Tuesday, March 17, 2009

GOOD DEED..

This is a story about Harris,who is my bosom friend.He is very frank hearted and also an industrious teenager.He lives in an enormous and pretty gorgeous bungalow house with his beloved family at Taman Victory.He studies at St. Victory High which is a stone's throw away from his bungalow house.Being an intelligent student in his school, he is well-liked by all the teachers and students.

Harris frequently wakes up early in the morning as he believes an early bird catches more worms.He loves to eat fruits as an apple a day keeps a doctor away.He likes to assist anyone who is in hot water.

Last summer vacation, Harris and his immediate friends, Hamid and Hafiz decided to have a small picnic by the well-known waterfall, Jeram Linang at Kuala Lipis.Before going there, Harris took along with him necessities such as scrumptious canned food, attractive mat, swimsuit and also camera.They ride their brand new bikes properly while chatted and giggled happily during their exciting journey.

At 9.30 o'clock in the morning, Harris and his friends reached Jeram Linang safely.Quickly, they searched for a comfortable spot to put out their necessities.Lastly, they choosed to put their necessities under the big shady tree near the cool clear crystal waterfall.Then, they swam in the cool clear crystal water and played a round colourful ball happily.After an hour swam, they prepared for their early lunch on the attractive mat.They ate scrumptious canned food hungrily and greedily as they were really tired.Then, they asked some foreign tourist to take a few pictures of them as memories.

Suddenly,Harris heard someone was shouting loudly for help behind.He looked behind him and at the corner of his hazel eyes, he could saw a little cute girl was drowning.He was very shocked.Without hesitation ,he dived towards the girl hurriedly.He grabbed her hand and pulled her into the river bank.The girl unconscious but lastly she was safe.Harris called the girl's parents and told them everything about the incident.He hoped they can come as quick as possible.

After a few minutes later, the parents of the cute little girl came and they were really thankful to Harris for being such a helpful boy and saved their daughter's life.They also grateful to The Creator.They gave Harris 50 dollar but he refused to accept it.It was really a memorable and unforgettable day form him.

h0la =)
dis is my essay when im in standard 6
i n0e there's 2 many grammar mistake !
d0 h0pe dat u all can c0rrect it
=
)

suKa suK! =))


Manusia :eh,daa subuh daa ?
Malaikat :bng0nlaa whai ank Adam!
tunaikn s0lt subuhmu
Syaitan :alaa,,kejplaa ngat0k ae
awl lgy ney ?
zzzzz
Manusia :hari ney nk pkai pe ye?
Malaikat :whai anak Adam
pkailaa pkaian yg mntup aurt =)
Syaitan :eyy,,pnss oo
xde style lgs0ng,, xubah cam kmp0g !
Manusia :alamak !da lewt
Malaikat :brsegralaa whai mnusia
6t trlewt ke pjbt !
Syaitan :ahh ?awl lg ?mm,, ahh ?
sur0 si X punchkn laa ?
Manusia :azn sudaa kdgrn
Malaikat :whai ank Adam
brsegralaa mnunaikn kwjpn
Syaitan :bru k0l bp ?
ilek arr,,awl agy ney !
Manusia :ey,,ey
xbley tgk ini
brd0se !
Malaikat :whai ank Adam
alhknlaa pndgnmu,ssngghnya Allah Maha Melht dn Mngtahui !
Syaitan :perghh,, bez 2
rugi oo lau x tgk ney !
Manusia :saudraku sdg mlkkn d0se
Malaikat :whai ank Adam,, cghlaa ia
Syaitan :apa k0 sb0k ?jgn jge tpi kaen 0rg !lntklaa !
Manusia :el0k lau ak smpaikn nchat ney kt 0rg len
Malaikat :whai ank Adam, ncht mnchti laa ssma kmu
Syaitan :sndri pk laa.
sm0a da bsar
watpe ssah2,, pndai2laa
Manusia :ak tlah brd0se
Malaikat :whai ank Adam, brt0btlaa kmu
ssngghnya Allah Maha Pengmpun
Syaitan :tngg0hlaa dlu
len kali bru brt0bt
lgp0n mude hny skali,, ruglaa(lau smptla)
Manusia :lau pgi,, mst sr0nk !
Malaikat :whai ank Adam
kkimu ign mlngkh ke jln dmurkai Allah
brplnglaa dr jln e2
Syaitan :dun w0rry n0b0dy n0e
c0me 0n !
Manusia :uhh,, leteynye ary ney
xs0lt agy
Malaikat :whai ank Adam,, taatlah Allah n Rasulnya
kbhgiaan d dnia dn akhrt utkmu
s0lt e2 tiang agm
Syaitan :hey ank Adam
ik0tlaa ak,, kbhgiaan ddnia(shj)
dn kbhgia'n di akhrt
(jgn mmpilaa kamu)


