Slot

Sunday 2 November 2014

Jihad (2) : Malaysia dan Ideologi


*Buku hanyalah gambar hiasan, tiada kena mengena dengan ulasan dalam entry ini.
*Pembacaan entry ini memerlukan anda membaca entry sebelumnya. Sila rujuk entry Jihad (1)
*Baca sehingga habis entry ini dan jangan tertinggal tiap frasa didalamnya

Bismillah.
Dalam entry yang lalu, dibincangkan beberapa perihal definisi pada frasa Jihad dan ke arah penghuraian seribu satu bentuk sosio-islam di mana golongan ulama' memainkan peranan penting dalam mengekalkan identiti Islam dalam arena bangsa Malaya kita hari ini. Tujuan mereka adalah untuk mengembalikan syariat islam bermula dari dalam negara mereka sendiri.

Ya.
Mungkin ramai yang janggal dengan frasa Islam pada waktu sekarang. Ternyata Belanda dan British berjaya menjajah minda kita dari generasi ke generasi. Penjajahan ini berterusan sehingga kita lebih mengagungkan ideologi dalam konsep-konsep pemerintahan Sosialis (eg. Soviet Union, Russia), Liberal (eg. U.S.A, Korea Selatan), Komunis (eg. China, North Korea), Reformis (eg. British Labour Party) dan Nasionalis (eg. Indonesia)

Pemerintah mahupun Parti Pemerintah mesti kena ada ideologi sebagai wadah aturan pemerintahan mereka. Kita lihat contoh-contoh di atas bukan sekadar konsep biasa-biasa. Sebenarnya, ideologi politik ini mengajar konsep pemerintahan yang berbagai.

Di Malaysia,
Perhatian kita dapat direntakkan dengan beberapa kumpulan dan individual yang mahu membawa perubahan dan masing-masing dengan agenda ideologi mereka masing-masing. Ramai rakyat kita di kampung dan pedalaman tak tau apa benda ideologi ini.

Lantas, penulis akan menjelaskan ideologi-ideologi ini bagaimana terlentar di persada Malaya


Sosialis

Sosialis di anggap ideologi bermasalah besar kerana menjadi perkara kepada yang runcing kepada Aqidah sang penganut Islam. Ideologi ini halal dibawa masuk dek kerana semangat demokrasi semata-mata. Sosialis merupakan satu konsep pemikiran organisasi sosial dan ekonomi.

Ditubuh di Malaysia 1998, (7) tahun selepas kejatuhan empayar Soviet Union, Parti Sosialis Malaysia (PSM) cuba membawa impak baru kepada negara dek kerana kegagalan parti-parti sedia ada untuk mengatasi parti penguasa, BN. Namun 1998 itu, mereka masih gagal didaftarkan atas faktor 'mengancam keselamatan negara'. Lantas, ia bergerak bersama dalam Democratic Action Party (DAP) pada era reformasi 1999 dan pada 2004 dan 2008 bersama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Kesannya calon mereka telah berjaya bertanding atas tiket PKR serta memenangi satu (1) kerusi parlimen pada PRU 13 pada 2008. Juga beberapa calon mereka di masuk-tandingkan atas tiket bebas. Mereka tidak bersama dalam Pakatan Rakyat (PR)

Parti Rakyat Malaysia (PRM)

Sebelumnya itu, Parti Rakyat Malaysia (PRM), merupakan sebuah parti yang dibawa oleh golongan sosialis pernah bersama dalam Barisan Alternatif (BA) yang terdiri daripada PAS, KeADILan, DAP dan PRM. PRM ini lebih kepada sosialis yang di inspirasikan oleh Soekarno dari Indonesia. Mereka ini masih lagi wujud dimana pada 2003 mereka dipersetujui untuk bergabung dengan KeADILan menjadikan nama Parti Keadilan Rakyat pada hari ini.

Tahun 1990, di zaman pemerintahan Tun Dr. Mahadhir Mohamad, dua orang bekas Perdana Menteri Malaysia iaitu Tunku Abd Rahman dan Tun Hussin Onn kembali ke Rahmatullah. Kedua-dua almarhum ini meninggal dalam keadaan tidak berjuang bersama UMNO. 1987 di zaman konflik UMNO sangat kritikal membawa kepada dua 'team' iaitu Team A (Pro-Mahathir) dan Team B (Anti-Mahathir) sehingga membawa kepada perpecahan dengan penubuhan Semangat 46 (1988-1996).

Ku Li dan TGNA suatu ketika dahulu

Kembali kepada topik Sosialis. Untuk pengetahuan semua, ideologi pemerintahan sebelum kedatangan Tun Dr. Mahathir adalah bersifat Nasional-Sosialis. Kebebasan bersuara, kelestarian platform-platform pidato dari kampus, demonstrasi dibiarkan sebagai agenda untuk menyebarluaskan nada baikpulih kerajaan. Akhirnya, impak besar diterima, pelajar-pelajar menuntut ilmu di pusat-pusat pengajian secara tanggungan kerajaan.

Bahkan, konsep UMNO dahulu dilihat lebih mesra rakyat berbanding UMNO baru pada hari ini. Maka, tidak hairanlah mengapa pada tahun 70-an, teramat rasional PAS bergabung dengan UMNO.

Secara keseluruhan, PSM, PRM, DAP antara parti-parti sosialis yang pernah turun di Malaysia berjuang melawan ideologi Nasionalisme yang bersifat perkauman.

Namun, nilai PSM ini lebih kepada Sosialis yang melawan sistem Demokrasi serta mengagungkan ikon seperti Karl Marx, Vladimir Lenin, dan Joseph Stalin yang merupakan orang-orang yahudi yang merancang stratergi dengan membanyakkan ideologi bagi menutup Islam. Mereka ini bahkan membawa konsep ala komunis dan bahkan meletakkan kepala kerbau dalam pejabat mereka ibarat barang sembahan kepada ideologi mereka. Ini yang dikatakan amat membahayakan Aqidah namun masih di perhalalkan dengan cara. Contoh komunis ini adalah seperti negara China.

Berbeza dengan PRM dan DAP yang mana sekalipun mereka berideologi sosialis, mereka masih mendokong demokrasi Malaysia secara terpimpin. PRM merupakan Sosial-Demokrat manakala DAP merupakan Sosialis Pragmatik. Mereka-mereka ini tidak bersetuju dengan pemikiran komunis seperti PSM. Sekalipun ia agak tidak elok untuk disertai umat Islam, namun pemimpin Islam masih menerima mereka dengan baik lagi kerana menerima nilai demokrasi dan perlembagaan dan lebih terarah kepada budaya negara berkebajikan.

