Monday 15 August 2011

Sahor [at] Deen Nasi Kandar..

Sememangnya tak dapat di nafikan lagi... bagi penggemar-penggemar nasi kandar.. semestinya Deen adalah target utama menu sahur. dengan Ayam goreng yang di masak ranggup, Telur bawang yang wangi berserta telur ikan. semestinya membangkitkan selera makan selepas bangun tidur. Tidak hairanlah kedai ini mula di penuhi sejak jam 3 pagi lagi. 

berbeza dengan nasi kandar lain.. masakan Deen mempunyai rasa pedas sedikit di dalam gulai campur. Ini menambahkan minat penggemar-penggemar nasi kandar asli yang pastinya tersenyum kepuasan selepas menjamu selera.


Restoran ini terletak di jalan jelutong berdekatan dengan Stesen minyak Caltex. parking yang agak sukar dan anda boleh meletak kenderaan di belah belakang bangunan. Harga yang tidak terlalu mahal menjadikan restoran ini popular buat masa ini.


No comments:

Post a Comment