Sunday, March 15, 2009

lEt's speAkin' jApanese !!


2 th0se wh0 luv 2 watch anime/japanese m0vie
here we are =)
c0me 0n all

read dis basic japanese w0rds
u can gain m0re kn0wledge yea !!
=)


ohaio gozaimasu~
slamat pagi

konnichiwa~
slamat petang

oyasumi~
slamat malam


tadaimaa~
saye dah baliik

iterashaii~
slamat jalan~jalan leklok yeeee~


yoroshku onegaishimasu~
sila beri tunjuk ajar


taskete kudasaiiii~
tolooooonggggg

domo~
helo / haii

moshi~moshi~
hellooo

arigatou gozaimasu~
tengkiu beri mac

wakarimashta~
ok2..paham2..

tsuki desu~
aku ske kat ko la..[sambil wat muke blushing2..ngehehe]

aishiteru~
i love u

daijobu kaa~
ko ok tak ni?

daijobu
ok2 no problem

betseni
takde ape..buah klape..

nandemonaiyoo~
takde pape laaa..

kakkoooiii~
coooolll~

kawaaaiiiii~
kiiuuutnyeee~


nani koreee~
ape niii?

nandayo~
apehalnyee

korewa kore sorewa sore
gitu gitu la gini gini la..

anata~
dalinng~sayaang~

oishiii~
sedapnyeee

kimochii~
rasa best je..sedap je..


nani ka okashi?
ape yang lawak sangat hah?


ganbatte~
best of luck~smoge bejayee

itadakimasuu~

aku makan dulu yek

Saturday, March 14, 2009

kaMar2 syuRga =)

Rasulullah S.A.W pernah bersabda bahawa di dalam syurga itu terbahagi dalam kamar-kamar. Dindingnya tembus pandang dengan hiasan di dalamnya yang sangat menyenangkan.Di dalamnya pula terdapat pemandangan yang tidak pernah dilihat di dunia dan terdapat satu hiburan yang tidak pernah dirasakan manusia di dunia.

"Untuk siapa kamar-kamar itu wahai Rasulullah S.A.W?" tanya para sahabat.

"Untuk orang yang mengucapkan dan menyemarakkan salam, untuk mereka yang memberikan makan kepada yang memerlukan, dan untuk mereka yang membiasakan puasa serta solat di waktu malam saat manusia lelap dalam mimpinya."

"Siapa yang bertemu temannya lalu memberi salam, dengan begitu ia bererti telah menyemarakkan salam.Mereka yang memberi makan kepada ahli dan keluarganya sampai berkecukupan, dengan begitu bererti termasuk orang-orang yang membiasakan selalu berpuasa.Mereka yang solat Isya' dan Subuh secara berjemaah, dengan begitu bererti termasuk orang yang solat malam di saat orang-orang sedang tidur lelap." Begitu Nabi menjelaskan sabdanya kepada sahabatnya.

pleAz 4giv saRah,,m0mmy !

“Mia benci!Mia benci ummi!Ummi selalu marah Mia!Apa sahaja yang Mia buat, ummi mesti tegur!Dengar radio salah, tengok tv pun salah!Mia tak nak duduk rumah ummi dan abang lagi! Mia nak balik rumah papa dan mama!” bentak Mia Sarah.Pintu biliknya dihempas sekuat hati.

