Powered by Blogger.

Wednesday 1 June 2011

Setelah Lama...

      Setelah lama tidak 'update blog' ini kerana kebuntuan idea... Di sini ada dua cadangan design baju untuk ahli-ahli Ashabul Muqarrabin (AM)...


Design Pertama

 Design Kedua


   

Friday 25 February 2011

Marang Resort & Spa Dekat di Hati Kami...

     Pada tanggal 17hb hingga 19hb Februari 2011, Asrama Nur Budiman telah mengadakan kem untuk pelajar PMR 2011 Asrama Nur Budiman. Kem ini dinamakan "Kem Anjung Ilmu PMR". Semua warden terlibat dalam program ini kecuali Cik Rudiani dan Ustazah Maimunah atau Mok Bi. Cik Rudiani tida boleh hadir kerana untuk meraikan perkahwinan beliau. Kami ahli Ashabul-Muqarrabin mengucapkan jutaan ucapan tahniah kepada Cik Rudiani atas kejayaan beliau melayar bahtera perkahwinan bersama suami tercinta. Semoga dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur.
     Sebenarnya, pada tahun ini kerajaan telah menyekat pihak sekolah untuk mengadakan kem-kem yang diadakan di luar kawasan sekolah. Alhamdulillah, pertolongan Allah datang berwasilahkan melalui Naquib Aizat (Pak Konchoro De Van Persie) yang telah meminta pertolongan bapanya iaitu En.Roshali. Sekalung ucapan terima kasih ditujukan kepada Naquib Aizat amnya dan kepada bapanya khususnya. Semoga En.Roshali dan keluarga dapat hidup dengan bahagia selama-lamanya.
     Kami ahli Ashabul-Muqarrrabin terutamanya membuat pelbagai persiapan untuk menyertai aktiviti ini. Kami diarahkan oleh Ustaz Ridzuan agar menggunting rambut berparas 4. Pelbagai gelagat yang dikeluarkan oleh pelajar tingkatan 3 aspura. Kami juga telah diarahkan untuk membeli tali leher dan kemeja untuk digunakan di kem tersebut. Semua orang panik kerana Ustaz Ridzuan telah memberi arahan mengejut iaitu hanya dalam 5 hari dari tarikh kem tersebut berjalan. Memang kelakar.
     Kami bertolak jam 2 petang dari sekolah menaiki bas yang disewa khas oleh pihak sekolah

. Semasa kem tersebut berlangsung awal tak awal dah ada yang ditarik telinganya oleh Ustaz Ridzuan. Siapakah orang yang bertuah itu? Fikirlah sendiri. Kem tersebut berjalan dengan baik. Tetapi sebaik sahaja pulang dari solat Jumaat. Kami mendapati bilik Pulau Pinang (P) bernombor 301 telah diasabotaj. Oleh siapa? Tak nak cakaplah.
     Makanan di situ alhamdulillah 'best'-'best' belaka. Kami makan hingga habis menjilat jari...
Akhir kata, kem ini memang sangat 'best'. Syukur kepada Ilahi akan nikmat yang Engkau kurniakan kepada kami. Jutaan ucapan terima kasih kami tujukan kepada pihak pengurusan asrama kerana telah mengadakan kem ini.

 "...Bersama kita tegakkan Islam dalam hati kita, nescaya Islam akan tertegak di tempat kita pula..."


Serba Sedikit Mengenai Ashabul-Muqarrabin

Ashabul Muqarrabin merupakan sebuah gerakan yang menjadikan Islam sebagai tunjang, al-Quran sebagai rujukan dan Rasulullah sebagai pedoman hidup. Gerakan ini dianggotai oleh semua pelajar tingkatan 3 Putera Asrama Nur Budiman. Usrah ini diterajui oleh naqibnya yang bernama saudara Abdul Latif b Hanafi. Amir bagi usrah ini ialah saudara Umair Nu'man b Ubaidillah. Manakala penolong amir dipegang oleh saudara Zulfakrul Nizam b Zuki. Begitulah seterusnya. Selepas ini akan saya siapkan carta organisasi bagi usrah ini dan semua senarai nama ahli usrah ini. Setakat 26/2/2011 usrah ini mempunyai 2 misi yang besar. Misi yang pertama ialah misi 'Basmi Couple' yang diketuai oleh saudara Adib Helmy. Misi  kedua pula ialah misi 'Zero Musolla Bising' yang diterajui oleh saudara Syazwan Adha. Marilah kita berdoa bersama-sama agar semua misi yang dirancang oleh usrah ini berjaya mencapai objektifnya. Insya-Allah.
"...Bersama kita tegakkan Islam dalam hati kita, nescaya Islam akan tertegak di tempat kita pula..."
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Playlists


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com

Search

Visitors Around World

Hakikat Kehidupan Seorang Insan

"...Dulu, Kini dan Selamanya..."

Jom Solat


  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP