22 March 2011

Bahang Sambutan Hari Polis Ke-204

Tema : Hala Tuju PDRM Dalam Abad Ketiga.

Bahang kehangatan Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-204 Tahun 2011 semakin dirasakan apabila semua peringkat/formasi di seluruh negara telah siap sedia dengan program masing-masing dalam memeriahkan lagi program tahunan ini yang jatuh pada 25 Mac setiap tahun.

Acara Perhimpunan Hari Polis dan Majlis Bacaan Yasin & Tahlil menjadi acara wajib dalam kalendar sambutan setiap tahun. Pada tahun ini, acara Perhimpunan Hari Polis diadakan pada 25 Mac 2011 dan kebanyakkannya mengadakan Majlis Bacaan Yasin & Tahlil sebagai pembuka agenda pada 24 Mac 2011.

Kain Rentang IPD Shah Alam
IPD Shah Alam telah menyediakan sebanyak sebelas (11) acara bermula 24 Mac - 30 April 2011 dengan melibatkan semua bahagian, balai dan SSP dalam menjayakan program ini. Antara acara-acara yang menarik ialah program derma darah (30 Mac), bowling jemputan (15 April), forum perdana (21 April) dan mencari harta karun (30 April).

Memaparkan sebahagian acara program.

Majlis Bacaan Yassin, Tahlil dan Doa Selamat Sempena Peringatan Hari Polis Ke-204 Tahun peringkat Kebangsaan/Bukit Aman akan diadakan pada 24 Mac 2011 jam 7.00 malam di mana Y.A.B Perdana Menteri Malaysia dijangka akan hadir di Masjid Bukit Aman, Kuala Lumpur.

Manakala di peringkat IPD Shah Alam, majlis yang sama turut diadakan pada hari yang sama di Dewan Sri Mawar tetapi waktunya ialah pada jam 12.00 tengahari dan dipanjangkan dengan slot tazkirah bertajuk "Kehidupan Tanpa Riba" yang akan disampaikan oleh Ketua Jabatan Syariah, Bank Muamalat (M) Bhd, Ustaz Mohd Hafiz Hj Fauzi.

Kain Banting program.

Manakala Perhimpunan Hari Polis peringkat IPD Shah Alam pula akan diadakan pada 25 Mac 2011 pada jam 4.00 petang bagi mengelakkan pertindihan program dengan peringkat Bukit Aman dan Kontinjen yang akan diadakan di sebelah pagi.

Program sulung Hari Polis Ke-204.

Cawangan BAKA IPD Shah Alam telah diberi tanggungjawab untuk mengendalikan dua (2) program secara langsung iaitu Majlis Tahlil & Tazkirah (24 Mac) dan Forum Perdana (21 April) serta terlibat dengan acara-acara lain sebagai pembaca doa dan urusetia kecil.

1 komentar:

Papa HAZAT said...

Selamat Hari Polis Ke-204 buat semua warga PDRM di seluruh negara. Semoga sukses selalu dan dirahmati Allah Taala hendaknya.

Post a Comment

Komen Dengan Berhemah

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | coupon codes