Di sini ada beberapa fakta yang menarik tentang mimpi. Memang semua orang pernah mimpi , sape kata tak pernah mimpi tu memang menipu la. Kadang2 best jugak bermimpi ni, lebih2 lagi klu mimpi jumpa ngan awek cun atau sebagainya…..

Orang Buta pun bermimpi
Orang yang memang dilahirkan buta juga boleh bermimpi, tapi mimpi mereka tak sama macam orang biasa yang mana boleh menunjukkan imej atau gambar, sebaliknya orang buta bermimpi tentang suara, sentuhan dan emosi yang mereka rasakan. Memang agak sukar untuk orang yang normal membayangkannya.
Kita akan lupa 90% dari mimpi kita
Percaya atau tidak 5 minit jika kita terbangun dari buaian mimpi, maka anda akan lupa 50 % dari mimpi anda, dan 10 minit kemudian anda akan terlupa 90% dari jalan cerita mimpi anda.
Semua Orang Bermimpi
Seperti yang saya nyatakan tadi semua orang bermimpi. Kecuali ada orang yang mengalami kerosakan mental mungkin dia dah tak boleh mimpi lagi.
Mimpi dapat mencegah gangguan emosi
Bermimpi dapat menenangkan emosi kita, dan juga dapat memulihkan konsentrasi, pemikiran dan mental anda sendiri.
Rangsangan dari luar dapat mempengaruhi mimpi kita
Dalam istilah lainnya disebut “Dream Incorporation” , tentang ni pasti anda pernah mengalaminya, contoh kalau anda bermimpi terasa haus sangat, nak minum air banyak2… tup tup bila terjaga memang anda terasa haus betul, lebih-lebih lagi kalau anda mimpi terasa nak cirit, kencing atau sebagainya.
Tubuh akan lumpuh ketika bermimpi
Ini terjadi bagi mengelakkan tubuh kita dari turut bergerak ketika bermimpi, bayangkanlah kalau bermimpi panjat gunung, lari 100km atau mendaki gunung everest, takkan badan pun nak bergerak. Ada hormon yg dihasilkan ketika kita tidur yg membuat saraf menghantar isyarat ke tulang belakang menyebabkan tubuh kita menjadi rileks dan seterusnya lumpuh.
Kita hanya bermimpi tentang perkara yang kita tahu sahaja.
Sebagai contoh kalau anda bermimpi berjumpa dengan sesape atau kahwin dengan mana2 janda, atau ,mana2 wajah yang kita tak kenal, tapi sebenarnya di dunia nyata kita pernah melihat wajah tersebut cuma tak ingat atau mungkin anda pernah kenal dengannya dahulu. Secara logik juga memang kita telah melihat beribu-beribu wajah manusia tak kira di mall, sekolah atau mana2. Pakar percaya kalau memori kita mampu merakam itu semua, kerana ingatan manusia memang mengaggumkan.
Mimpi Itu Tidak Seperti Apa Yang Terlihat
Apa yang kita mimpi hanyalah sebagai simbolik bagi hal yang anda mimpikan. Ketika kita bermimpi otak kita sedang mencari ingatan yang dalam
Tidak Semua Orang Mimpinya Berwarna.
Menurut kajian 12% orang normal mimpinya selalu hitam-putih dan yang selebihnya adalah berwarna.
tambahan……
Ketika anda berdengkur, anda bukan sedang bermimpi
Hit: 21 Laman Asal