Mia Sarah menangis semahu-mahunya.Hatinya sebal dimarahi di hadapan abang.‘Sukalah tu, tengok aku kena marah! Aku benci!’ ngomel Mia Sarah sambil mengesat air mata.Bilik yang pernah dihuni dulu, kini seolah-olah tidak membawa apa-apa makna pada Mia Sarah.Sejak berumur 5 tahun, ummi dan papanya berpisah.Dan sejak itulah Mia Sarah tinggal bersama papa dan mama barunya.

Mia Sarah lebih senang dengan mama berbanding ummi.Mama tidak pernah kisah apa yang dilakukannya.Mia Sarah boleh dengar radio sekuat-kuat hatinya, menonton televisyen sehingga pagi, atau bangun tidur tengahari.Mama tidak pernah tegur.Masa mama baru kahwin dengan papa, mama pernah tegur kelakuan Mia Sarah, tetapi akibatnya, teruk mama dimarahi papa.

Sejak itu, mama tidak pernah menegur Mia Sarah.Mia Srah tersenyum bangga.Walaupun papa sudah berkahwin baru, dan ada seorang cahaya mata, tetapi dirinya tetap nombor satu di mata papa.Mia Sarahlah intan, Mia Sarahlah permata.Jangan ada yang pandai-pandai menyakiti hati puterinya itu, kalau tidak, papa mesti akan mengamuk.

Tapi, sejak kematian papa, Mia Sarah keseorangan.Mia Sarah tidak rapat dengan adik Lia. Mia Sarah pun jarang bercakap dengan mama.Tapi, layanan mama terhadapnya tak pernah berubah.Mama baik.Tak macam ummi.Ada sahaja yang Mia Sarah buat tidak kena dimatanya. Ummi kolot.Abang pun sama.Patutlah papa benci ummi.

Mia Sarah ingat lagi, masa papa baru kahwin dengan mama, Mia Sarah pernah bertanya tentang ummi.Papa marah sangat.Papa tak bagi Mia Sarah sebut langsung pasal perempuan itu.Sepanjang Mia Sarah membesar, tidak pernah pun Mia Sarah mendengar papanya memuji wanita yang melahirkannya.Sebaliknya, setiap kali terkeluar cerita mengenai ummi, semuanya yang buruk-buruk sahaja.Mia Sarah percaya setiap apa yang papa katakan.

Kalau tidak, tak kan papa tinggalkan ummi.Papa kata ummi tak pandai jaga rumahtangga. Asyik melawan kata-kata papa.Selalu menyakitkan hati papa.Mia Sarah benci ummi.Kalaulah mama tak pujuk Mia Sarah untuk menziarah ummi hari itu, Mia Sarah tak kan datang rumah buruk ummi ini!Mia Sarah tak kan pijak tempat yang macam penjara ini!Mia Sarah benci!

“Sarah, mari makan, sayang.Ummi masak special untuk Sarah hari ni,” lembut ummi memanggil.Mata ummi masih setia pada pintu bilik anak gadisnya itu.

“Sarah, jangan macam ni, sayang.Mari makan sekali dengan ummi dan abang.Nanti perut Sarah masuk angin, Sarah jugak yang susah.Mari, nak,” panggil ummi tidak jemu.

“Dahlah, ummi.Daripada papa ada, sampai papa dah tak ada, perangai Sarah memang macam tu.Sarah tak kan berubah, ummi.Papa dah terlalu banyak meracuni fikiran dia,” abang bersuara lirih.Pedih hati lelakinya melihatkan insan yang bersusah payah membesarkan dirinya dilayan sebegitu rupa.Papa terlalu kejam.

“Abang, jangan cakap macam tu.Papakan dah tak ada.Jangan ungkit hal lama.Sarah tu baik budaknya.Dia tak biasa dengan kita lagi.Sebab tu perangai dia keras sikit.Abang layan Sarah baik-baik, mesti lembut hati dia nanti.Ye, sayang?” ummi tersenyum pahit.Ibu mana tak bersedih jika anak yang dikandungnya bersikap kurang ajar dengannya.Ibu mana yang rela dirinya diperlakukan seperti insan kotor yang langsung tidak layak mendapat sedikit penghormatan daripada sang anak.Tapi ummi tetap tersenyum menyembunyikan luka dihati.

