Masa masak nasi ni...habis satu rumah baunya...dari perut tak lapar..jadi lapar..ngee....!!! Ohh...sedap sesangat...bertambah-tambah anak-anak makan...!!!! Di hidang dengan Ikan percik, Kerabu Ikan bakar... sehingga menjilat jari... 
NASI UDANG KUNING DIRAJA – Amy Resepi asal – Chef Kamarul A)
3 cawan beras Basmathi – rendam dan toskan
6-10 ekor udang sederhana besar
3 cawan air
1  cawan susu cair
1 sudu besar serbuk kunyit – (ganti 1 sudu teh  pewarna kuning)

(B)bahan tumis
2 sudu besar udang kering–cuci dan kisar(saya tambah)
5 ulas bawang merah - dihiris
3 ulas bawang putih - dihiris
1 inci halia - dihiris
1 batang kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
3 kuntum bunga lawang
1 tangkai daun kari
5 gm gula batu ( 1-2 ketul sederhana)
3 sudu besar mentega
Garam secukupnya

(C) hiasan tabur atas nasi
bawang goreng
hirisan daun bawang, daun ketumbar.

Cara-cara

1. Beras rendam ( 1-2 jam) basuh beras dan toskan.
2. Tumis bahan hiris dan udang kering kisar. 3. Masukkan bahan rempah dan daun kari. 4. Masukkan udang dan kacau seketika. 5. Masukkan air, susu cair, garam, gula batu dan     serbuk kunyit/pewarna kuning. 6. Biarkan mendidih masukkan beras basmathi. Kacau     beras sedikit dan tanak sehingga nasi masak. 7. Hiaskan dengan bawang goring dan hirisan daun sup    /bawang.

Hit: 15 Laman Asal