Wednesday, December 26, 2012

Politik diluar agama


Langskap politik Malaysia akan berubah tidak lama lagi. Hanya kesabaran sahaja yang akan memisahkan pejuang politik sebenar atau tidak. Mutakhir ini banyak berlaku pertembungan antara parti yang tidak sehaluan atau tidak dapat bersabar dengan perpindahan sokongan rakyat.

Kelihatan tidak dapat menerima apa yang berlaku sehingga pertimbangan tidak lagi dapat dikawal. Banyak insiden berlaku memberi gambaran masih ada lagi segelintir masyarakat tidak dapat berfikir dengan cara muhibah.

Tidak dapat menerima situasi politik sekarang ini membuat keadaan kemasyarakatan menjadi kelihatan tidak lagi mesra. Sifat kemelayuan yang dicanang sebagai lemah lembut tidak lagi kelihatan. Bila pertembungan dua haluan politik tidak kelihatan sifat mesra masyarakat selama ini ada dalam jiwa melayu.

Kerakusan menjadi pilihan untuk berdepan dengan politik lawan. Gambaran tidak enak didengar dan tidak juga enak dipandang memalukan masyarakat Malaysia. Kerajaan mencanangkan kepada rakyat agar memilih perwatakan berhemah tidak lagi menjadi keutamaan.

Masyarakat tidak lagi menghiraukan kepada kesopanan dan bijaksana dalam politik. Masyarakat memilih jalan menentang dengan kaedah rakus. Memalukan kepada dunia kerana dunia diberitahu bahawa Melayu adalah bangsa  bersopan. Keterangan kepada pelancong mengenai budi pekerti Melayu ada menyebut sifat yang ada pada bangsa Melayu.

Melihat pertembungan yang berlaku dalam kancah politik tidak lagi kelihatan terpancar kesopanan melayu. Tidak kelihatan Melayu itu bangsa bersopan. Siapa perlu diletakkan tanggungjawab  perubahan bangsa Melayu ini.

Nampaknya kitalah yang patut memberi perhatian agar kita tidak lagi dicop sebagai bangsa telah meninggalkan sifat kesopanan. Sifat ini adalah sifat turun temurun. Jangan sampai ia hilang kerana masyarakat rakus kepada politik moden.

Terjemahan politik kebanyakannya tidak sehaluan dengan cara hidup sebenar. Politik lebih kepada gerakan tanpa batas selagi tidak dibuktikan sebagai salah dalam kamus perundangan ciptaan manusia. Boleh dilakukan apa saja asalkan mencapai cita cita dan tujuan selagi ianya tidak terbukti atau dibuktikan bersalah.

Politik begini ditafsirkan juga sebagai taktikal dalam sosial politik. Tindakan siapa bijak akan menang ini digunakan untuk mengalahkan lawan politik. Tidak ada pengawalan peraturan atau iman yang menjadi pemisah kepada dosa kepada Tuhan.

Peradaban ini menjadi ikutan kepada hampir semua pengamal politik dunia. Tidak dilihat sebagai jahat atau salah kerana ia hanya melibatkan taktikal. Siapa pandai merancang akan dapat apa diusahakan.

Dosa bukan faktor merangka dan merancang taktikal politik. Sebab itulah di hebahkan oleh sebahagian pengamal politik tidak ada agama dalam politik atau agama dan politik tidak boleh bekerja bersama. Bagi mereka jika agama berada dalam politik maka banyaklah taktikal yang dirancang tidak dapat digunakan kerana ia dihukum salah atau haram.

Meletakkan agama di luar politik akan memudahkan pengamal politik ini merancang taktikal mereka. Sepertimana mereka faham dan mereka lebih suka begitu.

Friday, December 14, 2012

Masyarakat yang krisis identiti


Sejak akhir akhir ini banyak keluar dalam perbagai medium perhubungan sosial mengeluarkan kata kata tidak munasabah. Kenyataan seperti janji merosakkan anggota badan sendiri jika berlaku apa apa yang di fikirkan tidak berlaku.

Terbaru ada remaja yang sanggup memotong teteknya jika Malaysia menang dalam perlawanan piala AFF. Tidak dapat dipastikan jika benar malaysia menang semalam adakah dia akan mengotakan janjinya atau tidak.

