CEGAH PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT Penyakit tangan, kaki dan mulut disebabkan oleh virus (kumpulan enterovirus) yang biasanya menjangkiti kanak-kanak di bawah umur 5 tahun Jangkitan ini berlaku disebabkan tidak mengamalkan kebersihan diri yang baik dan berada di tempat atau persekitaran yang sesak Penyakit ini dijangkiti melalui kontak secara langsung dengan pesakit serta melalui najis, air liur dan lelehan dari hidung pesakit Kebanyakkan kes penyakit ini tidak serius, namun begitu terdapat juga kes-kes teruk yang melibatkan sistem saraf dan jantung Setiap ahli keluarga dinasihatkan mengamalkan kebersihan diri untuk mencegah jangkitan Tanda dan Gejala Penyakit Ruam dengan lepuh di tapak tangan, kaki dan kawasan lampin Ulser di tekak dan mulut Demam     Sakit kepala Hilang selera makan Langkah-langkah Pencegahan Cuci tangan dengan sabun dan air bersih sebelum menyediakan makanan, selepas ke tandas, selepas menukar lampin anak dan mencuci najis anak Tutup mulut dan hidung dengan tisu apabila bersin dan batuk Jangan berkongsi barang-barang peribadi seperti berus gigi, sapu tangan, tuala, cadar, cawan, sudu dan garpu Mandi dan tukar pakaian selepas pulang dari tempat kerja sebelum bermesra dengan bayi atau anak kecil Cuci alat mainan, permukaan meja, kerusi dan lantai yang dicemari air liur anak Elakkan membawa anak kecil ke tempat umum yang sesak seperti pusat membeli belah, pawagam, kolam renang, pasar dan stesen bas Sekiranya anak anda mempunyai tanda-tanda dan gejala penyakit tangan, kaki dan mulut: Bawa segera ke hospital atau klinik berhampiran Jangan hantar ke tadika, rumah pengasuh atau sekolah Lap lelehan dari mulut dan hidung menggunakan tisu Sumber Maklumat : Kementerian Kesihatan Info: http://pmr.penerangan.gov.my/

Boleh juga layari laman web berikut untuk keterangan lebih lanjut:
1. http://drazwan.blogspot.com/2008/07/penyakit-tangan-kaki-dan-mulut-hfmd-dan.html
2. http://larrijal.tripod.com/anak/tkm.htm
3. http://jknjohor.moh.gov.my/bmv2/modules/xt_conteudo/index.php?id=412
Hit: 107 Laman Asal