Imej mungkin mengandungi: pencakar langit

[KAJI SELIDIK BMF]

Sekiranya ada satu kumpulan orang muslim kita cuba menjayakan BMF ini, adakah ahli group ini akan sokong 100%??

Sekarang ini sedang giat sekumpulan orang bumiputra muslim kita berusaha menjalankan projek MUSLIM FACTORY HUB.

Projek MUSLIM FACTORY HUB ini mengambil tanggungjawab menghimpunkan semua produk keluaran Kilang Muslim kita seluruh Malaysia di sebuah tempat untuk memudahkan pemasaran produk-produk tersebut sampai kepada pemborong muslim, peruncit muslim, peniaga muslim dan seterusnya kepada pengguna muslim khasnya.

Ia bertujuan untuk memudahkan orang ramai terutamanya orang islam kita mendapatkan produk-produk keluaran muslim di seluruh Malaysia. Kini, masalah yang sedang berlaku adalah ramai orang islam kita sukar untuk mendapatkan produk-produk muslim di kedai-kedai, pasaraya dan pasar-pasar.
Ramai dikalangan kita bersemangat untuk menyokong #BMF ini tetapi penawaran produk-produk muslim di seluruh negara sukar dijumpai, terhad dan terhalang.
Pada masa yang sama, pemborong bagi produk-produk muslim kita adalah dari kalangan bukan islam. Mereka ini mengambil kesempatan dengan tidak membekal dan mengedarkan produk-produk muslim ke seluruh tempat dan kedai- kedai. Mereka cuba mematahkan semangat orang islam yang menyokong #BMF ini. Bahkan Pasaraya Besar juga mengambil tindakkan yang sama dengan melewat-lewatkan order produk-produk keluaran muslim yang telah habis untuk diletakkan dalam pasaraya mereka.
Dengan cara itu, orang islam kita terpaksa membeli produk bukan muslim sebagai pilihan yang ada pada masa tersebut. Jika dibiarkan perkara ini berterusan secara tidak langsung umat islam yang berjuang untuk meningkatkan ekonomi dikalangan muslim kita akan gagal dan kembali seperti sediakala. Kelak semangat #BMF itu sendiri akan menjadi hambar tiada sambutan akhirnya.

Dari sebab itu, maka MUSLIM FACTORY HUB ini diusahakan untuk membina rangkaian ekosistem perniagaan bermula dari kilang muslim terus kepada pembekal. Dan dari pembekal terus kepada pemborong. Dan dari pemborong terus kepada peniaga hingga seterusnya sampai kepada pengguna muslim itu sendiri.
Semua pemborong dan peniaga akan secara terus mendapatkan produk-produk keluaran kilang Muslim di MUSLIM FACTORY HUB dan akan mengedarkannya ke seluruh kedai-kedai muslim seluruh negara dari utara hingga selatan, pantai timur dan barat. Dengan cara ini, maka ia akan memudahkan ramai orang islam memperolehi produk-produk keluaran Muslim di pasaran seluruh Malaysia

Muhd Sofi Eimani‎ @ PERSATUAN EKONOMI MUSLIM MALAYSIA (???????? ???????? ???? ??????)
Tiada penerangan foto disediakan.

createSummaryAndThumb("summary8749452065268564251"); Read More
Hit: 0 Laman Asal