Perkara i semakin menjadi jadi seolah ia satu trend terbaru dalam perkatakan yang mana kebanyakannya berunsurkan seks. Ada juga berjanji akan merosakkan daranya jika Malaysia kalah dalam perlawanan bola. Juga tadak dapat dipastikan adalah individu in mengotakan janjinya atau saja mengeluarkan kata kata untuk suka suka.

Satu hal lagi ramai penggunak lawam sosial memeberi perhatian kepada kata kata ini seolah ia adalah kata kata seorang yang dikenali ramai seperti artis atau ahli politik. Menarik perhatian ini akan membuat ramai yang berminat membuat kenyataan tidak sopan hanya untuk suka suka.

Ada juga mengatakan kata kata ini adalah untuk menaikkan pehatian sosial kepada ruang sosial individu ini. Kata kata begini akan membuatkan ramai akan berkunjung ke laman sosial dia. Untuk mmepopularkan diri lah katakan. Jika tidak lakukan begini tidak ada siapa akan tahu kewujudan dia.

Masyarakat harus mengambil perhatian kepada individu bermasalah dengan moral ini kerana kadang kala akan memberi gangguan kepada amsyarakat. Kata kata tidak bertanggungjawab ini jika dilayan akan menular kepada ramai masyarakat yang bermasalah dengan krisis identiti.

Tuesday, December 11, 2012

Rakyat dipesongkan pengetahuan tentang politik


Saya berpendapat sebagai rakyat Malaysia hak kita terhadap negara adalah memilih pemimpin yang mampu memberi kita kebajikan terbaik. Memilih pemimpin adalah tugas berat memerlukan pertimbangan yang wajar.

Ramai rakyat sekarang tersalah faham dalam memilih pemimpin bagi menggantikan kita untuk mentadbir negara. Kita sekarang bukan sedang berperang untuk menegakkan kemerdekaan negara. Kita sekarang sedang memberi cadangan kita kepada negara siapa yang kita rasa berhak dipilih untuk mewakili rakyat mentadbir negara.

Apa berlaku sekarang adalah perebutan memilih pemimpin dengan perasaan tidak normal. Ramai rakyat tidak lagi faham tindakan dibuat sebenarnya telah terpesong dari tujuan asal. Tanpa disedari rakyat tidak menunjukkan sifat setiakawan dan bijaksana dalam membuat keputusan.

Rakyat diberi gambaran bahawa sekarang negara dalam keadaan tertekan kerana ada pihak hendak merosakkan kesejahteraan negara dengan menganjur sifat ganas. Rakyat telah dipergunakan untuk mencapai hasrat politik kepada pihak lawan. Dengan perancangan terancang pengertian politik sebenar diberi gambaran salah dengan harapan rakyat akan percaya.

Malang sekali rakyat sekarang tidak lagi faham dengan politik sebenar. Rakyat mudah mempercayai tohmahan politik. Mereka melihat politik sebagai peperangan. Peperangan dicipta ahli politik untuk tujuan memenangkan parti mereka. Rakyat menjadi mangsa. Rakyat dimangsakan untuk mencapai habuan politik.

Apa yang saya fikirkan mengapa politik tidak mendidik rakyat agar memahami apa itu politik. Bagaimana politik berperanan. Peranan politik dalam memajukan negara. Politik persahabatan bersama memajukan negara.

Rakyat hanya bertentang pendapat dan pemilihan pemimpin bagi mentadbir negara. Paling ramai memilih pemimpin itu adalah di anggap sebagai pemimpin yang akan memimpin negara. Bagi pemimpin tidak memenangi tidak wajar menghasut rakyat membenci pemimpin yang berjaya dipilih.

Rakyat sepatutnya diajar memilih pemimpin dengan jiwa terbuka dan berlapang dada bukan bersifat dendam tambahan dihasut untuk berbuat begitu.

Pemimpin yang berjaya memenangi pemilihan memimpin negara tidak wajar mengambil kesempatan menggunakan kuasa yang diberi sebagai lesen bersikap tidak jujur dengan rakyat. Harus diambil kira kepada rakyat yang tidak bersikap dengki dengan kemenangan yang dicapai dihormati dan tidak meminggirkan.

Begitu juga dalam kempen pemilihan pemimpin jika dilihat rakyat condong kepada satu  pihak parti jangan ditindas dengan kecenderungan itu. Pilihan rakyat adalah hak dan mesti dihormati. Jika mahu sokongan rakyat lakukan dengan jujur dan bijaksana.