NUNUKAN, Kalimantan – Seorang pemuda Malaysia di Kalabakan, Sabah mendakwa dia telah  menemui seekor cicak gergasi seberat 64 kilogram di kawasan hutan sempadan dengan  Kalimantan, Indonesia lapor akhbar Tribunkaltim.com semalam. Penemuan itu diceritakan  oleh seorang lelaki yang cuma mahu dikenali sebagai Arbin dan tinggal di Kalabakan  sempat merakamkan gambar cicak raksasa tersebut.Menceritakan mengenai  penemuan luar biasa itu, Arbin memberitahu, pemuda itu menemui reptilia unik  tersebut semasa keluar mencari cicak di hutan berkenaan. “Kegiatan mencari cicak sememangnya popular di sini (Tawau). Saya juga ikut ke  hutan dengan tujuan sama,” kata Arbin yang ditemui di Tawau pada Isnin lepas.  Semasa keluar memburu itulah pemuda itu secara tidak sengaja menemui cicak  bersaiz raksasa itu. “Pada awalnya pemuda itu terkejut dan agak takut kerana saiz  cicak itu seperti buaya. Setelah mendekatinya, ternyata ia cuma seekor cicak dan ia  tidak dapat bergerak kerana terlalu besar. “Dia kemudian membawa cicak itu  pulang,” tambah remaja berkenaan.Menurut akhbar itu, pemuda itu memelihara  cicak gergasi tersebut di  rumahnya dengan memberi reptilia itu makan daging terutama hati ayam  supaya ia tidak mati. Masyarakat di Indonesia, Thailand dan Cina percaya cicak tersebut mampu  mengubati peyakit Aids/Hiv dan ini menyebabkan harganya melambung.  Sejak berita cicak luar biasa itu tersebar pemuda itu pernah ditawar dengan harga  RM 2 juta seekor, tetapi beliau tidak mahu menjualnya kerana menunggu harga yang lebih tinggi.Walaubagaimana pun cicak tersebut telah dijual dengan harga RM 1 juta  sekilo, ini bermakna harga cicak gergasi itu nilainya RM 64 juta (= 64 kilogram) Abu Luqman , sekarang ini macam macam kepelikan telah keluar di atas muka bumi ini.
mmm... kalau cam ni nak pg cari cicak gak lah... tp ianya haram dijual tau....

Hit: 19 Laman Asal