Saturday, January 14, 2012

Jangan Izinkan Aku Jatuh Cinta Andai Masanya Belum Tiba

Ya Allah,
Andai masanya belum tiba,
Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta,
Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan,
Agar Kau tunjukkan aku tuntutun yang perlu aku lakukan,
Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan,
Jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat,
Dan jauhkan aku daripada perkara yang Engkau murkai,
Agar aku dapat menjaga diri.

Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
Jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama yang ada padanya,
Jika dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya,
Maka hilanglah cintaku padanya,
Sesungguhnya, cinta yang suci itu tidak buta.

Ya Allah,
Dan jika dia mencintai aku,
Biarkanlah dia mencintai aku kerana agama itu juga,
Asalkan dia tidak lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepadaMu,
Supaya cinta itu bersemi di lembayung keredhaan-Mu,
Kerna dari situ lahirlah rahmah dan mawaddah dalam rumahtangga.

Ya Allah,
Jika ini bukan masanya,
Jika ini belum saatnya,
Dan jika Kau tahu kami belum bersedia,
Selamatkan kami,
Jarakkan kami,
Pisahkan kami,
Agar kami jauh dari khilaf yang merosak izzah dan iffah,
Agar kami tak mengundang murka-MU,
Agar kami dapat lebih menjaga hati,
Agar hati menjadi yang diredhai ilahi.

Ya Allah,
Andai dia bukan untuk ku,
Andai dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya,
Berikanlah dia insan yang benar benar terbaik buat kehidupannya,
Insan yang benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu,
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku,
Agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu.

Ameen..

- Artikel iluvislam.com

>>Berfikir Menjana Minda Kreatif<<

Wanita Dari Rusuk Lelaki

Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, hati, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya. Apa lagi yang tidak ada di syurga, namun Nabi Adam a.s tetap rindukan Siti Hawa.

Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri. Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki. Tetapi kalau lelaki sendiri yang tak lurus, tak mungkin mampu nak meluruskan mereka. Tak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus.

Luruskanlah wanita dengan cara yang ditunjuk Allah, kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh Allah. Didiklah mereka dengan panduan dari-Nya. Jangan cuba jinakkan mereka dengan harta, nanti mereka semakin liar. Jangan hiburkan mereka dengan kecantikan, nanti mereka semakin menderita. Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah. Kenalkan mereka kepada zat Allah yang kekal, disitulah suisnya.

Akal setipis rambutnya, tebalkan dengan ilmu. Hati serapuh kaca, kuatkan dengan iman. Perasaan selembut sutera, hiasilah dengan akhlak. Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak nilaian dan keadilan Tuhan. Akan terhibur dan bahagialah hati mereka, walaupun tidak jadi ratu cantik dunia, presiden ataupun perdana menteri negara atau ‘women gladiator’. Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan. Itu bukan diskriminasi Tuhan. Sebaliknya disitulah kasih sayang Tuhan, kerana rahim wanita yang lembut itulah yang mengandungkan lelaki-lelaki waja: negarawan, karyawan, jutawan dan “wan-wan” yang lain. Tidak akan lahir ‘superman’ tanpa ‘superwoman’.

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan. Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan sahaja tidak boleh diluruskan, bahkan mereka pula membengkokkan.

Lebih ramai lelaki yang dirosakkan oleh perempuan daripada perempuan yang dirosakkan oleh lelaki. Sebodoh-bodoh perempuan pun boleh menundukkan sepandai-pandai lelaki. Itulah akibatnya apabila wanita tidak kenal Tuhan. Mereka tidak akan kenal diri mereka sendiri, apalagi mengenal lelaki. Kini bukan saja ramai boss telah kehilangan ‘secretary’, bahkan anak pun akan kehilangan ibu, suami kehilangan isteri dan bapa akan kehilangan puteri.

Bila wanita derhaka dunia lelaki akan huru-hara. Bila tulang rusuk patah, maka rosaklah jantung, hati dan limpa. Para lelaki pula jangan hanya mengharap ketaatan tetapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah pimpinlah diri sendiri dahulu kepada-Nya.