Liberal



Agenda liberalisasi adalah agenda yang amat biasa dan terbuka di mata kita. Lihat negara seperti U.S.A adalah negara yang terang menggunakan sistem liberal moden ini. Mereka bertemakan frasa 'Bebas dan Sekata'. Bebas bersuara. Bebas melakukan apa sahaja. Hak sama rata untuk semua.

Ideologi ini telah difatwakan mufti sebagai sesat. Namun sebahagian dari kita menukarkan frasa menjadi mesra islam iaitu Islam Liberal. Konsepnya tetap sama, tetapi hakikatnya ia telah menjadi sekular dek kerana menetapkan Liberal dan Islam pada titik yang berbeza.

Di Indonesia, wujud parti-parti politik yang mendokong liberalisme dan juga wujud parti-parti Islamik Liberal.

Hakikatnya, fahaman ini mengkehendaki ciri keterbukaan dan kebebasan yang lebih daripada apa yang sedia ada dalam syari‘at Islam yang asli lagi tulen.

Di Malaysia, kebanyakkan ideologi ini wujud dalam PKR. Penulis bukan berniat memusuhi mereka. Namun, kita jelas, perkara yang salah tidak boleh didokong. Justeru itu, pencegahan perlu dilakukan bagi mengatasi kelemahan ini. Ternyata Presiden PKR tidak mampu mengatasi masalah ini sendirian. Lambakkan golongan Islamik Liberal dan Sosialis di dalam PKR membuatkan mereka berbagai pemikiran yang akhirnya merosakkan akidah mereka sendiri. Tidak dinafikan ia boleh berlaku dalam parti-parti lain di Malaysia seperti BN dan sebagainya.

Reformis





Reformasi adalah satu gerakkan yang mahukan perubahan total kepada ideologi sedia ada. Mereka digelar ejen pengkritik dan pembidas. Menyoroti kepada ideologi Reformisme ini, ia merupakan satu ideologi yang mahukan perubahan kepada nilai sosialis yang asal. Akhirnya, sosialis berpecah dua (2) satu kepada komunis dan satu kepada Sosial Demokrat. Golongan reformis inilah penyumbang asal kepada penubuhan Sosial Demokrat. Namun sehingga kini, parti-parti bersifat reformis ini masih berhaluan kiri kepada kerajaan.

Reformisme juga pernah dilakukan oleh pemimpin di Iran. Malaysia, menjadi laungan sang pemimpin bernama Dato' Seri Anwar Ibrahim (DSAI) dan PKR secara keseluruhannya membawa reformis ini kepada satu ideal tersendiri. Namun, ia lebih kepada bersifat individualisme. Reformis hanyalah alat bagi membawa DSAI sejak era reformasi 1999. Kita terpalit dengan sejarah itu.

Nasionalisme
Nasionalisme adalah sebuah ideologi berkebangsaan. Patriotisme pula nilai kecintaan tanah air. Dalam erti kata lain, tanpa patriotime, nasionalisme tidak lengkap.

Adapun racialisme ini bererti, kepercayaan (ideologi) dipergantungkan keatas bangsa. Konsep racialisme ini dikategorikan dalam ideologi Nasionalisme sebagai Racial Nationalisme atau Ethnic Nationalisme.

Ia merupakan konsep taksub dan percaya kepada kebolehan sesuatu bangsa, warna kulit, sivik, budaya, konservatif, jantina, liberal, mahupun agama yang meletakkan mereka bersifatkan 'asabiah' (berpuak-puak).

Di sini, antara negara yang berpegang kepada konsep ini satunya ialah Indonesia, zaman Nazi dan ya Malaysia kelolaan UMNO. Namun dalam UMNO konsepnya di Islamik sedikit. Untuk diperlihatkan di Islamik lebih banyak, bolehlah lihat kepada ISMA (secara mereka sedar atau tidak). Dalam perjuangan di negara-negara ini diperlihatkan perjuangan bangsa yang kritikal melebihi nilai-nilai yang lain.

Islamisme
Konsep Islamisme ini adalah konsep yang suci Islam semata-mata dalam pembawakan ideologi ini. Inilah Jihad yang dibawa oleh islam untuk mengenetepikan ideologi-ideologi yang datang dari pulusuk dunia. Oleh itu, golongan/kumpulan Islamisme ini digelar Gerakkan Islam. Sama seperti Ideologi yang lain, mereka juga punya ketokohan, jaringan antarabangsa dan sistem ekonomi dan sosial, Islamisme ini juga merupakan ideologi yang akan penulis buka (LIHAT ENTRY SETERUSNYA) agar pembaca faham, Islam ini membawa ideologi untuk menentang ideologi dan menguasai dunia.

Makan nantikan entry: Jihad (3) : Gerakan Islam dan cabaran.

Sunday 26 October 2014

Jihad (1): Perjuangan Islam di Malaysia


*Dijemput untuk membaca sehingga tamat dan dibaca setiap petikan dalam entry ini. TQ

  • PENDAHULUAN


Islam dan perjuangan adalah sesuatu yang sebati sejak dahulu lagi.
Hari ini, perbezaannya ialah kita lebih lenggang dan medan perjuangan adalah berbeza.
Namun, berintipatikan sesuatu yang sama.

KUASA & KEPIMPINAN

Oleh itu, pelbagai cara yang telah digunakan oleh Islam sejak zaman-berzaman bagi melunaskan perjuangan yang disemai dalam Al-Quran yang dijadikan sebuah kewajiban; disebut sebagai jihad.

Islam itu tinggi dan tiada sesuatu yang lebih tinggi daripadanya” (Hadith riwayat al-Baihaqi dan dinilaikan sebagai sahih oleh al-Albani).

JIHAD didefinisikan sebagai sebuah perjuangan yang perlu (WAJIB) dilakukan oleh orang-orang Islam bagi memenangkan Islam dan menjadikan sumber-sumber Islam sebagai panduan bernegara.

Perlu difahami dalam konteks pendefinisian, Islam seringkali memilih jalan aman lebih utama dari peperangan. Dalam erti kata lain, peperangan itu adalah jalan terakhir. Dalam keadaan yang lain, Islam juga mewajibkan sebarang serangan berbentuk peperangan terhadap Islam, perlu ditentang dengan peperangan sebagai hak mempertahankan diri (Islam diserang, kita wajib serang semula).

Meletakkan jihad dalam Islam sebagai sesuatu yang extrimis oleh orang-orang bukan Islam dari seluruh dunia ternyata sebuah kepalsuan dunia kerana mereka lebih ekstrim menyerang negara-negara Islam pada hari ini.