Mia Sarah keluar daripada biliknya dengan berpakaian cantik.Mata ummi dan abang yang memandangnya tidak dipedulikan.Nafsunya mati untuk makan dirumah.

“Sarah, tak dengar ke ummi panggil makan?Ni nak ke mana pula?” abang cuba bersuara lembut tetapi tegas.

“Dengar.Orang malas nak makan kat rumah.Bukan sedap pun.Ummi dengan abang kan benci Mia, entah-entah ummi dengan abang letak racun dalam makanan tu.Nak Mia mati.Mia nak makan kat luar,” Mia Sarah menjeling abangnya lantas mencapai duit yang ditinggalkan ummi di atas televisyen.

“Sarah! Jangan kurang ajar! Ummi ni, ummi Sarah!Orang yang dah bertarung nyawa nak lahirkan Sarah!Abang ni, abang Sarah!Belajar hormat orang tua!Papa tak pernah ajar ke?!” hilang suaranya yang lembut selama ini.Abang mengetap bibir.Mia Sarah betul-betul dah melampau!

“Kau dengan ummi, tak ada kaitan dengan aku!Sejak papa tinggalkan ummi, kau berdua bukan siapa-siapa dalam hidup aku!So, jangan pandai-pandai nak ajar aku!And, don’t you ever say anything about papa again!” Mia Sarah berpaling untuk keluar.Namun, langkahnya terhenti. Tangannya sakit direntap daripada belakang.

“Sarah, cakap apa?!Abang tak dengar?!You are too much, Sarah.Too much!Ini ke balasan yang patut ummi terima?!Walau berjuta kali Sarah menafikan hubungan darah antara ummi dengan Sarah dan Sarah dengan abang, pertalian ni tak kan terputus sampai bila-bila, Sarah! Sampai bila-bila!Dan setiap dosa daripada kata-kata dan perbuatan Sarah terhadap ummi selama ini, Sarah akan bawa sampai Sarah mati!Ingat tu!”

“Sarah peduli apa!Macamlah Sarah je berdosa!Papa, sampai mati pun, benci dekat korang tau!Syurga seorang isteri pada suaminya!Selagi papa tak maafkan, ummi pun berdosa jugak lah!Kau dengan perempuan tua ni…” kata-kata Mia Sarah terhenti setakat itu. Tangannya ditekupkan pada pipi yang berbekas akibat tamparan abang.

“Abang, Sarah!Cukuplah tu!Cukup!” Hanya air mata menjadi saksi betapa terlukanya hati seorang ibu mendengarkan pertengkaran dua orang anak kesayangannya.

Mia Sarah mengetap bibir.Pandangan matanya kabur dek air mata yang mula bergenang. Tanpa mempedulikan abang dan ummi, Mia Sarah keluar daripada rumah itu.Dalam hatinya Mia Sarah berjanji untuk membenci dua insan yang telah menghancur lumatkan hatinya.Mia Sarah berjanji!

Melihatkan kelibat adik kandungnya keluar, abang jatuh terduduk.Tangan yang menampar pipi gebu gadis itu masih merah dan perit.Air mata lelakinya menitis jua mengenangkan keterlanjuran sikapnya tadi.Ummi yang masih teresak-esak di pandang dengan penuh penyesalan.Tiada kata yang mampu di luahkan.Abang menghampiri tubuh ummi yang terhinjut-hinjut menahan tangis.Tangan ummi yang semakin dimamah usia digenggam erat.

“Abang minta maaf, ummi.Abang minta maaf,” pinta abang sambil mengucup tangan ummi.Air mata kedua beranak itu tidak pernah kering sejak papa menjatuhkan talak dulu.Ujian demi ujian, dugaan demi dugaan dan masalah demi masalah tidak henti-henti menimpa mereka. Namun abang dan ummi sabar dan tabah melaluinya kerana yakin, di sebalik semua kepayahan ini, pasti ada sinar yang menanti. InsyaAllah.

