Aku amat tertarik dengan artikel yang sahabat aku blogger Putra Merdeka tulis semalam , DI SINI

Seandainya benar bagai dikata atau diramal oleh Putra Merdeka ataupun beliau mempunyai sumber-sumber sahih yang tertentu , ditambah pula dengan beberapa maklumat dalaman yang aku dapat daripada sumber-sumber yang tidak 100% sahih ... Maka, hari ini yang bertarikh 20 Oktober 2011 , di mana tempohnya dengan tarikh 20 November 2011 adalah cukup-cukup genap satu (1) bulan dari sekarang !...

Persoalannya? ... Apakah genap lagi sebulan dari tarikh hari ini,  YAB Perdana Menteri akan umumkan Pembubaran Parlimen Malaysia untuk memberi laluan kepada Pilihanraya Umum ke-13 ??

Sesiapapun pun tidak pasti dan tidak dapat mengesahkannya 100% , melainkan Dato Sri Najib sendiri.

Tetapi, setelah menerima beberapa "maklumat kental" yang menggasak masuk ke dalam corong telinga AloQStaQBlog dalam seminggu dua ini ditambah pula dengan penulisan artikel Putra Merdeka semalam, AloQStaQBlog ingin memberikan nasihat lebih awal kepada seluruh jentera UMNO dan Barisan Nasional supaya lebih pro-aktif serta menggandakan khudrat serta usaha anda semua berlipat kali ganda untuk menambat hati rakyat Malaysia agar mereka mengundi UMNO dan BN pada PRU13 kali ini dengan kelebihan majoriti yang lebih besar !  Khususnya kepada pengundi baru di atas pagar.

Bekerja kuatlah untuk merampas kembali Negeri-Negeri yang telah terlepas ke tangan Pakatan Rakyat.

Bekerja kuatlah untuk memperolehi penambahan kemenangan di kawasan-kawasan yang kalah.

Bekerja kuatlah untuk mempertahankan semua kerusi yang sedang dimenangi.

Bekerja kuatlah untuk mengelakkan Pakatan Rakyat menawan Putrajaya !

Jangan Leka !... dan jangan bekerja hanya nawaitu untuk jadi calon sahaja , apabila nama calon diumumkan kelak , tidak ada namanya dalam list , terus tak mahu buat kerja ... Ini SIFAT DAJAL ANAK HARAM namanya !

Seandainya benarlah 20 November 2011 adalah tarikh diumumkan pembubaran Parlimen, di kala itu jalan menjadi semakin sempit , ruang menjadi semakin menghimpit , masa menjadi semakin sulit ...

Di waktu itu juga, kebanyakan rakyat akan melihat apa saja perlakuan ahli-politik seolah-olah sebagai gimik untuk memancing undi semata-mata.

Sentimen pengundi atas pagar untuk membenci para politikus-politikus dan pekerja parti yang hanya buat kerja "last minute" akan lebih terserlah ketika itu. Jadi, pandai-pandailah memulakan segala pancing undi mulai saat ini ...

Aku menyeru ... Mulakan kerja sekarang ! Hari ini !

Buatlah kerja demi parti anda, 10 kali ganda daripada apa yang pernah anda lakukan sebelum ini,  kerana PRU13 adalah yang paling kritikal (kepada BN & PR) ! ...

Janganlah anda tunggu sehingga pengumuman pembubaran dibuat dahulu, barulah nak terkelam kabut turun padang untuk berjumpa rakyat ... Waktu itu , masanya sudah agak terlambat sedikit !

Apapun, jom kita sama-sama tunggu dan lihat, sama ada benar atau tidak maklumat yang AloQStaQBlog dan Putra Merdeka dapat ni ... Lihat pada 20 November 2011 nanti selepas YAB PM balik mengerjakan Haji di Makkah, adakah beliau akan umumkan PEMBUBARAN PARLIMEN ...



Nota realiti (Fakta Tarikh) :
19 November 2011 - Cuti Sekolah Semester Hujung Tahun Bermula

20 November 2011 - Kemungkinan PM Umum Bubarkan Parlimen ?

23 & 24 November 2011 - Hujahan Akhir Kes Pembelaan Liwat Anwar vs Saiful sebelum Mahkamah Tinggi membuat keputusan.

- Kalau PM umum selepas Keputusan Mahkamah Anwar vs Saiful, implikasinya agak besar untuk rakyat menuduh PM takut hadapi PRU13 (atas sebarang keputusan sama ada Anwar masuk Penjara semula / Anwar dibebaskan - Nauzubillah!) , reputasi BN akan sedikit menurun di mata rakyat/pengundi.

... aku nak cedok kata-kata Putra Merdeka ; Lu pikirlah sendiri !


AloQStaQ
20-10-2011
Khamis
2:51 Ptg

Hit: 16 Laman Asal