Lantaran itu, di bumi Malaysia, nilai jihad telah dicerakinkan dari konteks peperangan dek kerna wujud ketidakwajaran dalan hal sebegini.

(Saya menafikan kehendak perjuangan kumpulan Hizbu Tahrir yang begitu vokal dengan frasa jihad menghendakkan peperangan sebagai sunnah Nabi SAW)

Para pembaca, 

Cuba perhatikan bagaimana Nabi SAW tidak memilih jalan peperangan sebagai satu-satunya jalan. Baginda cuba untuk membuat perjanjian keamanan tanpa dihirau risiko yang bakal berlaku kerana tawakkal baginda SAW. Perjanjian Aqabah, Hudaybiyyah, Piagam Madinah dan banyak lagi yang diselindungkan sang sejarah yang tidak akan kita ketahui. Juga, biarpun mereka sebangsa Arab, mereka tetap tidak mempercayai sesama mereka.

Juga perlu difahami pembaca, kategori jihad yang dihuraikan penulis merupakan Jihad A'mm (jihad yang mencakup segala aspek kehidupan baik yang bersifat moral maupun material, terhadap diri sendiri maupun terhadap orang lain. Jihad ini dilakukan dengan mengorbankan harta, jiwa, tenaga, waktu, dan ilmu pengetahuan yang dimiliki. Jihad ini adalah menghadapi musuh berupa diri sendiri (hawa nafsu), setan, ataupun musuh-musuh Islam (manusia).



  • MALAYSIA BUMI BERTUAH
Bumi ini yang dikurniakan Islam sejak kehadiran sang Parameswara.
Sehingga diberitakan atuk nenek moyang kita ini, pada ketika itu melaksanakan syariat Islam dengan perlaksanaan cukai-cukai Islam (Zakat dan Jizyah) dibuktikan dengan hukum-hukum kanun dan penemuan batu bersurat.

Hakikatnya, atuk nenek moyang kita telah pun merasai nikmat bernegara Islam. Bahkan bumi ini juga merupakan sayap Islam di zaman Khilafah empayar Turki Uthmaniyyah.

Namun, seawal 1511, era kejatuhan Islam telah pun berlaku dimana pejuang kristian dari Portugis menerpa peperangan ke atas bumi malaya ini.

Portugis yang bersama dengan Sepanyol dimana membuat perjanjian melebarkan empayar yang melihatkan Portugis menyerang ke arah Timur sementara Sepanyol ke arah barat. Sebab itulah Filipina adalah mangsa serangan Sepanyol. Dan Malaysia adalah mangsa serangan Portugis. Ya, mereka memang bertujuan untuk sebar Kristian di Tanah Melayu pada waktu itu kerana di catatkan secara sejarahnya, mereka-mereka inilah yang melancarkan serangan bagi menjatuhkan kerajaan Islam Andalusia.

Sejarah pejuang - pejuang Islam di Tanah Melayu bahkan bermula sejurus selepas itu dengan perkara-perkara yang dibawa Belanda dan British iaitu mengenalan cukai. Pada waktu itu, Ikhwanul Muslimin masih tidak wujud. Empayar Uthmaniyyah masih tegak berdiri biarpun kian rapuh.


Antara pejuang-pejuang Islam di zaman itu adalah Tok Janggut dan Haji Abd. Rahman Limbong. Boleh lihat capaian diberikut.
http://iniceritakita.wordpress.com/2008/11/07/tok-janggut-antara-cukai-feudalisme-dan-nasib-dunia-islam/

Ulama' di Tanah Melayu ini merupakan sang pejuang yang begitu lantang menentang sistem-sistem yang pada hari ini kita agungkan. Apa yang hendak di hairankan kerana secara metamatik dan ekonomi, kita lebih 'bijak' dari sang perencana sistem-sistem Islam sekaligus kita menolak dari membayar zakat sebaliknya kita berusaha seluruh keringat untuk membayar cukai.

Inilah kefahaman yang disilapkan. Yang British dan yahudi serta kristian telah lakukan bagi umat Islam meraikan sistem duniawi mengenetepikan sistem Allah.

Ulama'-ulama' lampau telah melakukan pelbagai usaha bahkan menubuhkan platform bagi bersatu menentang penjajahan. Antaranya ialah Sarekat Islam (SI) sebagai gerakkan Islam yang pertama di Tanah Melayu tahun 1920-an di Beserah, Pahang sebagai cawangan gerakan Islam Sarekat Islam di Indonesia yang ditubuhkan pada 1909. Inilah telah bukti yang dipadamkan oleh British dan Belanda yang tersemat di dalam muzium mereka dan hanya berjaya didedahkan mutakhir ini sahaja.

Amat hebat Islam ketika itu, di mana hubungan baik kerajaan Melaka dengan Empayar Uthmaniyyah telah pun wujud biarpun tidak diceritakan dalam buku sejarah kita. Namun inilah hakikatnya.
https://www.facebook.com/TarbiyyahKreatif/photos/pb.227195590743869.-2207520000.1409753682./519638248166267/?type=1&permPage=1

Kewjudan mereka ini bahkan di lihat lebih awal daripada kewujudan Ikhwanul Muslimin yang menjadi Gerakan Islam paling utuh dan padu sekitar 1928 dengan jutaan mehnah dan tribulasi.

Akhirnya, barisan ulama' telah mengisytiharkan penubuhan Hizbul Muslimin di Tanah Melayu selepas persidangan dilaksanakan Mac tahun 1947. Mereka telah pun melihat ketika penguasaan British pada kali ini mahu memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu dan seisinya. Antara lain, mereka masih kekal mahu memperkukuhkan elemen ekonomi dan sosial bangsa melayu serta mereka melihat, UMNO gagal memberikan manfaat kepada orang Islam.


Dan inilah yang menjadikan UMNO amat gerun kepada Hizbul Muslimin yang sah ditubuhkan sekitar Mac 1948 dan seterusnya menjadi seteru UMNO. Pada tahun itu juga, sebuah dakwaan oleh pihak British bagi mengharamkan Hizbul Muslimin dengan mengaitkan mereka bersekongkol dengan komunis.

Disini saya tunjulkan bagaimana para pejuang Islam bersungguh-sungguh di Tanah Melayu bagi memastikan Islam Tertegak semula di atas muka bumi. Sungguh bertuah kita dikurniakan Ulama'-Ulama' berjuang Islam, setidak-tidaknya bumi ini tidak dikristianisasi secara total.