SETAHUN BERLALU

“Tingginya darjat seorang wanita dalam Islam, sehingga ada banyak hadis mengenainya.Lebih istimewa lagi jika seorang wanita itu hamil, maka dianugerahkan kepadanya pahala yang berganda-ganda.Ini menunjukkan betapa hebat dan besarnya pengorbanan seorang wanita yang bergelar ibu.Apabila seseorang perempuan mengandungkan janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya.Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatat baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

Sebenarnya, banyak lagi hadis mengenai ibu.InsyaAllah, saya akan sambung lagi tajuk kita pada kelas berikutnya.Sesiapa yang berminat nak tau lagi, boleh datang ke bilik saya lepas ni. Assalamualaikum W.B.T,” panjang lebar Ustazah Humaira’ menerangkan sebelum menamatkan kelas mereka pada hari itu.

Mia Sarah termenung panjang.Ibu.Fikirannya tertumpu pada kata-kata Ustazah Humaira’ tadi. Entah kenapa, sejak akhir-akhir ini Mia Sarah menjadi lebih sensitif.Lebih-lebih lagi jika hal itu berkaitan ibu bapa.Mia Sarah teringatkan Qiamulail yang disertainya minggu lepas.Apabila kakak fasi menceritakan detik-detik kritikal seorang ibu melahirkan anaknya, Mia Sarah menangis.Menangis semahu-mahunya.

Mia Sarah teringatkan ummi yang sudah setahun tidak dihubungi.Rindunya pada wanita itu tidak pernah diluahkan kepada siapa-siapa.Malu.Mia Sarah sedar, sudah terlalu banyak dosanya pada ummi dan abang.Tapi, apa yang boleh dia lakukan?Untuk pulang menziarah keduanya, Mia Sarah malu!Malu dengan apa yang pernah dilakukan dulu.

Tangannya memegang kemas lipatan kertas berwarna biru lembut.Artikel yang diperolehinya semasa program Qiamulail minggu lepas benar-benar meruntun hatinya.Wajah ummi bermain-main di tirai matanya.Mia Sarah tidak pasti apa yang harus dilakukannya bagi melepaskan rindu yang semakin sarat dihati.Artikel itu dibaca lagi.


CINTA KASIH IBU

Ibu adalah insan yang paling mulia,
yang paling banyak menghabiskan masa
dengan anak-anak.

Ibulah yang mengandungkan kita
selama sembilan bulan sepuluh hari
dengan penuh sabar dan tabah.

Ibu jugalah yang
menanggung keperitan dan kesakitan sewaktu melahirkan.

Ibu yang menyusukan, memelihara dan melindungi kita.
Kasih ibu tiada tandingnya.

Kasihnya tetap abadi pada
kita. Kasihnya sampai ke mati.
Ibu adalah segala-galanya.

Seorang ibu, anak-anaknya adalah manusia yang paling
disayangi dan dicintai sejak lahirnya kita ke dunia
hingga akhir hayat kita.

Biarlah ibu terkorban,
biarlah ibu tidak makan,
biarlah ibu menderita,
biarlah ibu tidak tidur nyenyak di malam hari dan
biarlah ibu banyak menangis,
tetapi lidah ibu tidak
pernah kering mendoakan moga anaknya bahagia di dunia
dan akhirat.

Kelahiran kita telah disambut dengan seribu harapan
agar anaknya nanti akan menjadi insan yang beriman dan
anak yang soleh.

Dengan iman sajalah si anak dapat
melaksanakan titian hidupnya dengan sebaik-baiknya
yang mempunyai jiwa perjuangan untuk menegakkan syiar Islam.
Begitulah gunung harapan ibu kepada kita.
Harapan ibu merupakan doa yang tidak ada hijab dan
pasti dikabulkan Allah swt.

Di awal kelahiran kita, ibu
membisikkan ke telinga anaknya doa harapan hinggalah
kita memahami hasrat ibu yang sebenar.
Hasratnya terus dinyatakan kepada kita, sepanjang hayat ibu
selagi nyawa di kandung badan.

Tidak ada seorang ibu bila lahir sahaja anaknya ke
dunia ini membisikan harapan yang tidak baik atau
buruk pada anaknya.

