Lauk kegemaran semua, memang mabeles...ekekekeke.......
Ayam Masak Kicap Cili Padi - Amy Bahan
1/2 ekor ayam dipotong kecil
5-10 biji cili padi* (terpulang kepada tahap kepedasan yang disukai)
10 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia* 1 inci kunyit hidup* 2 batang serai di ketuk
Minyak masak
½ cawan kicap manis Kipas
Secubit gula secukup rasa (bahan yang bertanda* di tumbuk /kisar)  Bahan lain:-   Cili merah/hijau – di belah 4   1 labu bawang besar - dihiris Cara:
1. Ayam dipotong kecil, bersihkan bubuh garam dan kunyit. 2. Panaskan minyak dalam kuali. 3. Tumiskan bahan yang ditumbuk lumat, juga serai ketuk. 4. Tunggu hingga naik bau, baru masukkan ayam.
5. Kacau biar sebati, baru masukkan kicap manis. 6. Masak dengan api perlahan,     tutup kuali dengan penutup kuali. 7. Biarkan sehingga lembut.
8. Masakkan sehingga pekat dan naik minyak.     perisakan dengan gula secukup rasa. 9. Masukkan bawang hiris dan belahan cili. 10.Tutup api, angkat dan hidangkan.   * Tidak perlu bubuh garam sebab dah ada kicap
 
Hit: 138 Laman Asal