Bila engkau letih & hilang semangat,ALLAH tahu engkau telah mencuba sedaya upaya.Bila tangismu berpanjangan & hatimu duka,Allah telah mengira titis air matamu.Bila engkau rasa ketinggalan & masa meninggalkanmu,ALLAH tetap bersamamu,Bila engkau kebuntuan akal,maka ALLAH adalah penunjuk jalan....apabila engkau telah berazam, Maka bertawakallah kepada ALLAH

Thursday

Sifat Orang Munafik

Allah s.w.t berfirman di dalam surah An-Nisa' ayat 60 & 61 yang bermaksud:

(60) "Tidakkah engkau(hairan) melihat(wahai Muhammad) orang-orang (munafik) yang mendakwa bahawa mereka telah beriman kepada Al-Quran yang telah diturunkan kepadamu dan kepada(kitab-kitab) yang telah diturunkan sebelummu?Mereka suka hendak berhukum kepada taghut,padahal mereka telah diperintahkan supaya kufur ingkar kepada taghut itu.Dan syaitan pula sentiasa hendak menyesatkan mereka dengan kesesatan yang sejauh-jauhnya"

(61) "Dan apabila dikatakan kepada mereka : "Marilah berhukum kepada hukum Al-Quran yang telah diturunkan oleh Allah dan kepada hukum Rasulullah," nescaya engkau lihat orang-orang munafik itu akan berpaling serta menghalang (manusia) dengan bersungguh-sungguh daripadamu menghampirimu" (Surah An-Nisa' ayat 60 & 61)

Pada ayat 60,Allah s.w.t memulakan dengan mengajukan suatu pertanya kepada Rasulullah tentang pengakuan golongan munafik.Walaupun pertanyaan itu ditujukan kepada baginda,namun hakikatnya ia ditujukan kepada orang-orang beriman seluruhnya.Apakah baginda tidak merasa hairan melihat golongan yang dilaknat ini membuat pengakuan beriman kepada kitab Al-Quran dan kitab-kitab sebelumnya.Timbulnya kehairanan di sini kerana keimanan mereka tidak seperti perlaksanaan.Allah menjelaskan seterusnya keengganan mereka untuk berhukum dengan hukum Al-Quran,tetapi mereka lebih cenderung menggunakan hukum taghut ciptaan manusia yang sesat.

Ayat seterusnya,Allah telah membongkarkan bagaimana reaksi kaum munafik apabila diseru untuk berhukum dengan hukum Allah.Patinya reaksi yang diberikan bersifat negatif.Sesuai dengan hati busuk mereka yang bencikan Islam.Mereka akan berpaling daripada berhukum dengan hukum Allah.Maksud berpaling di sini bukanalah menolah mentah-mentah akan hukum tersebut,kerana sememangnya sifat kaum munafik ini,mereka tidak akan menzahirkan kebencian mereka terhadap Islam.Cara yang mereka gunakan ialah dengan mengemukakan pelbagai alasan yang membuktikan mereka tidak bersedia untuk menggunakan hukum Al-Quran.

Tidak cukup dengan itu,Allah menerangkan lagi bahawa golongan ini akan melaksanakan pelbagai agenda jahat untuk menghalangi manusia daripada berhukum dengan hukum yang terkandung di dalam Al-Quran.

Akhir sekali,kesimpulan yang dapat diambil untuk dijadikan pengajaran berdasarkan ayat di atas ialah,kita mestilah menghitung semula diri kita.Adakah kita mengaku beriman dengan kitab Al-Quran?Sekiranya beriman,adakah kita bersedia pula untuk melaksanakan segala hukum yang terkandung di dalamnya meliputi ibadah,muamalah,munakahah dan jinayah.Sekiranya tidak,dibimbangi kita akan termasuk ke dalam golongan munafik seperti yang difirmankan Allah melalui ayat-Nya di atas.Ingatlah bahawa golongan munafik ini tempat kembalinya ialah neraka yang terbawah sekali.Nauzubillahi minzalik.
 
JANNAH Copyright © 2009 Blogger Template Designed by Bie Blogger Template