Sabtu, 20 Oktober 2012

hanya tinggal kenangan...



BUAT PEMILIK HATIKU SETELAH ALLAH..

Tolong beritahu si dia, aku ada pesan buatnya..(kerana aku sayangkan dia)
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..
Tolong nasihati si dia, jangan mencintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
(kerana ku bimbang akan nanti akan kurangnya nikmat cinta
Tolong nasihati si dia, jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..

Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..
Tolong katakan pada si dia, aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia, aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia, aku kasihinya kerana santunnya..

Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..
Tolong sedarkan si dia, Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia, aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, Tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..

Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak menjadi penyebab bertambah rindunya..
Tolong pesan padanya, aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya, aku tidak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya, aku membiarkan Yang Esa menjaganya dirinya..

Tolong khabarkan pada si dia, aku tidak mahu melekakan dia
Tolong khabarkan pada si dia, aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..

Tolong sampaikan pada si dia, aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia, cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia, kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri..

Hanya Engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..
Moga pesanku sampai padanya walau aku sendiri tidak tahu siapa dan di mana si dia..
Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman
larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya..
Simpanlah pesananku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti...

Ya Allah,jika perkara ini baik bagiku dalam urusan agamaku dan penghidupanku serta akibat urusan ku maka takdirkanlah dia untukku dan mudahkan dia bagiku...seta berkatilah bagiku didalamnya...tetapi jika engkau ketahui bahawa perkara ini buruk bgku dalam agamaku dan penghidupanku serta akibat urusan ku maka hindarkanlah ia bagiku dan jauhkan pula aku daripadanya,dan takdirkanlah kebaikan bagiku dimana saja adanya,lalu jadikan aku meredhainya...amin~ ♥ ♥ ♥
._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._
''Apabila kita kata dah BERSEDIA''

''Allah tak hantar siapa2 pon pada kita''

''Tapi bila Allah hantar seseorang pada kita,
jangan kata tak BERSEDIA kerana Allah lebih mengetahui kita dah bersedia atau belum..''

InsyaAllah.. Aku redha..^__^
Kadang-kadang  dalam kehidupan ini terasa sesuatu yang pelik dan ganjil bagi kita akan tetapi hakikatnya ia sesuatu yang benar dan tiada mustahil bagin-NYA.. Dan ada perkara atau sesuatu yang tak boleh diajar tapi dapat pelajari oleh mahluk-NYA.. begitu ajaibnya aturan dan kebesarannya yang ada disekeliling kita..

P/S:Ajaibnya anugerah-NYA kepadd mahlukNYA berbentuk pengalaman dan ilham.. SUBHANALLAH..
langsung tak tercapai oleh akal dan kemampuanku..
Allahu akbar!!!

Ahad, 6 Mei 2012

aku teristimewa


Aku dilahirkan sebagai seorang lelaki namun aku percaya yang setiap insan mempunyai kelebihan masing-masing dan punyai kelemahanku sendiri.Oleh yang demikian aku begitu yakin yang aku BUKAN INSAN BIASA aku adalah YANG TERISTIMEWA untukNya.

Sebagaimana Adam dicipta begitu juga aku dicipta oleh Pencipta iaitu Allah s.w.t. .Namun sejauhmanakah kita menunjukkan rasa cinta kita kepadaNya?Pernahkah kita terfikir?Aku sedar yang aku juga masih melakukan kesilapan yang sama tetapi tidak menjadi suatu kesalahan sekiranya kita saling nasihat-menasihati.

Soal perasaan hati dan cinta kepada makhluk(Marhabah Mujanasah) amat sukar untuk aku ungkapkan terutamanya kepada wanita yang bukan mahram untukku.Kekadang rasa ingin dicintai dan disayangi timbul namun aku cuba dan kuatkan diriku untuk terus teguh dengan pendirianku yang 'Indahnya Cinta Selepas Akad' dan aku berharap aku dapat bertemu dengan zaujahku yang menjadi pelengkap rusuk kiriku yang telah dijodohkan untuk ku olehNya.

Soal akhlak dan sahsiah diri aku cuba untuk mengamalkan sunnah Rasulullah s.a.w walaupun tidak secara menyeluruh namun sedikit sebanyak aku cuba untuk mengamalkan dan istiqamah dalam menjaga sunnah baginda.Karena Rasulullah merupakan contoh teladan untuk sekian makhluk manusia.