Jinakkan diri dengan Allah, nescaya akan jinaklah segala-galanya dibawah pimpinan kita. Jangan mengharap isteri seperti Siti Fatimah, kalau peribadi belum lagi seperti Sayidina Ali.

Sumber asal :http://myibrah.com

Thursday, June 2, 2011

Kenali Solehah, Ingin Solehah, Menjadi Solehah



Solehah.

Sepatah perkataan yang mudah disebut. Perkataan yang memberi maksud sesuatu yang paling baik diantara perhiasan-perhiasan dunia yang lain. Perkataan yang indah bilamana ia benar melambangkan maksudnya. Perkataan yang cantik bila ia dimiliki dengan sebenarnya oleh pemiliknya.

Namun solehah ternyata bukan mudah pada realiti kehidupan ini. Solehah itu bukan hanya boleh dinilai di penghujung perjalanan, namun sentiasa diberi nilai dalam setiap tahap-tahap kehidupan.


Mudahkah menjadi anak yang solehah? Bila balik bertemu ibu ayah sekali sekala , dua tiga hari di kampung, mempamer dan menonjolkan akhlak terbaik, mentaati tanpa jemu setiap permintaan ibu dan ayah. Tapi bila tinggal lebih lama, hati mula jemu, mula kurang sabar, suara tidak lagi rendah dan lunak – disuruh mula berdalih dan merasa berat, ditegur mula memberontak mempertahankan kesilapan...

Wahai anak, di manakah solehahmu pada ayah ibu yang terlalu banyak pengorbanan dilakukan untukmu?

Mudahkan menjadi gadis yang solehah? Di akhir zaman yang mendatangkan fashion yang menampakkan keindahan berharga seorang perempuan, mampukah menepis nafsu yang sering ingin cantik di pandangan awam,,, Membiarkan diri dan tubuh dijamah pandangan lelaki murahan kerana tipis dan pendeknya pakaian...?

Dengan akhir zaman yang membuka seluas-luasnya ruang perhubungan lelaki dan perempuan, dengan ransangan filem-filem, lagu-lagu dan bahan bacaan yang menghidup kan rasa cinta hingga menyala-nyala dalam dada, mudahkah untuk menepis kedatangan SMS, call, chatting YM, Facebook, email etc yang bertalu-talu dari lelaki yang 'soleh' dan tak soleh?

Awalnya mungkin mudah, dengan prinsip cinta hanya untuk suami dan isteri, tapi jika konsistennya SMS yang caring lagi prihatin hingga menghidupkan warna merah muda dalam hati, mampukah lagi menolak? Mampukah lagi mengelak dari serangan-serangan perasaan ‘fitrah’ yang ingin disayangi dan menyayangi, lebih-lebih lagi teman-teman disekeling juga tidak lagi sendiri ?

Mudahkah menjadi solehah, jika pergaulan yang dirasakan sederhana mengundang curiga dimata masyarakat? Mengundang cemburu di hati si isteri-isteri? Mengundang fitnah di hati yang berlainan jenis?

Mudahkah menjadi isteri solehah? Di awal mahligai cinta dibina dalam pernikahan, waktu kasih membara, solehah itu seolah pasti terjadi, ada ketaatan sebelum dipinta, ada layanan kelas pertama, ada pengorbanan yang tidak terasa, ada kelembutan yang mempesona, diri terhias tersembunyi dan nyata..

Namun, bila masa berlalu memaparkan suami sebagai insan biasa-biasa punya banyak alpa, yang terus zahir pada suami adalah terlalu banyak keburukan dan kelemahan. Hingga tidak merasa perlu mentaati dirinya yang dulu pernah paling ditaati, hingga acuh tak acuh pada suami yang dulu mendapat cinta kelas pertama, hingga tidak mampu melihat apatah lagi mensyukuri pemberian suami pada keluarga.

