Jan 16, 2012

Perihal Bahasa Inggeris

BI salah satu bahasa moden yang sangat maju pada masa kini. BI sebenarnya merupakan antara bahasa yang juga paling maju dalam meminjam istilah bahasa asing.

Victoria Fromkin dan Robert Rodman merupakan 2 org tokoh yang mengkaji secara langsung tentang pengaruh peminjaman istilah bahasa asing dalam bahasa Inggeris.

Victoria Fromkin dari University of California, Los Angelas manakala Rober Rodman merupakan penulis dari Northern Carolina State University. Buku tulisan mereka berjudul An Introduction to Language.

Kedua-dua penulis ini mengakui bahawa Orang Inggeris telah meminjam begitu banyak perkataan asing untuk membina dan mengembangkan bahasanya iaitu bahasa Inggeris, yang pada masa kini menjadikan bahasa Inggeris cukup kaya dalam membahasakan pelbagai isu terutama ilmu sains dan teknologi.
Menurut mereka, terdapat sebanyak 20,000 patah perkataan yang sering digunakan dalam bahasa Inggeris pada masa kini, 3/5 atau kira-kira 12,000 patah perkataan adalah perkataan yang dipinjam dari bahasa asing.

Antara bahasa asing yang disenaraikan oleh Victoria Fromkin dan Robert Rodman ialah;
Bahasa Perancis, bahasa Yunani, bahasa Latin, bahasa Skandinavia, bahasa Seltik ( Celtic), bahasa Belanda, bahasa Jerman, bahasa Itali, bahasa Arab, bahasa Sepanyol, bahasa India Merah, bahasa Yiddish (Yahudi),  bahasa Melayu dan sebagainya.

Untuk peminjaman dari bahasa Melayu, antara perkataannya ialah amok, orangutan, prau, kris, jiringa ( jering ) dan paddy dll. Mereka menganggarkan terdapat sekurang-kurangnya 200 hingga 300 pp yang dipinjam dari bahasa Melayu.

Fromkin dan Rodman juga berpendapat sebelum kedatangan orang-orang Norman, orang Inggeris hanya tahu berkata He ate ox (lembu), He ate pig (babi), dan He ate sheep (biri-biri). Zaman ini, tidak terdapat perbezaan istilah di antara binatang dengan dagingnya. Setelah kedatangan orang Norman ke Pulau Inggeris, mereka telah memperkenalkan kata boeuf yang bertukar menjadi beef (daging lembu) ; porc yang berubah menjadi pork (daging babi) dan mouton yang bertukar menjadi mutton (daging kambing). Orang Inggeris telah meminjam kata-kata tersebut.

Selain meminjam kata-kata, orang Inggeris juga meminjam kata-kata akar dari bahasa asing untuk membentuk istilah seperti perkataan thermos yang beerti panas, dan metron yang beerti ukuran. Kedua-dua kata tersebut ialah bahasa Yunani. Kata-kata ini dicantumkan oleh orang-orang Inggeris dan menjadi perkataan Thermometer iaitu jangkasuhu.

Bahasa Inggeris juga meminjam proses-proses imbuhan dari bahasa asing.

Dewasa kini, bahasa Inggeris tetap gah dan berpengaruh besar, selain relevan dengan perkembangan dunia pada masa kini. Kelebihan ini berpunca dari faktor peminjaman istilah-istilah dan imbuhan oleh orang-orang Inggeris dari bahasa asing.

                                                          Sumber ; Amat Juhari Moain , Peminjaman Kata-kata istilah daripada bahasa asing.

Nov 1, 2011

BERFIKIR, BERFIKIR DAN TERUS BERFIKIR....

Seringkali berfikir panjang dan kehairanan sedikit. Kadang-kadang, timbul perasaan ‘pelik’ mengenai hal ehwal semasa yang berlaku di sekeliling kita. Benarkah terlalu banyak masalah yang melanda masyarakat masa kini antara sebab utamanya ialah POLITIK.
Antara isu popular adalah berkenaan dengan isu BOB LOKMAN yang dikeluarkan waran tangkap disebabkan beliau memberi ceramah TANPA TAULIAH..
Bila baca akhbar online, saya seronok membaca komen-komen pembaca dan komen-komen tersebut mendorong kita berfikir dengan lebih luas dan jauh. Kadang-kadang, kita tak terfikir apa yang orang lain fikirkan. Melalui komen-komen tersebut, sekurang-kurangnya, skop pemikiran kita lebih terbuka. Benar atau salah, terpulang kepada individu tersebut untuk menilainya.
Jom kita kongsi komen-komen para pembaca :
a)     “kalau mcm tuh bolehlah keluarkan waran tangkap kepada blogger2 yg menyebarkan ilmu agama sekali...internet kan xde tauliah..tak begitu JAIS?
b)     “saya terfikir...kenapa JAIS tak ambil tindakan pada sahabat2 tabliq yang memberi kuliah dan mengajak beribadat di surau2 dan masjid2 di selangor ni.....mungkin dah sampai apa yang diperkatakan "pada penghujung zaman, akan ada golongan yang tidak arif perihal Islam akan bercakap/mengepalai tentang ISLAM....
c)      “Adakah seorang datuk menyampaikan tazkirah selepas solat berjemaah di rumah dengan anak2 serta cucu nya juga akan di dakwa oleh pihak JAIS? Perlukah datuk tersebut perlu tauliah dalam situasi ini?
d)     “Adakah selepas ini tazkirah akan diharamkan? Kerana rata-rata tazkirah dibuat oleh orang yg tiada tauliah. Adakah selepas ini ramai daripada orang dari Jemaah Tabligh akan ditangkap kerana rata-rata mereka tiada tauliah dan merekalah antara penggerak majlis ilmu bebas diserata Malaysia.
Emm, bila fikir dan fikir...
Mungkin benar kata orang, BOB LOKMAN diberikan waran tangkap sebab beliau berlatarbelakangkan politik pembangkang. Sebab tu lah beliau diperhati dan dikecam setiap masa. Ramai je orang berdakwah, yang  berlatarbelakangkan kerajaan tak dikecam pun...Boleh dikatakan di sini, MOTIF UTAMA penangkapan ialah POLITIK..
Kalau politik pun, selagi tidak mendatangkan ancaman kepada negara, biarlah. Tak patut diperlakukan sebegitu rupa. Dakwah tu kan dituntut.
*Memberi pandangan itu tidak salah. Pandangan itu pastinya berbeza antara satu dengan yang lain. Ibarat seorang yang melihat permandangan ke luar jendela, apa yang menjadi fokus pandangannya pastinya berbeza dengan yang lain. Mungkin dia akan melihat pokok kelapa, mungkin burung di udara, mungkin awan yang menebal, mungkin langit yg membiru, mungkin memandang matahari yang cantik dan berseri... Oleh itu, perbezaan pandangan itu perkara fitrah dalam dunia ini.

Oct 30, 2011

Harga sebuah IMAN

Beberapa tahun dahulu, ada seorang Imam yang berasal dari Thailand telah dipanggil ke Malaysia untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid di Malaysia. Telah menjadi kebiasaan Imam tersebut selalu menaiki bas untuk pergi ke masjid.

Pada suatu hari, selepas Imam tersebut membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki yang lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen.

Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan tentang wang 20 sen tersebut. "Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?", Imam tersebut bertanya kepada dirinya. "Ah... syarikat bas ni dah kaya... setakat 20 sen ni.. nak beli tosei pun tak cukup", kata Imam tersebut.

Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti. Ketika Imam tersebut ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut. "Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen", kata Imam tersebut kepada pemandu bas tersebut.

"Owh... terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit je nilainya", pemandu bas tersebut berkata. Imam tersebut menjawab, "Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya wajib berlaku jujur".

Pemandu bas tersebut tersenyum, dan berkata, "Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam".

Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan. Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan, "Astaghfirullah!!!, Ampunkan daku Ya Allah... Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!.

Sahabat-sahabatku sekalian... Apa yang anda dapat daripada peristiwa di atas? Ingatlah.. kita mungkin tidak melihat dan tahu kesan tindakan kita terhadap orang lain. Kadang-kadang manusia akan menganggap kita sebagai tingkap untuk melihat ke dalam dunia Islam... Sesungguhnya pada diri Rasulullah s.a.w. itu terdapat contoh teladan yang baik.

