Rezeki adalah ketentuan Allah SWT kepada sekelian hambaNya.
bermula dariada manusia dan jin
sehinggalah haiwan kecil melata dibumi,
yang kafir dan beriman,
kecil atau besar,
semuanya berada dibawah peliharaan serta kawalan Allah SWT
"Dan di langit terdapat punca2 rezeki
yang telah dijanjikan dan tertulis.."
(Surah az Zariyat : 22)
Sesungguhnya rezeki itu milik Allah,
Dia memberi kepada sesiapa yang Dia mahu
dan Dia juga berhak mengambilnya semula bila-bila masa yang Dia kehendaki.
Oleh itu, bersabar dan bersyukurlah dengan apa yang kita miliki pada hari ini.
Biarpun sedikit.
Dan. Moga di dalam yang sedikit itu, ada keberkatan.
Apatah lagi dalam yang banyak.
Bersyukur bukan bermakna kita harus mudah berasa puas hati
dengan apa yang kita ada sehingga membuatkan kita malas untuk berusaha lebih gigih.
Dan kita juga tidak seharusnya tiada lagi keinginan untuk mencapai kejayaan
yang lebih baik pada masa akan datang.
Bersyukur biarlah kena pada konteks dan tuntutan syariat Islam.
Jangan berhenti berusaha dan berdoa.
Jangan pula sesekali menyesali nasib diri dan menyalahkan takdir Ilahi.
Allah telah berfirman..
Dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan (pemberian rezeki)
dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan.
[Al-Baqarah : 245]