Pudar kasih, luput sayang, yang ada hanya lah hati yang luka berbisa. Tiada penghormatan, tiada penghargaan, yang ada hanya ungkitan kesilapan pasangan . Tiada kesyukuran, tiada keredaan hingga diri memikirkan untuk meruntuhkan, melarikan diri dari perjanjian dan ikatan yang dibuat atas nama ALLAH…

Dimanakah solehah? Waktu belum dituntut menjadi pasangan, di luar ikatan mampu menjadi solehah memenuhi segala permintaanya, memohon maaf penuh perasaaan atas kesilapan padanya, mengasihinya sepenuh jiwa raga, tidak mahu melukai hanya ingin mencintai… merasa hebatnya aura sayang dua jiwa dipenuhi kata-kata sopan lagi manja…namun bila ikatan pernikahan yang benar-benar menuntut soleh dan solehah,.. terus sirna, kesopanan dan kelembutan hilang ditelan kejemuan… solehah, dimanakah solehah…?

Solehah…bagaimanakah untuk solehah..? Bagaimanakah untuk terus solehah selepas diri jauh meninggalkan solehah…? Bagaimanakah untuk tetap solehah diwaktu tidak lagi ingin solehah?

Bagaimana bertahan untuk solehah sewaktu sukarnya ingin menjadikan diri solehah?

Sukarnya solehah…sewaktu masih sendiri, terasa sukar menjaga kesucian diri dan hati.. kerana diluar sana tarikan untuk memudarkan solehah terlalu tinggi,… dan sewaktu sudah bersuami, mungkin lebih sukar kerana ada pula hati suami untuk ditaati , dijagai agar tidak tercalar, sedangkan hati dan iman sendiri masih terkontang kanting kering nur rabbani…

Solehah itu anugerah ilahi. Mahal harganya, Tak terhitung nilai kepayahannya, Kerana syurga balasannya.

Ya ALLAh ajari aku untuk solehah dalam menghadapi ujian-ujian dariMU, uJian kesenangan atau kesusahan.

Bantulah aku untuk memilih solehah dari yang lainnya dalam keadaan sukar atau mudah. Bantulah diri hambaMU ini agar mampu ku mentaatiMu, yang dengan nya menjadikan aku mampu mentaati ibubapaku dan sesiapapun yang perlu ku taati.

Bantu lah aku memenunaikan segala suruhanMu agar mampu ku tunai hak-hak sahabat dan saudaraku ingin ku cintaiNYA keranaMU.. Bantu lah diriku menjauhi segala laranganMu agar ENGKAU memberikan jalan keluar atas segala urusanku.. Bantu lah aku ya ALLAH, dengan rahmat da kasih sayangMU perbaiki lah urusan ku dan jangan biarkan ku membuat keputusan sendiri walau sekelip mata.

Bantulah diriku untuk memilih solehah walau memilih solehah terasa letih, sakit dan sukar bagi diriku, namun izinkan diriku bertemu asiah, maryam, khadijah dan fatimah di dunia sana yang berkekalan...

diambil dari: blog sisi-kehidupan.blogspot.com

>>Berfikir Menjana Minda Kreatiff<<

Sunday, December 19, 2010

Lirik Lagu

Saat Lafaz Sakinah (Far East):

Heningnya…Sunyi suasana…
Lafaz sakinah bermula
Apa rasa diterjemah hanya
Sebak abah tangis ibunda

Adalah aku, wali puteriku
Serah kini amanah ku ini padamu
Nafkahilah dia, curah kasih dan cinta
Lebih dari yang kuberikan kepadanya
Chorus:
Dulu esakannya sandar dibahuku
Tangisannya kini kuserah padamu
Bukan bermakna dia bukan milikku
Fitrahnya perlukan mu

Jadikan dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya

Ku akur akan pesanmu
Puterimu kini amanahku
Iringkan dgn doamu
Bahagia kami dari redamu


Amani (Amar):

Tangisan sanubari telah terhenti
Kala suram suria memancar sinarnya
Pertemuan seindah bayangan firdausi
Menjadi zikir kasih yang suci

Lukisan 2 jiwa menjadi 1
Terkenang detik bertemunya kau dan aku
Santun berhikmah mengingatkan diri
Hidup dan mati hanya untuk ilahi

Menggenggam janji cinta ini
Bertemu kasih tanpa jasad
Bicara tanpa suara
Hanya tulisan bahasa indah
Mengeratkan antara kita
Hinggalah ke akhirnya
Chorus:
Kau kusanjung kerna pengorbanan
Bagai puteri di kayangan
Tika ku lesu hadapi hidup
Kau hembuskan nafas semangat
Penawar hati

Kawin awal @ kawin Lambat?