Penerangan penulis selepas ini akan merungkai nilai jihad pasca-kemerdekaan agar kita memahami larik-larik perjuangan ini. InsyaAllah.

http://www.pas.org.my/v2/index.php/berita-kenyataan/2582-ulama-dan-gerakan-islam-dalam-sorotan-perjuangan-kemerdekaan

Hassif Al-Idrisiyyah

Saturday 18 October 2014

Gerhana dan Blood Moon : Ancaman Golongan Judais dan Kristian

"Dan tidak ada yang menghalangi Kami (Allah) untuk mengirimkan tanda-tanda, melainkan kerana ia (tanda-tanda itu) telah didustakan oleh orang terdahulu. Dan Kami (Allah) telah berikan kepada Samud unta betina itu (sebagai tanda) yang jelas, tetapi mereka berlaku zalim kepadanya (unta betina itu). Dan Kami (Allah) tidak memberikan tanda-tanda itu melainkan untuk menggerunkan (amaran)." Al- Isra' [Ayat 59]

Kenyataan Allah disini difokuskan kepada frasa akhir pada ayat surah Al-Isra' ini iaitu TANDA-TANDA dan MENGGERUNKAN (AMARAN).

Maka apabila Allah tunjukkan kekuasaannya, itu adalah petunjuk sebagai amaran. Mengapa Allah nyatakan sebegitu?

Minggu lalu, sekitar 8 Oktober 2014, telah berlakunya gerhana bulan. Gambar-gambar dan video-video yang disebar cukup meluas di laman-laman sosial Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Whatsapp dan berbagai-bagai lagi.

Sebenarnya, gerhana bulan inilah amaran daripada Allah.
Begitu jua gerhana matahari dan lintasan tahi-tahi bintang serta komet.
Ianya adalah tanda-tanda kekuasaan Allah.



8 Oktober ataupun bersamaan 13/14 Zulhijjah.
Memang manusia boleh mengira bila akan berlaku gerhana-gerhana ini.

"Matahari dan bulan beredar dengan peraturan dan hitungan yang tertentu;" Ar-Rahman [Ayat 5]

Ianya ternyata gerhana-gerhana ini segala gerak susun aturan matahari dan bulan boleh dikira secara saintifik melalui ilmu falak. Sungguh pun begitu, gerhana matahari menurut ilmuan falak menyatakan bahawa ianya adalah perkara biasa.
Adapun, gerhana bulan ini sebenarnya perkara yang luar biasa.

Paling kerap Gerhana Bulan berlaku menurut perkiraan adalah 1 TAHUN = 2 KALI.
Paling kurang Gerhana Bulan berlaku pula adalah 4 TAHUN = 1 KALI.
Kebiasaannya Gerhana Bulan berlaku adalah 2 TAHUN = 1 KALI.

Bukan tiap bulan berlaku gerhana.
Normalnya Gerhana Bulan akan berlaku sekitar 13, 14, dan 15 pada mana-mana bulan Islam.
Ketika bulan penuh.
Ia berlaku di pertengahan bulan. Bukan diwaktu awal atau akhir bulan.

Yang berlaku pada awal atau akhir bulan adalah Gerhana Matahari.
Paling kerap Gerhana Matahari berlaku menurut perkiraan adalah 9 TAHUN = 1 KALI
Paling kurang Gerhana Matahari berlaku adalah 30 TAHUN = 1 KALI.
Kebiasaannya di Malaysia berlaku 30 TAHUN = 1 KALI.

Kalau umur hayatnya 90 tahun ++, pasti paling kurang boleh melihat 3 siri Gerhana Matahari.

Sedikit fakta secara rasional ilmu falak,
kebanyakkan hidupan (manusia, haiwan dll) begitu pesat nafsu (makan, genetik dll) dari awal 1 haribulan sehinggalah pertengahan bulan. Namun, setelah daripada itu berlaku, menuju ke akhir bulan, nafsu mereka akan menurun.

Bulu mereka akan melebat dari awal bulan sehingga pertengahan.
Menuju ke hujung bulan, dia akan mengurang bulunya.

Inilah juga antara asbab, mengapa Aiduladha / Hari Raya Korban dilakukan pada waktu-waktu sedemikian. Ianya di kemuncak maksimum kenafsuan haiwan. Bukti dikorban dalam keadaan sihat.

Baiklah kembali kepada realiti entry ini.
Penulis telah menganalisis bersama tokoh falak tempatan berkenaan tragedi Gerhana Bulan yang berlaku pada 8 Oktober lalu selepas sebelum ini telah berlaku sekitar April 2014.

Apakah isunya?

Bagi paderi-paderi kristian dan pendeta-pendeta yahudi, mereka menganggap gerhana yang berlaku pada 2014 dan 2015 adalah FENOMENA MENAKUTKAN yang mereka gelarkan ia sebagai BLOOD MOON (Bulan berdarah).


Cuba google website berikut:

http://www.pray4zion.org/thecomingbloodmoons.html
http://christianity.about.com/od/whatdoesthebiblesay/fl/Blood-Moons.htm
http://www.cbn.com/cbnnews/insideisrael/2014/February/Divine-Sign-for-Israel-Hagee-Explains-Blood-Moons/
http://en.wikipedia.org/wiki/Blood_Moon_Prophecy

Mereka telah berkumpul bagi menyaksikan tragedi Gerhana ini dari persisir pantai Filipina. Mereka (para paderi dan pendita) telah mencatatkan sejarah Gerhana Bulan ini ribuan tahun lamanya. Bagi mereka, Gerhana Bulan yang berlaku pada waktu ini adalah petanda buruk bagi mereka bangsa yahudi.

Mengapa mereka takut sendiri?? -Itulah persoalannya-



Lantas, setelah melihat gerhana ini, paderi-paderi kristian telah mendesak Parlimen Britain merestui kewujudan negara Islam Palestin.

Ingat. Ini desakan. Apabila mereka mendesak bererti apa?

Bahkan, Parlimen Israel bersetuju untuk memanjangkan tempoh gencatan senjata ke atas Palestin.

Lihatlah. Apakah yang terjadi sehingga mereka berasa sungguh takut, gerun, hanya kerana isu gerhana ini? Ianya seringkali berlaku?

Kerana mereka telah mencatatkan sejarah setiap daripada Gerhana dengan peristiwa-peristiwa yang berlaku ribuan tahun lalu.