MONEY oh MONEY


“Duit bukan segala-galanya, tetapi duit diperlukan untuk segala-galanya”..
Uhhh, mana nak carik duit??... USAHA lah....
Usaha byk cara, cara singkat ada, cara tak singkat/panjang pun ada...
Berkaitan dengan cara mencari duit, saya tegaskan, saya tidak pernah percaya dengan kaedah mendapat duit dengan cepat seperti MLM, Skim cepat Kaya, cabutan bertuah, no ekor dsb nya..Saya tak pernah berharap untuk menceburkan diri dalam bidang2 ini, dan saya tidak berharap untuk ‘bernasib baik’ jika mengikuti bidang2 ini.

Bagi saya, kalau NAK KAYA, perlukan USAHA yang betul dan bersungguh-sungguh, tidak semudah MLM, cabutan bertuah, nombor ekor, dan sbgnya.

Oleh itu, ingin saya tegaskan kepada sesiapa yang berniat untuk mengajak saya mengikuti bidang2 ini, sila batalkan niat anda kerana pelawaan anda menyebabkan saya berasa serba salah untuk menolak perlawaan tersebut walaupun hati saya menolak 100% usaha tersebut.

Kalau nak kaya, bukan mudah dan bukannya mengambil masa yang singkat. Semua jutawan2 dekat dunia ni berusaha sekian lama untuk mendapat kekayaan. Kalau adapun yang boleh kaya dengan cepat, mungkin itu cuma nasib baik sahaja dan peratusan orang yang berjaya dengan cara singkat mungkin dalam 5% sahaja. Yang lain, semuanya memerlukan tempoh usaha yang panjang. Oleh itu, berusahalah dengan bersungguh-sungguh jika ingin menjadi kaya, dan ingatlah kekayaan tidak boleh dikecapi dalam masa yang singkat. Begitu juga dengan kebijaksanaan, kalau hendak menjadi bijak, bukannya kejap. Sebab itulah di dunia ini khususnya Malaysia diwujudkan tempoh pembelajaran rasmi yang lama iaitu sejak darjah 1 hingga Tingkatan 5. Kalau ditambah dengan pembelajaran tidak rasmi, bermaksud seumur hidup kita belajar dan terus belajar. Oleh itu, berusahalah dengan bersungguh-sungguh kalau hendak menjadi KAYA, dan kenalah berusaha kuat kalau hendak menjadi BIJAK.....

Oct 28, 2011

JELAJAH KE NEGERI 9

SALAM...


Cuti Deepavali (26 Oktober 2011), kami terjah Negeri 9 Darul Khusus.
Hampir habis satu negeri kena jelajah. 
BEst wehh, Kalau bab jalan memang seronok. HEHE
Jom, Org Muda nk share sikit gambo2 sepanjang perjalanan ke Nogori. Hayati je yok...

Encik Viva, Encik Myvi dan Encik Wira transpot utama kami.




Stesen lawatan Pertama:
:: Taman Ostrich, Negeri 9 ::





Stesen kedua :
:: Istana Seri Menanti ::

Stesen ketiga :
:: Teratak Za'ba (Tokoh bahasa) ::



Stesen Ketiga :
Rumah Yb Syafiq Rohaizad
:: Batu Kikir, Negeri 9 ::


Stesen Keempat:
Rumah Rahman Siham
:: Felda Palong ::

Best wehh.. 
*Gambo byk, tp xmampu nak upload. HEHE


Oct 25, 2011

LAYANAN BAIK PUNYA....

Salam. 


Lamo dah den tak update belog ni. Dah dokat 5 bulan dah wehh...
La ni baru nak update. Jom, kongsi cer sikit.