Soal ketaatanku kepada AgamaNya merupakan tunjang untuk menjadi Yang Teristimewa.Kenapa aku perkatakan sedemikian?Karena Allah lah tempat kita meminta doa dan pertolongan sebagaimana yang selalu kita lafazkan dalam solat kita:


Aku mengaku(bersaksi) bahawa tiada tuhan yang sebenarnya melainkan Allah
dan aku mengaku(bersaksi) bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah

  

 Maknanya kita telah mengaku yang Allah itu layak disembah dan Rasulullah s.a.w itu pesuruhNya.Dan apa yang dikhendaki olehNya pasti dilaksanakan olehNya

“Sesungguhnya keadaan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya: “Jadilah!” maka terjadilah ia.” (Surah Yassin : 82) 


Disebabkan itu aku mesti menjaga hubunganku dengan Allah dan hubunganku dengan manusia(HabluminaAllah waHabluminannas) agar hidupku diberkati olehNya

Subhanallah akhir bicara Yang Teristimewa perlukan pengorbanan bukan sahaja memerlukan bicara kosong ayuh sama-sama kita menjadi Yang Teristimewa insyaAllah

Ahad, 15 April 2012

menunding jari??

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..

okey..hari nie ana nak kongsikan satu cerita..
ada sepasang suami isteri yang baru berpindah rumah..si isteri nie suka berblog,menulis..
hurm..satu hari,ketika si isteri nie sedang mengadap komputer nya yang menghala ke arah tingkap..
tiba-tiba..dia ternampak jiran dia tengah menjemur baju..dia pon cakap kat suami.." abang,saya tengok jiran kita tu x pandai basuh baju lar..x bersih"..suami nya hanya diam tanpa bersuara..
........................................................................................................

seminggu lepas tu,sewaktu si isteri sedang asyik mencoret penulisan blog nya,dia ternampak lagi jiran dia tengah jemur kain..sia cakap lagi kat suami.." abang,saya tengok jiran kita tu dah pandai basuh baju lar..dah bersih...".......suami nya menjawab.." awak,takde maknenyer jiran kita tu tak pandai basuh kain..tingkap kita tu yang tak bersih..haa pagi tadi baru saya bersihkan.."...
si isteri kelu sambil menahan malu..

.........................................................................................................

haa begitulah kita wahai sahabat..suka sangat menilai orang lain sedangkan diri sendiri masih lagi terumbang ambing..betul tak??
kita tak layak nak 'judge' orang..hanya ALLAH YANG MAHA ESA yang berhak menilai hamba-hamba NYA..
perasan tak,bilamana kita tunding satu jari ke arah orang lain,hakikatnya 4 jari selebihnya tu tertunding ke arah sape??diri sendiri kan..
so,sama2 lah kita muhasabah balik diri..
perbaharui iman,,perbaharui niat..insyaALLAH..

wallahu a'lam bis sowab..
wahuwa yahdi ila sabilir rasyad..

'semua tentang aku' kembali!!

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum teman-teman seperjuangan..
alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..
masih lagi dikurniakan nikmat oksigen untuk menarik nafas..
masih lagi diberi nikmat anggota tangan untuk menaip entry 'semua tentang aku; nie..
subhanallah..agak lama tidak mencoret perkongsian di sini kan??
faktor kekangan dengan urusan seharian memaksa diri ini untuk tidak meng'updates'
perkongsian..
insyaALLAH..diri ini tengah berusaha untuk mengemaskini kembali laman nie..
insyaALLAH 'semua tentang aku' akan terus menemui teman-teman sekalian..
doakan ana..teruskan menyokong ana dalam medan dakwah nie..


Isnin, 18 April 2011

UntukMu Teman



"SAHABAT........ 
 Andai hari ini aku terlalu gembira, sedarkanlah aku dgn amaran2 Allah
 Andai ku bersedih tanpa kata,pujuklah aku dgn tarbiah Pencipta
 Andai ku lemah tak berdaya,ingatkanlah aku dgn kehebatan syurga
 Andai antara kita ada tembok yang memisahkan, ajaklah aku meleraikan segera...
Andai pernah hatimu terluka, luahkanlah agar aku berubah...
& ...Andai esok ku lena tanpa terjaga...iringilah lenaku dengan kalungan doa n fatihah...berjanjilah SAHABAT..
Ukhuwah kita utk selamanya......Insya'Allah "

Ahad, 17 April 2011

oleh kerana minat sangat utk mngumpul ramai kawan,maka tciptalah 1 group di fb yg dberi nama KAMI GENERASI 93  ...time kasih kpada smua rakan KG93 krana sudi mnjadi kwan saya