Ternyata mereka lebih memahami firman Allah, Surah Al-Isra' ini lebih dari anggapan kita. Sehingga ke usaha di mana mereka mengkaji sedalam-dalamnya peristiwa setiap Gerhana

Allah beri amaran kepada bangsa yahudi:

"Dan sesungguhnya Kami telah mengutuskan Nabi Musa (pada masa yang lalu) dengan membawa mukjizat-mukjizat Kami sambil Kami berfirman: "Hendaklah engkau mengeluarkan kaummu dari gelap-gelita kufur kepada cahaya iman; dan ingatkanlah mereka dengan Hari-hari Allah. "Sesungguhnya yang demikian itu, mengandungi tanda-tanda yang menunjukkan kekuasaan Allah bagi tiap-tiap seorang yang kuat bersabar, lagi kuat bersyukur." [Surah Ibrahim: Ayat 5]

Dalam kebencian mereka kepada Allah, dia tetap takut dengan janji-janji Allah.

Dalam kajian ilmuan falak, antara siri-siri gerhana yang akan datang ialah:

Gerhana Matahari

20 March 2015 : Gerhana Matahari di benua Eropah.
4 April 2015     : Gerhana Bulan berlaku di Malaysia.

Maka jaraknya 15 hari. Ini menimbulkan persoalan dan syak yang tinggi dari puak Yahudi dan Kristian.

Jadi Gerhana ini adalah apa?

1. Peringatan dari Allah
2. Amaran Allah
3. Bukti kekuasaan Allah.

Kerana itu kita disunatkan mendirikan Solat Sunat Gerhana.

Suatu ketika dulu...
Bagi bangsa arab quraisy, apabila berlaku gerhana bulan, mereka menyembah dan memuja bulan.
Apabila berlaku gerhana matahari, mereka menyembah dan memuja matahari.

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah malam dan siang, serta matahari dan bulan. Janganlah kamu sujud kepada matahari dan janganlah pula sujud kepada bulan, dan sebaliknya hendaklah kamu sujud kepada Allah yang menciptakannya, kalau betulah kamu hanya beribadat kepada Allah." [Fussilat: ayat 37]
Inilah firman Allah kepada bangsa Arab Quraisy. Namun, mengapa dari signifikant ini dilihat bangsa arab quraisy menyembah gerhana ini?

Ini kerana bagi arab quraisy, sejarah membuktikan bahawa selepas gerhana, akan berlakunya perubahan cuaca iaitu sama ada berlakunya banjir besar ataupun kemarau panjang. Kerana itu mereka amat takut dengan gerhana.

Sebenarnya, memang benar secara hakikat selepas gerhana, akan berlakunya perubahan cuaca.

Kes di Johor, 48 Jam selepas gerhana, hujan lebat berlaku dan angin kencang. Berlaku tragedi pada jejambat apabila papan iklan jatuh menghempas kereta, Kuala Lumpur kebanjiran, begitu juga di Bukit Mertajam. Di Australia, penerbangan kebanyakkan di batalkan. Itu belum dikira dari Jepun dan Korea.

Kerana itulah, kita disunatkan bersolat gerhana. Doanya sarat mengharapkan keampunan dan menjauhkan daripada bala'

[TetradofBloodMoons.jpg]


Gerhana juga merupakan RAPTAI KIAMAT berdasarkan ayat Allah:

"Dia bertanya (secara mengejek): "Bilakah datangnya hari kiamat itu?", Maka (jawabnya: hari kiamat akan datang) apabila pemandangan menjadi terpendar-pendar (kerana gerun takut), Dan bulan hilang cahayanya, Dan matahari serta bulan dihimpunkan bersama (Matahari dan bulan bertemu di barat)," [Al-Qiiamaah : ayat 6-9]
Ayat 8 menyatakan bulan hilang cahayanya bererti bulan tidak pulih-pulih bermaksud gerhana bulan.

Ayat 9 pula menyatakan matahari dan bulan dihimpun bersama iaitu Matahari dan bulan bertemu di barat. Gerhana Matahari juga satu situasi yang sama dimana matahari dan bulan di garisan yang sama.

Itulah bererti raptai kiamat.

P/S:

  • Ini bukan seperti pendedahan Freemason atau Illuminati yang terkenal di merata laman Youtube yang bertajuk The Arrival.
  • Penulis melangsaikan kajian ini bersama tokoh ilmuan falak, Ust Hanafiah.
  • Penulis mengharapkan kebijaksanaan pembaca menilai dengan hikmah.



-Hasiff Al-Idrisiyyah-

Thursday 16 October 2014

Bajet 2015 (Pendidikkan): Bagaimana pemerhatian Anak Muda?

2014 hampir sampai kepenghujungnya.
Aku menanti detik-detik rangkaan ini kerana analisis bajet-bajet tahunan negara akan menjurus kepada sosio Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11).
Ya. Sehingga kini, beberapa perkara kita sudah boleh bayangkan apa yang akan dilakukan bagi menjayakan RMK11 nanti.

Dulu penulis merupakan pendebat di zaman kampus.
Pada setiap penghujung tahun, kebiasaanya akan ada pertandingan-pertandingan yang akan usulkan sub-topik dalam bajet tahunan.

Terus kepada topik perbincangan kita.
Cuba perhatikan Bajet 2013 sampailah 2015 ini. Kita analisis.


Bajet 'mesra' rakyat 2015.
Kita tunggu dan lihat.
Baiklah Rakyat Malaysia...
APAKAH PERBEZAAN antara Bajet tahun 2013, 2014 dan 2015?
Apakah perspektif dari prospek golongan umur 20an?
Bagaimana pula 30an, 40an, 50an, 60an dan golongan warga tua?

"Mak cik sukeeee. Dapat la makcik duit sikit-sikit tambah"

Tolonglah jangan jadi macam mak cik ni.
Kalau kita setuju, kita perlu ada hujah.
Kalau tak setuju juga, kita perlu ada hujah.

Masing-masing ada pandangan tersendiri.
Kenapa tidak kita raikan pendapat orang lain demi menjaga akhlak kita.
Cumanya bukanlah bererti kita terima bulat-bulat.
Lantas, WAJAR UNTUK KITA BERANALISIS.


Ayuh kita perhatikan fungsi bajet 2015.



MENYEIMBANGKAN PEMBANGUNAN EKONOMI DAN KESEJAHTERAAN RAKYAT

Turut digariskan 7 stratergi utama (rujuk foto)
Dari stratergis berikut, kita dapat lihat beberapa perkara baik dari segenap sudut.
Dari segi tulis, tiada masalah. Semua orang boleh rangka sebegitu.

Kita lihat prospek utama.
"Siapa Dapat Apa"
dalam bahagian......

PENDIDIKKAN


Peruntukkan RM450 Juta buat SK sebenarnya satu unjuran yang besar bagi bilangan jenis sekolah ini.

