Cantik
Allah itu cantik dan sukakan kecantikan. Dia menjadikan makhluknya juga
cantik. Tidak hilang kecantikan disisi Allah walaupun diberi kepada
semua makhluknya. Cantiknya ahli syurga ialah sepertimana cantiknya nabi
Yusuf, fizikalnya pula seperti saiz badan Nabi Adam, umurnya seperti
umur Nabi Isa iaitu 33 tahun. Tidak mempunyai bulu di badan, tidak
bermisai atau berjanggut, kecuali Nabi Ibrahim sahaja yang berjanggut.
Yusuf dikurniakan separuh kecantikan dunia (Riwayat Bukhari dan Muslim
dari Anas).
Cantiknya bidadari pula dikatakan sehingga kalau sehelai rambut bidadari
jatuh ke dunia, manusia boleh menjadi gila (dengan keharuman baunya,
gila kerana mencari punca bau itu sepertimana lelaki mencari punca bau
perfume wanita).
Jika seorang bidadari memandang ke bumi dari tempat tinggalnya di
langit, semua jarak di antaranya akan dipenuhi cahaya dan bau harum.
Wajah seorang bidadari lebih cemerlang daripada cermin, dan seseorang
boleh melihat bayangannya sendiri di pipi bidadari. Sumsum tulang
keringnya dapat dilihat mata. (MISHKAT, volume 3, 83-97)
Dalam satu riwayat.....Mempunyai betis yang tembus, yang sangat indah
mata melihat sehingga boleh terlihat sumsum betis dari belakang
dagingnya.
Kecantikan bidadari hanya dapat dilihat oleh suaminya sahaja kerana
Bidadari hanya tinggal di rumah masing-masing dan tidak keluar darinya:
Ar-Rahman [72] Dia itu bidadari-bidadari yang hanya tinggal tetap di
tempat tinggal masing-masing.
Bidadari itu pula hanya melihat kepada suaminya sahaja:
Ar-Rahman [56] Di dalam Syurga-syurga itu terdapat bidadari-bidadari
yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata),
Namun kecantikan isteri (perempuan dunia yang soleh) sebenarnya 700 kali
lebih cantik berbanding bidadari syurga.
Kalau cantiknya bidadari pun tidak terbayang dengan akal fikiran, jauh
sekali hendak membayangkan cantiknya syurga, apalagi hendak membayangkan
betapa cantiknya Allah. Hadis riwayat Abu Hurairah ra.:
Dari Nabi saw., beliau bersabda: Allah berfirman: Aku sediakan untuk
hamba-hamba-Ku yang soleh sesuatu yang belum pernah dilihat oleh mata
dan tidak pernah didengar oleh telinga serta tidak terlintas di dalam
hati manusia
Dari Anas bin Malik r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:"Di dalam
syurga terdapat sebuah pasar yang didatangi penduduk syurga setiap hari
Jumaat. Angin bertiup dari sebelah kanan menyentuh muka dan pakaian
mereka, menyebabkan muka dan pakaiannya bertambah cantik, tampan dan
indah. Ketika mereka pulang ke rumah didapatinya isteri mereka bertambah
cantik dan indah. Kata mereka kepada isterinya, "Engkau sungguh-sungguh
tambah cantik dan pakaianmu tambah indah sepeninggalanku." Jawab
isterinya, "Engkau demi Allah sungguh tambah tampan dan pakaianmu tambah
indah pula sekembalimu.
read more...