Salam ukhwah fillah...

Kawin awal @lambat?
msg2 ngan pandangan sendiri...
As long as bermanfaat buat semua n slagi ia x mbawa kemurkaan Allah, it's ok n please carry on with the plan...

Kalo ikut sunnatullah, prempuan harus kawin awal, lelaki plak bile cukup matang dlm pmikiran n ilmu dunia akhirat serta mampu...

Bile ade y kawen awal, majoriti masyakat Melayu akn beranggapan org y kawen 2 gatal, nk kawen awal...
sdangkan pkahwinan 2 adalah sunnah Rasul...

Psepsi ni y nk kene ubah...
Pkahwinan y lambat @ cpat, kalo btul niat n bsandarkan kpd Allah,harus kita sokong n beri galakan...

De y bagi solution kawen awal coz banyak kes pembuangan bayi akhir2 ni...
Dlm radio pun membincangkan baik buruk kawen awal terutamanya bagi y masih bersekolah sampai tertubuhnya sek utk perempuan y mengandung kt Melaka...
Dlm kes ni, rata2 y menyokong kawen awal, menyatakan ia bgus utk elakkan kes pmbuangan bayi dpd smakin berleluasa...Siap cadangkan buat program kawen beramai2 utk kurangkan cos pkahwinan...
Tp bagi y x sokong plak menyatakan pkahwinan akan menghalang @ mengganggu pembelajaran pelajar terbabit n plajar lelaki plak xde sumber kewangan y kukuh utk menyara keluarga y akan di bina...

2 bab pelajar sek @ universiti...
mcm mane lak y dh keje @ y abis blajar???
Bagi golongan ni,
1. Major kate nk kumpul duit dulu...
2. De pulak y bg alasan nk kenal ati budi pasangan...
3. x bsedia nk kawen pun ade...

Kalo y x bercinta, xpe la....
Bnyakkn bdoa minta cpat jodoh ngan org beriman, murah rezeki n mohon di beri petunjuk disamping berusaha...

Parah kalo pasangan bcinta y pgang prinsip ketiga2 @ salah 1 dr tiga pernyataan kt atas...Bcinta plak x ikut batas2 @ syariat Islam bg y Muslim...
Mule2 mmg la pgang tgn, dh sbulan, pe plak y nk dipegang???
Y untung kaum mane?
y rugi kaum pe?

Psangan y bcinta, cpat2 la kawen utk elakkan kan maksiat..
Btul, kite ckp bole kawal nafsu n diri...
tp kalo dh slalu bsama ke hulu ke hilir, syaitan pun dgn bangganya akan mghasut sperti mana y dijanjikan mereka dgn Allah...

Kt sini ana nak bg pendapat n pandangan utk dikongsi bsama...

Ana mmg galakkan org prempuan kawen awal terutamanya y bkerja sampe lewat mlm @ y slalu bkerja kt luar @ y slalu travell...
coz suami akan mnjadi pelindung n peneman enti...
Suami dpt ambil n anta kalo bkerja lewat mlm...

utk plajar pulak, seboleh2nye blajar dulu, tp kalo dh btul2 x dpt nk elakkan fitnah y datang, cepat2 la kawen...Tp kembali smula kepada fitrah manusia diciptakan...
Mentadbir alam coz manusia ni khalifah di muka bumi...
Nk mentadbir, perlukan ilmu, so jgn ketepikan ilmu...
Buktikan, antum juga mampu bjaya walaupun dh kawen...