Berdasarkan analisis penulis dari laman sesawang berikut, menunjukkan statistic dan analisis SK SMK, SJKC, SJKT, dan sekolah-sekolah private lain. [Izinkan gua printscreen]

*analisis ini dapat dibaca sehingga 2013 sahaja.
*Kami assume saja tahun 2013

PRIMARY SCHOOLS
SECONDARY SCHOOLS









































Di peringkat Sekolah Rendah, jumlah sekolah kebangsaan biasa sahaja berjumlah 5858 dengan 1409 di kawasan bandar.dan diperingkat Sekolah Menengah, jumlah sekolah kebangsaan sebanyak 1947.

Ya. Peruntukkan ini pastinya akan membilang timbang tara ke atas kawasan sekolah, jumlah pelajar, berapa banyak sesi, berapa bilangan kelas, faktor geografi dan sebagainya untuk diberikan secara langsung kepada tiap-tiap sekolah.

Boleh jadi juga, ada beberapa sekolah yang tidak akan menerima bantuan ini kerana sekolah sudah okey dan kerajaan mengutamakan peruntukan kepada sekolah yang masih bermasalah.

Cumanya disini diberikan anggaran secara kasar setiap sekolah akan menerima RM 57,655
Ini anggaran kasar, jangan bertuhankan sangat. Baik andailah kata dapat RM 50k bagi sebuah sekolah sekalipun, ia tidak akan mampu untuk menampung kos-kos besar seperti pembinaan bangunan baru dan sebagainya.

Itu belum cerita di sekolah-sekolah agama bantuan kerajaan, MRSM dan lain-lain yang bagi saya peruntukkan 50 juta pada perkiraan ini masih lagi rendah.

Sekolah pondok tidak wajar diperuntukkan dengan hanya sekitar 25 juta berkongsi nilai dengan Sekolah persendirian cina. Bukan nak bertindak racisme, tapi sekolah-sekolah persendirian cina kebanyakkannya dibiayai oleh niagawan cina.

Bahkan, penulis pernah melawat di salah sebuah sekolah persedirian cina, saya sedari wujud ketara pembangunan pendidikkan dalam pagar sekolah mereka. Masuk sahaja sudah macam masuk Universiti atau Kolej. Wujud dewan-dewan besar bertirai, ada juga dewan kuliah, ruang kantin yang luas, dan sebagainya.

Tambahan pula, bila kita perhatikan bagi sekolah bukan kebangsaan/SBP/MRSM, ada sedikit rasa kurang senang dengan keadaan fasilitinya. Itu belum nilai kualiti pengajian dalam kelas.

Konklusi berkenaan peruntukkan disini dapat saya simpul sedikit.


  1. Kos dari aspek pendidikkan kita masih lagi rendah. Kita perlu tingkatkan lagi kos disini dengan mengurangkan kos dari perbelanjaan di tempat lain.
  2. Keutamaan wajar diberikan kepada sekolah yang benar-benar berkemampuan, bukan atas dasar kroni.
  3. Peruntukkan untuk Sekolah Kebangsaan saya kira pada tahap cukup. Yang tak cukup adalah sekolah-sekolah bukan kebangsaan. Sekolah-sekolah persedirian juga perlu dipantau sebaiknya.
Kemudian terus kepada 12 sekolah baru akan dibuka. Tiada masalah. Pastinya peruntukkan khas cukup untuk itu.

Dan kerajaan akan membayar bil air dan elektrik sekolah di bawah Kementerian Pendidikkan sebanyak RM5000/month. Bila sebut air dan elektrik, saya ada rasa sedikit sakit hati.
-Mengapa kerajaan lebih sanggup menanggung bil air dan elektrik sekolah pada kos yang dinyatakan lebih daripada MENURUNKAN TARIF AIR DAN ELEKTRIK?
-Kalau air ni memang hak kerajaan negeri, kalau sekolah di selangor pasti akan wujud penjimatan disitu. Namun, kalau air di Johor RM12.60 bagi 3meterpadu (3-metre cubic)? Camna ni bos?

Bagi dana ke IPT.

-JPA RM1.9billion
-Kementerian Pendidikkan RM759m
-Kementerian Kesihatan RM258m

Seraya dengan peruntukkan pelajar ke luar negara berbillion-billion nilainya, bagi saya bukanlah suatu entiti permasalahan. Lebih-lebih lagi untuk pelajar luar negara.

Namun, ada beberapa perangkaan bagi pelajar-pelajar dalam negara yang melanjutkan pelajaran di IPTA khususnya

Mengikut perangkaan Jabatan Pengajian Tinggi dalam Kementerian Pendidikkan (rujuk: http://didikmalaysia.com.my/bm/?page_id=540)

"Terdapat peningkatan sebanyak 8% bagi permohonan kemasukan ke IPTA bagi calon lepasan STPM/Setaraf berdasarkan perbandingan antara Sesi Akademik 2013/2014 dan Sesi Akademik 2014/2015. Dari segi bilangan permohonan kemasukan ke IPTA bagi Sesi Akademik 2013/2014 hampir 68,000 calon dan Sesi Akademik 2014/2015 meningkat kepada lebih 74,000 calon yang memohon. Tawaran bagi sesi akademik 2014/2015 hampir sama dengan sesi akademik yang lepas iaitu sekitar 37,000 tempat sahaja. Justeru, boleh dilihat bahawa saingan calon mendapatkan tempat di IPTA semakin sengit.Bagi calon lepasan SPM/Setaraf, sejumlah 43,808 calon telah ditawarkan tempat untuk mengikuti pengajian Asasi/Tamhidi dan diploma di IPTA/Politeknik Premier. Selain itu, sejumlah 65,942 tempat ditawarkan bagi calon lepasan SPM/Setaraf untuk mengikuti program TVET di 27 Politeknik Konvensional, Kolej Komuniti dan ILKA."

Puan Mazula binti Sabudin
Pengarah Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar
Jabatan Pengajian Tinggi, KPM


Ada beberapa point of view saya nak bawa kepada pembaca:


  • Kuantiti / kuota
  • Kualiti
  • Kewangan
  • Sistem sistematik
  • Strategi kasta / akses
  • Nilai
Kuantiti / Kuota



Sebegitu sekali kalau kita dapat perhatikan daripada pemohon yang mencecah 75k, hanya melibatkan separuh daripadanya yang mampu menempatkan diri di IPTA. Apakah persaingan sengit ini SIHAT?

Sebenarnya, ianya tidak menggambarkan kesihatan mana-mana pihak. Baik pemohon, mahupun pensyarah universiti, ataupun pihak universiti juga kepada kerajaan. Mereka terlalu risau dengan masalah pengangguran pelajar lebih daripada masalah masyarakat tidak berilmu. Dimana nilai keilmuan ini.

Jangan dikatakan "dah penuh sangat" sedangkan kalau kita perhatikan sebenarnya kita mampu membesar-luaskan lagi kuota ini.

Kuantiti pelajar perlu difleksibelkan dengan keboleh capaian mereka untuk berjaya di pentas konotasi penuh wibawa ini. Pengajian tinggi ini satu entiti kebanggaan buat kita. Bukti masyarakat mendukung keilmuan.
Gesaan saya, pertingkatkan lagi kuantiti kemasukkan pelajar ke kampus-kampus IPTA dan mana-mana pusat pengajian yang lain. Di samping itu juga, golongan bukan melayu perlu diperlebatkan lagi bagi mencabar bangsa melayu dengan lebih sengit.

Kualiti

Bulan lalu (September 2014), kita dikejutkan dengan pengumuman ranking IPTA Malaysia oleh QS World University Rankings


Beberapa universiti tempatan kini telah meletakkan persaingan yang semakin baik dari semasa ke semasa. Menerusi laman sesawang http://www.topuniversities.com/university-rankings/world-university-rankings/2014#sorting=rank+region=+country=+faculty=+stars=false+search= menunjukkan keputusan-keputusan berikut

http://www.mysumber.com/senarai-universiti-ipta-ipts-terbaik-di-malaysia-2014-top-ranking.html

Persoalannya ialah selepas hampir 60 tahun merdeka sekalipun, dengan 18 universiti tersohor di tanah air ini, hanya 6 universiti sahaja yang melepasi ranking Top 150 ASIA. Asia tu. Bukannya kira dunia lagi sudahnya.

Kita masih gagal dengan hasil-hasil research yang baik dalam PhD. melalui program-program tempatan. Belum berkirakan akan hasil graduanisasi lagi. Bagaimana kita menyatakan kita baik?

Singapura, yang mempunyai dua buah universiti yang sangat terkemuka dalam kedudukkan terkini meletakkan mereka ditangga pertama dan ke-6 di peringkat Asia (Refer: NUS and NTU). Hong Kong juga tidak ketinggalan meletakkan institusi mereka ditangga ke-2, ke-7 dan ke-8 Asia.

Malaysia lebih dahulu merdeka, lebih berautoriti, sewajarnya meletakkan mereka di posisi lebih baik. Itu belum kira Taiwan lagi. South Africa juga mempunyai sebuah universiti yang lebih baik posisinya daripada Universiti Malaya itu sendiri (Refer: University of Cape Town - ranked 141)

Penilaian ranking ini berdasarkan perkara-perkara berikut

  • Research (Kajian)
  • Employability (Pekerjaan/Kerjaya)
  • Teaching (Pengajaran)
  • Facilities (Kemudahan)
  • Internationalization (Pengantarabangsaan)
  • Innovation (Inovasi)
  • Specialist Criteria (Kriteria Istimewa)
  • Access (Akses/Kemasukan)
Kebanyakkan IPTA Malaysia masih kurang baik dari segi 'Research'. Sebab itu penulis menyatakan bahawa, hasil-hasil PhD. dari IPTA ini masih dikira lemah. Dengan tajuk kajian yang kurang membina, akhirnya keluar universiti dengan gelaran Dr. dari universiti (sekian... sekian...sekian...)

Ternyata kita punya masalah besar lagi.

Kewangan

Seringkali masalah pendidikkan pengajian tinggi ini terkesan daripada dapatan isu-isu kewangan pelajar itu sendiri.Pelbagai usaha diberikan buat rakyat yang ingin belajar. JPA antara institusi yang memberi akses kewangan yang besar demi survival pelajar yang menuntut dalam mahupun luar negara.

7 Oktober 2014.
Dato' Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kewangan Malaysia menyatakan...
"Hampir 552,000 pelajar universiti gagal membayar pinjaman PTPTN."
Saudara/i yang dihormati,

Ada yang berhujah sebegini:


  1. "Pandai pinjam, pandai pulanglah! Jangan sampai legam muka kat akhirat."
  2. "Kalau dah tahu PTPTN macam tu, pakailah pinjaman lain. JPA ada, MARA ada, biasiswa berlambak promosi kat website sana sini."
  3. "Kerja lah kuat sikit. Tak kan dah besar pun nak kena suap."
Penulis anggarkan sikap penghujah-penghujah ini sebagai "You need to live like I am" [Kau kena hidup macam aku hidup]

Ini sebenarnya sifat atau adab berfikir yang salah kerana kita tidak bersifat 'cakna', 'mesra rakyat', 'mengambil berat', 'memahami'. Sikap-sikap itu tidak ada.

Penulis bukan penilik masa depan atau apa jua yang kalian fikirkan. Namun, apakah kita cukup mudah untuk mendapatkan sumber kewangan lain selain PTPTN? Dalam Islam, mendidik kita untuk membiayai penuntut-penuntut ilmu dengan pemberian zakat. Ia telah meletakkan klasifikasi asnaf kepada penuntut ilmu.

Memang benar, pinjam memang perlu pulang. Tapi tidak meminjam, adakah kita belajar di IPT?
Kalaulah sekalipun kita nak guna sumber lain seperti JPA, biasiswa JPA hanya diberi kepada sejumlah pelajar dengan kuantiti tertentu. Kalaulah sekalipun anda pandai di kelas, anda gagal temuduga, mungkin gagal menikmati biasiswa. Adapun JPA menyediakan juga pinjaman pengajian kepada pelajar dengan keputusan tinggi.

MARA juga menyediakan biasiswa, tetapi mereka tidak memberikan kepada mana-mana pelajar yang ingin melanjutkan pengajian di IPTA. Bagaimana penuntut-penuntut ingin terus hidup tanpa pendapatan?

Penulis sendiri tidak melakukan pinjaman melalui PTPTN

PTPTN bukan jawapan yang baik. Pelbagai usaha telah dilakukan untuk dijelaskan bahawa mana-mana pihak yang menyokong sistem pinjaman ini perlu dihukum.

Secara logis masyarakat, mahasiswa terikat dengan AUKU dan jika kerajaan menekan lagi dengan banyak perihal yang menumpaskan identiti, mereka terikat daripada bangkit dari segenap arah. Sejarah membuktikan, mahasiswa dan demonstrasi adalah lumrah. Namun, di hari ini, tiada pembelaan dari kerajaan selain menekan penuntu-penuntut kelas sederhana dengan kadar faedah yang tinggi dan membebankan.

Tidak hairanlah 552,000 graduan tidak membayar hutang-hutang mereka.

