Ahad, 3 Februari 2013

BILA HAK RAKYAT JADI MACAM " BAPAK " DIA PUNYA?


Bangunan Dewan Orang Ramai ( DOR ) dan JKKK Tanah Lalang jadi pusat gerakan Parti Umno menjelang Pilihanraya Umum 13.

BAGAN DATOH : Pakatan Rakyat tidak boleh tetapi Umno/ BN boleh sahaja. Asalkan untuk Umno/ BN. Mungkin menjadi perkara biasa atau adat bagi Umno/ BN menggunakan bangunan orang ramai sebagai pusat gerakan parti tersebut.

Hakikatnya, hak rakyat telah dinafikan oleh Umno/ BN sebagai kerajaan hari ini. Apatah lagi menunggu saat-saat akhir mereka ( Umno/ BN ) akan tumbang sebagai kerajaan. Mereka semakin tenat dan hilang punca apabila pelbagai isu melanda parti tersebut. Kesian bercampur gembira, apabila mereka mulai sedar serta bimbang kebangkitan rakyat untuk merubah masa depan negara dengan menjatuhkan kerajaan Umno/ BN.

Menjelang PRU 13, pelbagai tindakan Umno/ BN dilihat semakin melampau. Terkini di cawangan Sg. Dulang yang terletak di Parlimen Bagan Datoh dan DUN Hutan Melintang, kelihatan Umno/ BN telah menggunakan bangunan orang ramai sebagai pusat operasi dan gerakan parti itu. Lokasinya yang berdekatan di rumah Ketua JKKK dan OKU ( Orang Kuat Umno ) menambahkan " kejahatan " mereka.

Bangunan yang hanya terletak sejauh 50 meter daripada rumah Ketua JKKK Tanah Lalang.

Tiada ulasan: