Eropah.
- Ideologi Sekularisme muncul hasil daripada perbalahan hebat antara barisan pemimpin pro kerajaan dengan para paderi gereja.
- Akhirnya perbalahan lahir usul baru yang membakar semangat rakyat supaya memisahkan antara urusan agama dengan dunia.
- Usaha memisahkan antara urusan agama dan pentadbiran negara telah lahir selogan yang berbunyi "Berikan hak Ceacer kepadanya dan berikan hak Tuhan kepada Tuhan".
Kemunculan Teori Charles Darwin
- Teori ini juga menjadi pemangkin kuat ke arah memartabatkan Sekularisme di puncak tertinggi.
- Dalam Teori Evolusi beliau berpendapat seluruh makhluk hidup berubah menjadi bentuk makhluk hidup yang lain lantaran sebuah proses evolusi dan penyempurnaan.
- Doktrin dasar Darwinisme menyatakan makhluk hidup muncul menjadi ada dengan sendirinya secara spontan sebagai akibat peristiwa kebetulan.
Prinsip-prinsip Sekularisme
- Meningkatkan penguasaan kebendaaan dalam kalangan umat manusia
- Hanya perjuangan kebendaaan sahaja yang memberi jaminan baik untuk mencapai kehidupan yang bebas dan selamat
- Membuka ruang dan peluang yang luas kepada pengikut agama berpegang kepada prinsip moralnya
- Prinsip moral yang liberal bagi membolehkan manusia mencapai matlamat sendiri
Ciri-ciri Sekularisme
- Penafian hal-hal kerohanian
- Penafian terhadap kewibawaan orang-orang yang mempunyai kedudukan yang tinggi dalam bidang agama
- Menafikan adanya nilai hidup yang tetap
- Menolak keimanan kepada Allah dan konsep ibadah
- Menjauhkan agama daripada landasan penting sebagai panduan dan hala tuju hidup manusia dalam pelbagai bidang seperti kesenian, pendidikan dan moral
- Pengasingan kuasa negara daripada peraturan agama. Corak negara perlu dibezakan agar tidak sepadu antara politik dan agama
- Meyakini bahawa nilai-nilai Islam harus dibezakan daripada nilai-nilai kehidupan dunia dalam setiap aspek
- Baranggapan bahawa institusi politik dalam peradaban kaum muslimin masa lampau adalah cerminan dan warisan tradisi yang tidak ada hubungan dengan hukum syariat yang suci
- Penerapan syariat Islam atau nilai-nilai Islam akan merugikan penganut agama bukan Islam yang boleh menjadikan ancaman besar kepada sesebuah persatuan
- Menganggap bahawa syariat Islam sangat terkebelakang, primitif dan ketinggalan zaman. Oleh itu ajaran Islam perlu diambil melalui prinsip pragmatisme utilitarianisme
- Menyebarkan faham-faham yang boleh menimbulkan keraguan terhadap Islam untuk kepentingan politik sendiri
Kaedah Penyebaran Sekularisme
Sekularisme disebarkan melalui:
- Pendidikan
- Media massa
- Undang-undang
Liberalisme
- Fahaman ini merupakan lanjutan daripada zaman Renaissance di Itali iaitu pada zaman kebangkitan yang berlaku di Eropah.
- Fahaman Liberalisme moden berakar umbi dari zaman kesedaran barat dan kini mengandungi pemikiran politik yang luas dan kaya dari segi sumber.
- Liberalisme yang menolak tanggapan asas dalam hampir semua teori pembentukan kerajaan awal seperti hak-hak raja yang diperolehi dari Tuhan, status berasaskan keturunan dan institusi-institusi agama.
- Fahaman ini juga mempunyai sifat-sifat seseorang individu itu mempunyai kebebasan tanpa sekatan ataupun dengan sekatan yang minimun dalam ekonomi, politik, dan sosil atau kebebasan moral.
- Liberalisme dari sudut agama bermula daripda gerakan seorang tokoh yang bernama Martin Luther (1483-1546). Gerakan in membebaskan kuasa gereja daripada segi rohani ke atas individu dan membentuk mazhab baru bernama protestan pada abad ke-16 Masihi.
- Protestan tidak mengakui kezaliman, kependetaan, kepaderian, dan pembesar-pembesar agama dibolehkan berkahwin.
- Liberalisme dari sudut potitik adalah dimana seseorang itu adalah asas undang-undang dan masyarakat.
- Liberal politik menekankan perjanjian sosial di mana rakyat merangka undang-undang dan bersetuju untuk mematuhi undang-undang tersebut.
- Liberalisme dalam ekonomi pula memperjuangkan kapitalisme Laissez-faire yang mahu membuang semua halangan terhadap perdagangan dan memberhentikan semua kemudahan yang diberi oleh kerajaan seperti subsidi dan monopoli.
Modenisme
- Merupakan proses transformasi atau perubahan dalam segala aspek kehidupan masyarakat.
- Juga merupakan aliran yang terhasil daripada gerakan-gerakan di Amerika Latin yang memperjuangkan pembebasan dan autonomi budaya baru supaya dapat membebaskan diri daripada cengkaman hagemoni kebudayaan Sepanyol.
- Menekankan kuasa manusia mencipta, membaiki dan membentuk semula persekitaran mereka dengan bantuan sains, teknologi dan uji kaji praktikal.
- Bermula semenjak era Renaisance abad ke-16 masihi dan pencerahan pada abad ke-18 masihi.
Humanisme
- Humanisme adalah satu corak pemikiran yang berasaskan kepada individualisme dan bersifat sekularistik.
- Humanisme juga boleh difahami bahawa ia menganggap manusia adalah pusat segalanya dan manusia adalah Tuhan Yang Maha Agong dan Tuhan tidak berperanan di muka bumi ini.
- Tujuan utamanya adalah untuk memartabatkan manusia sebagai individu yang mampu mengatasi masalah mereka hadapi di dunia ini melalui penggunaan kekuatan pemikiran mereka sendiri.
Sifat Fahaman Humanisme
Fahaman humanisme mempunyai sifat-sifat tertentu seperti:
- Pencampuran bebas
- Penggunaan istilah-istilah yang mengelirukan
- Penukaran peranan antara lelaki dan perempuan
- Gerakan pembebasan wanita
- Kaunseling berkelompok
- Pendidikan seks
E