Sistem Sistematik

Masalah sistem pengurusan masih gagal dikawal selia dengan baik oleh pihak universiti. Bagaimanakah Jabatan Pengajian Tinggi dibawah Kementerian Pendidikkan melakukan penstrukturan sistem yang mana di waktu ini kita masih terkial-kial dengan urusan secara bertulis. Formaliti sebegini harus diatasi dengan mewujudkan sistem yang dimana ramai mampu melihat hasil secara statistik berbentuk graf dan sebagainya.

Apa yang saya maksudkan adalah beberapa perkara.

Pertamanya, kemasukkan ke IPT menggunakan sistem UPU. Masalah yang timbul bukan pada sistem (walaupun seringkali 'down' tapi still no problem) tetapi apabila dinyatakan urusan pelajar lepasan Diploma khususnya, melibatkan transkrip mini. Mengapa ianya disusahkan dengan graduan perlu mengambil transkrip dari universiti lama kemudian dipos ke bahagian pengambilan di universiti-universiti yang dipohon. Mengapa ia disusahkan sebegitu sekali.

Ini urusan dalam Malaysia. Masing-masing adalah IPTA. Masing-masing dibawah Jabatan Pengajian Tinggi.

Kenapa perlukan formaliti yang berbagai. Apakah tiada serapan data dari universiti ke universiti yang lain? Sekalipun ianya tidak berlaku di luar negara, perlu diingat bahawa sistem diluar negara tidak sama seperti kita di Malaysia. Ini lah antara isu yang timbul.

Kedua, di universiti-universiti, apabila dilakukan urusan pengecualian jam kredit, ia sekali lagi melibatkan transkrip pengajian awal. Sekali lagi di buat urusan bertulis, dan di hantar ke Hal Ehwal Pelajar. Bukankah sepatutnya, urusan sebegini kita telah ketahui, sewajarnya dapat diuruskan dengan mudah.

Sebagai contoh semasa diploma di UiAM kita telah ambil subjek matematik Calculus 3 (atau setaraf), kemudian di peringkat ijazah di UPM, UPM dan pelajar perlu tahu apakah subjek-subjek yang perlu di iktiraf berdasarkan diploma UiAM. Maka tidak perlu lagi dia mengambil subjek Calculus 3 di UPM.

Urusan sebegini sewajarnya perlu dipermudahkan. Mereka perlu ada 'list' tersebut dan kita juga tahu apa yang boleh dikecualikan. Ditambah pula dengan urusan itu mudah diakses melalui laman-laman rasmi pelajar universiti berikut (known as Student Portal)

Stratergi kasta / akses

Kita di Tanah Melayu ini berpegang kepada polisi kuota untuk Bumiputra dan Bukan-Bumiputra. Sistem kasta ini telah berlaku berdasarkan perlembagaan Malaysia yang memberikan autoriti besar melalui Perkara 153.

Dengan itu, setiap universiti mempunyai hak terhadap pembahagian kuota masing-masing asalkan kiranya ia mengikut kadar bahawa warga bumiputra wajar dan berhak mendapat tempat lebih daripada bangsa cina dan india.

Satu perkara yang perlu dilihat disini dimana, bilangan jumlah keseluruhan warga bumiputra yang bergraduasi sahaja sudah besar bilangannya berikutan bilangan bumiputra adalah terbanyak di Malaysia. Wajar apa kiranya jumlah / kuota kemasukkan warga bumiputra diberikan dengan bilangan besar.

Tiada yang hendak dipertikai, hak ini wajar.

Cumanya sedikit saya terkilan apabila penilaian masyarakat kita di bentuk berkasta-kasta. Bagi penulis, siapa pun dia, kalau dia layak, dia berhak masuk ke universiti. Baru bangsa Melayu bersaing. Tapi jangan pertikaikan perkara ini kerana sistem penilaian di Malaysia untuk masuk ke universiti adalah sistem 'exam-oriented' which is masih belum matang dan masih ramai hafal jawapan dari faham.

Elok lagi lah kita guna sistem yang ada sekarang ini. Nak tukar kasi tukar terus semua.

Nilai

Nilai disini berarti harga graduasi. Ada yang menjadi graduat tapi gagal dielementasi dengan baik di sektor kerjaya. Mungkin kita mampu untuk bangga dengan nilai segulung ijazah, tetapi kita tidak sama seperti mereka-mereka yang bergulungan dengan pengalaman bekerja.

"Graduan tak pandai buat kerja."
"Budak pandai dalam kelas je. Budak teori."
"Budak manja. Tak boleh buat kerja berat-berat"

Inilah beberapa nada-nada yang tersemat dalam entiti graduan.
Bagaimana langkah mengatasi masalah ini?
Maka tanyalah bagaimana universiti mengawal kemampuan sumber manusia dari dalam kampus.






Bajet 2015 bukan sekadar perlukan peruntukan kewangan semata-mata.
Tetapi anak muda perlukan peruntukkan nilai dari aspek kualiti dan natijah pasca-graduat.
Bukan sekadar laksana sesuatu peperiksaan, maka transformasi. (refer to :MUET Examination)
Kita perlukan perubahan parameter pemikiran.
Jadikan kita masyarakat berwawasan.
Humanisme dan bertakwa.

-Pandangan peribadi penulis-
Hasiff Al-Idrisiyyah

*sebarang kesilapan harap dimaafi
*penulis mengarang selama 5 hari bagi menganalisis sendirian.

Sunday 12 October 2014

Pendahuluan: Aku Anak Jantan. Akulah pejuang!

DENGAN NAMA ALLAH YANG PENGASIH DAN PENYAYANG.

Alhamdulillah.
Hasiff Al-Idrisiyyah.
Nama dokongan.

Mungkin nak kenal latar belakang aku.
Hehe.. Macam tak perlu.

Kadang-kadang guna 'ana-enta/enti'
Kadang-kadang guna 'aku-kau'
Kadang-kadang guna 'gua-lu'

Time kau baca...
Mungkin belum ada page AJP kat Facebook,
Mungkin juga dah ada.
Mungkin ada page tapi AJP tak hot lagi.
Mungkin juga page tu dah hot sekarang.

Memang aku buat page ada blog.
Akulah pengarangnya.
'Hasiff Al-Idrisiyyah'

Bukan keturunan Nabi
Bukan keturunan Raja
Bukan keturunan Firaun
Bukan keturunan Bani Arabia
Bukan keturunan Bani Mandrin.
Bukan keturunan Bani India.
Bukan keturunan Bani Inggeris penjajah.

Gua Anak Melayu.
Gua tak bela melayu.
Tapi gua bela ISLAM.

Hari ni.
Kita mula disini.
Kita mendidik diri.

Bendera hijau merupakan panji-panji islam di zaman Rasulullah.