Ertinya, ibu mana yang tidak mahu
melihat anak-anaknya menjadi orang beriman dan bertakwa?.
Ibu mana yang tidak mahu anak-anaknya
menjadi manusia yang berjaya dan berguna
kepada agama, bangsa dan negara?
Ibu mana yang tidak mahu melihat anaknya yang soleh?

Ibu mana yang sanggup melihat anak-anaknya gagal
dalam pelajaran ( dunia dan akhirat )
lebih-lebih lagi gagal dalam hidup?
Ibu mana yang dapat menahan airmata
apabila melihat anak-anaknya menjadi sampah masyarakat?
Ibu tidak pernah berhenti
mendoakan semoga anaknya bahagia di dunia dan akhirat.

Sesungguhnya,
tidak ada seorang ibu yang menginginkan
anak-anaknya menjadi manusia yang derhaka dan
pengkhianat bukan sahaja padanya,
bahkan kepada agama tercinta.


Mia Sarah menyeka air mata yang mula berlinangan.Hatinya merintih setiap kali matanya menelusuri bait-bait kata yang terlakar pada kertas itu.Benar!Ibu mana yang menginginkan anaknya menjadi manusia yang derhaka!‘Biarlah ibu banyak menangis, tetapi lidah ibu tidak pernah kering mendoakan moga anaknya bahagia di dunia dan akhirat.’ Mia Sarah rasa terpukul!Telinganya masih terngiang-ngiang doa yang dilafazkan ummi ketika solat tengah malam.

Ummi, maafkan Sarah!Sarah banyak buat dosa dengan ummi dan abang!Maafkan Sarah, ummi!Sarah menyesal!Sarah sayangkan ummi dan abang!Hatinya menjerit dan menangis mengenangkan segalanya.Puas berfikir, Mia Sarah nekad.Hujung minggu ini, ummi dan abang akan diziarahi.Tangan mereka akan dikucup penuh penyesalan.Mia Sarah yakin, hidup mereka akan lebih harmoni selepas ini.Mia Sarah mula bernafas tenang.Bibirnya mengukirkan senyuman penuh pengharapan.Moga masih ada peluang dan sinar buat mereka tiga beranak. ‘Sarah sayang ummi dan abang.’ Hatinya berbisik syahdu.

p/s:Sepnjng kita berada di dlm dunia ini
jngnlah sekali-kali kita menderhakai ibu kita
kerna sesungguhnya aljannah itu
terletak di bwh tapak kaki ibu
Ambillah serba sedikit
pngjrn drpd kisah di atas

dreAms c0me truE :)


Westlife-Dreams c0me true =))

Dreams are there to show you the way
(Better take a look inside)
Close your eyes find out what
they’re trying to say
(You gotta take a look inside)

Only for a minute
Just to make a start
Imagine what you wanna see

Wake him up the wizard
Sleeping in your heart
Just imagine what you wanna be
Don’t you know that…

[Chorus]
Dreams come true they do
Dreams come true
From all of us to all of you they do

Don’t you know that dreams come true
Love is just a second away
(Better take a look inside)
Make that magic rule, let
the miracle stay
(You gotta take a look inside)

Only for a minute
It’s not a fantasy
Just imagine what you wanna be

Don’t you know that…

[Chorus]
Don’t you know that dreams come true
Don’t you know that dreams come true
Only for a minute
You can make your dreams come true

i <3 dream =")">
  • masyi 3o juzu' AQ
  • can get 9A PMR
  • study 0versea
  • be a successful gurl in ma life
  • family alwayz healthy n epy
i h0pe u all als0 can achiev ur dream=))
insya Allah






Friday, March 13, 2009

keteguHan sumaYyah ^_^





SUMAYYAH BINTI KHAYYAT adalah hamba daripada kaum makhzum.Dia dikahwinkan dengan Yassir oleh majikannya.Mereka dikurniakan dua orang anak lelaki.Pada peringkat awal penyebaran Islam di Mekah, Sumayyah dan suaminya Yasir sudah tua.Kedua-dua anak teruna semakin dewasa.Anak lelaki Sumayyah iaitu Ammar sedang meneliti aliran agama islam yang mula tersebar di bandar Mekah secara rahsia.Ammar mendapat tahu agama islam dibawa dan diseru orang seorang lelaki yang bernama Muhammad bin Abdullah.Ammar menyiasat dan menjejaki pengikut-pengikut Muhammad dengan berhati-hati, bimbang diketahui oleh orang-orang quraisy yang menjadi musuh utama Muhammad.Akhirnya, Ammar tiba di rumah yang menjadi tempat berkumpul Muhammad dan orang-orang yang beriman.

