Bunga

Wednesday 25 September 2013

Indahnya cinta di jalan halal

Assalamualaikum...

Bila rasa hati diketuk dengan seseorang, perasaan mesti menjadi indah kan. Tapi kita harus ingat, jangan letakkan cinta manusia melebihi cinta kepada Allah. Orang yang tidak boleh menerima kenyataan apabila putus cinta atau merasa hidupnya tidak lagi bermakna menunjukkan di tidak redha dengan segala ketentuan Allah S.W.T bahkan cintanya kepada sang kekasih melebihi maha pencipta-Nya.

Perasaan ingin bercinta dan dicintai memang merupakan fitrah manusia.Tetapi harus ingat, jadikan cinta anda itu dengan cinta yang diredhai Allah iaitu perkahwinan. Lupakan niat, kalau hanya mahu bercouple tapi bukan untuk berkahwin kerana bercouple ni boleh menjunus kearah zina dan boleh mengundang fitnah. Jangan risau, kerana jodoh kita telah ditetapkan oleh Allah. Banyakkan berdoa agar dikurniakan suami atau isteri yang soleh dan solehah.


Sunday 22 September 2013

Peperangan semakin menghampiri

Assalamualaikum...

Minggu ni bermula 25/9 bermulalah peperangan aku bersama kawan-kawan untuk first paper. Memandangkan ni adalah final exam dan last sem aku, jadi kenalah berusaha lebih sikit untuk naikan pointer.Rasa sekejap ja dah nak habis. Sepanjang belajar ni macam-macam pengalaman manis, pahit dan sedih. Tapi benda tu semua adalah kenangan yang tak boleh aku lupa .Nama pun campus life kan. Tak sabar rasanya nak tunggu 12/10 iaitu last paper..Yeay.....bolehla balik kampung halaman di Kedah. Tak sabar rasanya nak jumpa mak and abah..and my first anak buah


  Damia yang comel...




Saturday 21 September 2013

Senyuman itu Indah

Assalamualaikum...

Bila kita pergi mana-mana ja, kalau tersempat dengan orang senyumla...senyumkan satu sedekah. Tak susah sebenarnya nak senyum kan? Senyuman ni merupakan satu terapi yang boleh mengurangkan tekanan. So bila kita sedang marah dengan seseorang ke atau stress dengan belajar jangan lepaskan dekat orang. Contonya si A marah dekat si B.Dalam perjalanan nak pergi ke kelas si A tersempak dengan rakan sekelas iaitu si C. So, si A ni janganlah jeling atau marah dekat si C kalau dia tegur..cuba beri senyuman ketika si C tegur. InsyaAllah perasaan marah tu akan reda sikit.Jadi sahabat, amalkan senyuman ni dalam kehidupan harian kita plus boleh jadi awek muda lagi..hehehe