Y dh keje n xde pasangan lg, sperti y ana sarankan kt atas, bdoa ngan pnuh yakin n sungguh kpd Allah...Bole gak guna pakai nasihat kt bwh, utk golongn y bcinta...

pasangan y bcinta tanpa mengikut syariat Islam n amalkan 3 prinsip di atas, cpat2 jgak kawen coz rezeki adalah hak Allah..
Dia y tentukan...
Insya Allah, kalo btul niat kite, kawen kerana Allah n agama, Allah akan beri rezeki...
Kite plak, carilah rezeki y halal dr segi sumber n cara...
Islam dh gariskan cara nk kenal pasangan kite, so x perlu la nk tunggu sampe btul2 knal...last2 x kawen gak, lbih truk, bcerai pas 2 @ 3 thn kawen padahal org 2 la y kite bcinta sampe nk rak...kononnye nk knal ati budi...

Antara panduan y diberi:
Gune org tgah utk selidik latar blakang n perangai pasangan...
Tanya jiran tetangga pasangan kite...
Buat solat istikharah at least 3 times, mohon petunjuk Allah...
Kalo kite nk pasangan y baik, kite kene jd baik dulu...
Tunaikan hak2 Allah tlebih dahulu n mohon dpt pasangan y dpt membantu kite menunaikan Hak2 Allah tsebut...

Mcm mane nk bsedia utk kawen kalo kite x wat prancangan n persediaan...
Rancang mcm mane nak bentuk kluarga mngikut acuan Islam...
Baca buku2 agama, buku2 pkahwinan, n buku mengenai kekeluargaan...
dari situ bnyk info n panduan y bole di amalkan bile dh kawen nanti...

Antara buku terbaik y ana cadangkan (terbaik bg ana):
-Indahnya Hidup Bersyariat (Dato' Ismail Kamus & Azrul Azlen Abdul Hamid)
-Indahnya Hidup Tanpa Derita (Noor Laila Aniza Zakaria)
-Pemilik Cintaku Selepas Allah dan Rasul (Fatima Syarha Binti Noordin)

Berikut ana titipkan lagu y bgus utk renungan bsama:

Saat Lafaz Sakinah-Peringatan buat kaum Adam




Amani-Sesuai sbgai teladan bg kaum Hawa

Monday, December 6, 2010

Penghijrahan 1432

salam maal hijrah...

sgt2 lame x mnulis dlm blog ni....
ari ni 1 muharram 1432 h...

semoga hidup kite lebih di berkati Yang Maha Esa spanjang thn ni...
jadikan thn ni thn y lebih baik dr sbelumnye sebagai hambaNya baik dunia mahupun akhirat...

Antara ucapan2 y ana dpt dari teman2,(ingin ana kongsikan buat renungan n tatapan masa hadapan):

-=smoga hari2 y mdatang dilalui dgn pnuh ketaqwaan n kberkatan...Jadikan smalam sbg iktibar buat masa hadapan...=-

-=5 wasiat dr Allah y disampaikan terus kpd Rasul junjunagn Nabi Muhammad saw smasa isra' mikraj:
i-Janganlah engkau gantungkan hatimu kpd dunia, sesungguhnya Aku jadikan dunia ini bukan utk engkau

ii-Jadikan cintamu kpdKu sbab tmpt kembalimu adalah kpdKu

iii-Bersungguh2 lah engkau mencari syurga

iv-Putuskan harapan dr makhluk krana sesungguhnya mreka itu sdikit pun tiada kuasa ditgn mreka

v-Rajinlah bsolat Tahajjud kerana sesungguhnya pertolongan itu bserta qiamullail...

-=Smoga dipermulaan thn baru ini dpt mendekatkan lg hati kita kpd Nya Yang Maha Esa=-

bangun je dari tidur lepas menunaikan sgala suruhan Allah, wajib n sunat, ana trus search internet...
niat plg utama nak update blog..

sblum update, ana bace blog2 y ana ikuti...
n ana tjumpa sesuatu...Jeng...Jeng...jeng...
lagu dr Hafiz hamidun y sgt sesuai utk sambutan Maal Hijrah...
Semoga ia dpt menjadi titik tolak utk penghijrahan y lebih baik n bermakna sbg hambaNya...

Hayatilah lagu Andai Aku DisisiMu...



>>Berfikir Menjana Pemikiran Kreatif<<