Apabila tiba di kawasan rumah itu Ammar terserempak dengan orang yang asing di Mekah.Orang itu adalah Suhaib yang baru tiba dari negeri Rom.Mereka berdua terus berjumpa dengan nabi Muhammad dan mendengar dengan lebih dekat ajaran Islam daripadanya.Kedua-dua pemuda itu beriman dengan nabi Muhammad dan menjadi orang Islam.Tanpa berlengah lagi, Ammar terus kembali ke rumahnya.Sebaik sahaja tiba di rumahnya, dia pun menceritakan pengalaman barunya kepada kedua ibu bapanya dan menerangkan maksud Islam.Ammar menyampaikan seruan yang dibawa oleh nabi Muhammad bin Abdullah kepada orang-orang di Mekah.Seterusnya, Ammar mengajak kedua ibu bapanya memeluk islam.


Sumayyah dan suaminya, Yasir bersetuju memeluk islam.Sumayyah adalah orang ke-7 beriman dengan Nabi Muhammad dan memeluk agama islam pada usia yang tua.Apabila majikan dan kaum Makhzum mengetahui Sumayyah dan ahli keluarganya mengikut agama Islam yang diseru Nabi Muhammad, mereka marah dan menganggap seluruh keluarga Sumayyah sebagai orang gila.Apatah lagi Sumayyah dan ahli keluarganya berani menonjolkan diri sebagai orang Islam.Mereka tidak merahsiakan keimanan kepada seruan yang di bawa oleh Nabi Muhammad.Majikannya dan kaum Makhzum menganggap ahli keluarga Sumayyah sebagai berani menunjukkan tentangan dan cabaran kepada mereka.Selama ini, mereka melarang dan memberi peringatan bahawa sesiapa sahaja yang menerima ajaran Nabi Muhammad akan menerima balasan.


PENYEKSAAN

Keluarga Sumayyah menerima siksaan yang berat.Mereka sekeluarga dibawa dan diheret keluar dari bandar Mekah.Selepas diheret di tengah gurun yang panas, mereka diikat pada batu ataupun kayu.Mereka ditinggalkan di bawah panas matahari dengan harapan mereka dan pedih dengan seksaan dilakukan ke atas mereka.Sumayyah, wanita yang sudah tua juga menerima seksaan seperti orang lelaki.Bagi wanita tua, sudah tentu tubuhnya tidak kuat untuk menerima seksaan yang berat.Namun, iman Sumayyah tetap utuh.Dia bersabar atas segala ujian yang diterima.Dia mempertahankan imannya walaupun diseksa dengan teruk sekali.Sumayyah yang sabar dan teguh iman menyebabkan orang-orang quraisy rasa tercabar dan malu kerana menyeksa wanita itu.Sumayyah dianggap pejuang wanita Islam yang beriman dan ini menambahkan kemarahan orang-orang quraisy di mekah.


Pada suatu hari, Abu Jahal datang berjumpa Sumayyah dengan tujuan memujuk meninggalkan agama yang dicintainya.Tetapi Sumayyah tidak mudah dipujuk dan jawapan yang diberikan kepada Abu Jahal membuatkan Abu Jahal malu dan merasa egonya dicabar.Abu Jahal hilang pertimbangan, lalu mencabut pedangnya dan menikam Sumayyah.Tikaman itu menyebabkan Sumayyah mati dalam keadaan beriman kepada Allah dan Nabi Muhammad.Sumayyah adalah antara orang pertama yang mati syahid bagi menegakkan agama islam.Nabi muhammad yang mendengar kematian Sumayyah berkata kepada Yasir, “Bersabarlah, wahai keluarga Yasir! Sesungguhnya kamu akan dimasukkan kedalam syurga!”

DENGARLAA :