Fuhh, sem 5 Tahun 3 cukup2 memonatkan den. Banyak betui kerja2 yg den keno buat. Takpo, sabor. Sabor tu kan sebahagian daripada iman. Bukan SEPARUH drpd iman tau, tp sebahagian. 
Kalau separuh, diumpamakan 50/50 lh. Banyak iman den kalau sabar 50 drpd iman...Hehehe


La ni, den nak cerito sikit pasai "LAYANAN BAIK".
Bagi den la kan, setiap manusia BERHAK mendapat layanan baik.
Lebih-lebih lagi kalau org tu buat baik kat kita. Tak patut sama sekali kita buat buruk kat dia.
Kesian kat dia, dia susah2 buat baik kat kita, kita buat jahat kat dia. 


Tapi kan, benda ni berlaku skrg ni. Ish ish ish...
Den pun kadang2, ade jugak buat benda ni. Biasalah, iman sentiasa turun naik kan, Syaitan pulak dok setia kt tepi kita. Bila iman dh turun naik + syaitan, abislah semua org kena tempias mood marah tu.


Tp bila dlm situasi ni (nak marah), cept2 'cool' kan diri, bawak bertenang sat.
Igt Tuhan banyak2, insyaallah baik la lepas tu.
Mood marah jgn tlalu diikut, kelak berkelahi jadinya.
Semoga cara ini bisa membantu kita2 ya....


Apapun yang terjadi, berjalanlah tanpa henti.

Okeylah, tu je lah yang mampu den tulis. Saja ja nak 'hidupkan' balik belog den ni yang dah lamo 'tido'..
*Takde idea sebenarnya mlm ni, heheehehe..


Okeylah, selamat semua, semoga terus sukses ya..
Salam....



May 1, 2011

Aduhai Melayuku...


'Takkan melayu hilang di dunia'. Semua orang tahu slogan ini. Kata-kata Hang Tuah yg cukup tinggi semangat keMelayuannya..
Bila sebut pasal Melayu, secara teorinya orang melayu bangsa bertamadun tinggi, bangsa berakhlak dan berpekerti, dan bangsa mithali. Kalau dulu, teori ini bukan sekadar teori yg dipelajari, tetapi itulah hakikat Melayu yg sebenar. Tp skrg, orang melayu lalai dengan dunia melayu nya yang semakin hanyut...
Benarkah org melayu ? mmg benar kita hanyut...hanyut dengan hiburan yg melampau, hanyut dengan kegilaan terhadap kuasa, hanyut dengan kerakusan mengejar harta benda, hanyut dengan nafsu dunia, hanyut dengan peredaran semasa...Kononnya kita 'up to date'. Tidak salah up to date, tapi biarlah berpatutan dan sesuai dengan jiwa kita sebagai orang melayu islam.
Awas melayu, bukan itu yang kita cari, bukan itu yang kita kejari..Tidak dinafikan, harta, kuasa dan hiburan memang perlu kita miliki. Tetapi bukanlah harta yang kita perolehi dengan jalan yang amat kotor dan jijik, Kita perlukan kuasa untuk bertapak di bumi sendiri. Tapi bukanlah kuasa yang diperolehi dengan cara menjatuhkan orang lain. Kita juga perlukan hiburan, tetapi bukanlah hiburan yang melampau seperti yang ada pada masa kini..Melampaukah hiburan ? Memang melampau terutama sekali hiburan berunsurkan nyanyian. Masyaalah, kita (orang melayu) terlalu sinonim dengan hiburan. Medium2 untuk melahirkan penyanyi bagaikan tumbuh selepas hujan..Bila diperhatikan suasana dan keadaan hari ini, sungguh sedih dan kecewa..Mana orang melayu yang tinggi nilai melayunya? mana orang melayu yang kuat pegangan islamnya ? mana orang melayu yang mahmudah sifatnya?....Jangan kita lupa wahai manusia melayu. Hidup kita bukanlah untuk berhadapan dengan kehidupan sahaja.. Kita perlu bangkit dan sedar, banyak masalah dan masa depan masyarakat melayu yang perlu kita fikirkan. Pendidikannya, agamanya, jati dirinya, akhlaknya, dan sebagainya...Jangan kita terlalu leka dengan dunia yang terlalu banyak menipu hari ini....

*Penulisan ini hanyalah menjurus kapada segelintir masy melayu sahaja dan konteks penulisan hanyalah dari sudut orang melayu kepada orang melayu, bukan dilihat dari aspek bangsa/kaum lain.....