?ِ?ۡ?ِ ????ِ ???َّ?ۡ?َ?ٰ?ِ ???َّ?ِ??ِ, ????? ??? ?? ????????, ???? ???? ???? ????? ??? ????? ???? ???? ????? ??????. ???َّ??َ?ُ ?َ?َ?ْ?ُ?ْ ?َ?َ?ْ?َ?ُ ???َّ?ِ ?َ?َ?َ?َ??ُ?ُ

Sehingga kini, aku masih tak dapat menangkap apakah matlamat Hasan Ali sebenarnya berhubung perjuangan terkininya disamping penubuhan Jati.

Sejak berpisah dengan PAS (atau lebih tepat, dipisahkan dari PAS), Hasan Ali melancarkan satu tour ceramah ke seluruh negara (setakat ni Sabah dan Sarawak belum dijengah lagi - tak cukup sponsor kot) atas nama "Jelajah Mempertahankan Akidah" selari dengan apa yg dianggapnya sebagai asbab kenapa dia dipecat dari PAS - "saya dipecat kerana mempertahankan akidah".

Tapi kenapa dalam road tournya, ceramah yg sepatutnya menjadi medan "mempertahankan akidah" kononnya tu menjadi medan "membelasah PAS"? Apa matlamat sebenar Hasan Ali mengadakan road tour itu sebenarnya?

Siri2 ceramahnya menjadi medan untuk Hasan Ali seolah2 melepaskan geram dan membalas dendam. Digunakan ruang pentas ceramahnya untuk menghentam pihak2 tertentu dalam PAS yg digelarnya sebagai "parasit" dan diulang2 perkara itu ke mana sahaja dia pergi. Para sidekicknya yg turut ikut bersama2 dalam siri jelajah itu turut tumpang sekaki "melepaskan buku di dada".

Apa kaitannya akidah umat Islam dengan "parasit di dalam PAS"?

Jika dia menyatakan bahawa "parasit2" ini menghalang kerjanya mempertahankan akidah, apakah ini mampu melemahkan semangat "sang pejuang"? Aku pernah nyatakan kat ruangan blog ini tak lama dulu apabila Hasan Ali menubuhkan Jati, dia sudah boleh bergerak untuk "berjuang mempertahankan akidah" tanpa gangguan dan halangan sesiapa. Tapi, hingga kini aku tak nampak satu usaha yang signifikan pun dari kem Hasan Ali berkenaan hal ini.

Apa signifikannya penubuhan Jati ini? Sedangkan dalam masa yg sama, begitu banyak sekali NGO yg mempunyai nada yang sama dengan Jati seperti Perkasa, Teras, JMM dan pelbagai lagi. Dan apakah wasilah dan strategi serta "game plan" Jati dalam usaha depa "memartabatkan Islam, Melayu dan Raja" itu? Atau apakah Jati ini ditubuhkan sekadar untuk meraih dana dan juga pemecah sokongan? Apakah penubuhan Jati ini juga merupakan satu signal betapa semua institusi yg turut memperjuangkan IMR (termasuk UMNO) gagal dalam matlamat depa?

Berapa banyak isu2 terkini mengenai umat Islam yg mencengkam kita, dengan yang terkini menyaksikan 3 org penari tiang separuh bogel hanya dikenakan denda maksimum RM25 bagi kesalahan depa yg boleh kita anggap "menghina Islam dan penganutnya". Di manakah Hasan Ali dan Jati dalam hal ini? Benarkah dia memperjuangkan IMR atau dia hanya memperjuangkan dendamnya terhadap PAS sahaja? Atau ada matlamat lain yang kita tidak nampak?

Berkenaan gejala murtad, tak keterlaluan jika aku katakan yg Hasan Ali tersalah tembak. Dia bising pasal gejala murtad, lalu disalahkan PAS dan PR terutamanya Anwar. Ingin sekali aku bertanya, pihak manakah yg memegang kuasa pemerintahan kat negara ni? Pihak manakah yg memegang bahagian penguatkuasaan? Pihak manakah yg berkemampuan untuk melaksana, menguatkuasa atau menggubal undang2 sedia ada untuk memastikan akidah umat Islam terpelihara? Lupakah dia pasal Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan yg memberi kebebasan beragama kepada sesiapa sahaja (dan digunakan oleh peguam2 pihak yg ingin murtad untuk melegitimitasikan tuntutan depa) yang cuba diusulrombak oleh MP2 dari PAS tetapi tidak mendapat perhatian sewajarnya oleh parlimen, atau Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan yg membolehkan penguatkuasaan oleh pihak kerajaan untuk membasmi gejala mendakyahkan umat Islam yang sehingga kini tidak dilaksanakan langsung?

3 kali PAS cuba membawa usul untuk membahaskan Rang Undang2 Murtad di Parlimen, tapi pernah Hasan Ali membuat kenyataan menyokong usaha ini secara terbuka? Ingatkah Hasan Ali akan semua ni tatkala dia mengutuk2 PAS yg kononnya cuba menghalang kerja2 "perjuangan"nya itu?

Terbaru, demi untuk menjustifikasikan "perjuangannya" dalam mempertahankan akidah ummah, dia mendedahkan siri video yg menunjukkan bukti kononnya berlaku gejala murtad seperti yg dia lihat dan kendalikan sendiri. Apabila Dr Rani tidak memberikan perhatian yg Hasan Ali mahukan terhadap perihal tersebut, maka dituduhnya Dr Rani lari akidah. Dicanangnya Dr Rani dan PAS lebih pentingkan masalah undi hantu berbanding masalah akidah ummah.

Aku tidak berminat nak menjelaskan sekali lagi rasionaliti pendirian Dr Rani itu sebab aku dah jelaskan dengan panjang lebar dalam entri sebelum ni, cuma aku ingin membangkitkan satu persoalan - apakah matlamat Hasan Ali apabila dia mendedahkan video murtad tersebut? Public awareness? Fine. Then what? Sekadar dedahkan je ke? Apakah tindakan susulan oleh Hasan Ali dan Jati dalam hal ni? Adakah dia mempunyai "game plan" untuk membasmi gejala murtad yg amat dia bimbangkan ini atau dia sekadar mahu mendedah dan mendedah sahaja demi utk menarik perhatian ramai terhadapnya (ye la, siri ceramah dia pun makin tak laku sekarang) dan dalam masa yg sama, menarik perhatian umum daripada isu2 negara yg lain seperti daftar pemilih yg meragukan, harga minyak naik dan sebagainya? Apakah dalam siri pendedahannya itu, dia turut memperkatakan tentang solusi atau dia mengambil pendekatan "aku dedah, org lain kena settlekan"?

Sebab itu aku ingin bertanya, apakah matlamat Hasan Ali sebenarnya menerusi semua ini? Apakah dia ingin benar2 menjadi juara dalam "mempertahankan akidah ummah" atau dia hanya mahu menjadi juara dalam "mendedahkan gejala murtad" tanpa sebarang langkah pencegahan yang konkrit?

Sebagai kesimpulan, inilah soalan2 yang terkumpul dalam benak ini berkenaan Hasan Ali dan Jati.

- Apakah matlamat sebenar penubuhan Jati?

- Apakah matlamat sebenar siri jelajah "mempertahankan akidah"nya itu?

- Apakah matlamat sebenar tindakan pendedahan "bukti" gejala murtad itu?

dan yang terakhir sekali, apakah Hasan Ali benar2 ikhlas dalam perjuangannya ini (mendedah, kemudian mencari solusi) atau dia sekadar mahukan perhatian?
Hit: 21 Laman Asal