" Kebajikan Jana Akhirat Bahagia.."

Wednesday, August 26, 2009

"Keadilan, Walau Terhadap Binatang..."

Saat Omar bin Abdul Aziz menjadi khalifah, rata-rata rakyat beliau menggunakan baghal (keldai kecil) sebagai kenderaan untuk mengangkut barang perniagaan. Ada dari kalangan mereka, tidak memberi belas kasihan kepada baghal itu, malah sekadar mengutip keuntungan sahaja dari hasil perniagaan yang melibatkan kepada baghal tersebut.
Keadaan itu diperhatikan oleh Omar bin Abdul Aziz sehingga suatu hari, beliau ada berbual-bual dengan seorang rakyatnya yang menggunakan baghal sebagai kenderaan untuk mengangkut barang perniagaan.

”berapa banyakkah keuntungan yang kamu terhasil dari pernigaan pada hari ini?” omar bertanya.

Pemuda itu menjawab jujur, ”sebanyak tiga dirham”.

”kebiasaan perniagaan kamu, berapa yang kamu dapat?” omar menyambung soalan kedua.

”sebanyak satu dirham sahaja” jawab pemuda itu, ”pada hari ini, agak lumayan sikit, kerana banyak kerja kami lakukan” sambung pemuda sambil melihat kepada baghal, kenderaaan yang mengangkut barang dagangannya.

Omar melihat kepada baghal itu, seraya berkata, ”apakah segala urusan perniagaan kamu menggunakan baghal ini?”. omar bertanya.

”benar wahai amir al-mukminin” jawab pemuda itu ringkas.

”wahai pemuda, sesungguhnya kemampuan baghal ini bekerja untuk mendapatkan hasil sebanyak satu dirham sahaja. Pada hari ini, kamu telah menggandakan berat kerjanya sehingga kamu mencapai keuntungan sebanyak tiga dirham. Bermakna, kamu telah memeras keringatnya tiga kali ganda dari biasa. Tindakan kamu ini tidak patut” omar memberikan nasihat kepada pemuda tersebut.

Pemuda itu tidak berkata apa-apa, malah sekadar menganggukkan kepalanya sahaja dengan mendengar nasihat dari Omar bin Abdul Aziz.

MEMBERIKAN HAK, WALAU TERHADAP BINATANG

Dari kisah yang dinukilkan ini, kita dapat melihat bagaimana pemerintahan Islam yang dipimpin oleh Omar bin Abdul Aziz membuktikan konsep keadilan dengan memberikan hak kepada semua, waimma terhadap binatang.

Diceritakan juga, bahawa Omar bin Abdul Aziz pernah menulis surat kepada Hayyan bin Soreh, iaitu seorang gabenor Islam yang dilantik Omar supaya menjaga negara mesir.

”aku mendapati bahawa di Mesir, unta digunakan untuk mengangkut barang melebihi 1000 kati. Apabila surat ini sampai kepadamu, maka hendaklah penggunaan unta untuk mengangkut barangan tidak melebihi dari 500 kati berat” pesan omar dalam surat yang diutuskan kepada Hayyan.

Jelas, Omar bin Abdul Aziz tidak sekadar memberikan hak keadilan itu kepada rakyatnya sahaja, bahkan hak keadilan itu diberikan kepada binatang tunggangan.

MELAKSANAKAN KEADILAN ADALAH KEWAJIPAN

Islam menitik beratkan perlaksanaan keadilan. Kezaliman merupakan perkara yang ditentang hebat oleh islam. Allah yang maha berkuasa pun telah mengharamkan terhadap dirinya daripada melakukan sebarang kezaliman, inikan pula manusia yang tidak mempunyai sebarang kuasa berbanding Allah.

Sabda Nabi SAW bahawa Allah SWT berfirman dalam hadis Qudsi;

يَا عِبَادِي إِنِّي حَرَّمْتُ الظُّلْمَ عَلَى نَفْسِي وَجَعَلْتُهُ بَيْنَكُمْ مُحَرَّمًا فَلَا تَظَالَمُوا

Maksudnya;
”Wahai hambaku, Sesungguhnya aku haramkan kezaliman terhadap diriku. Dan aku jadikannya haram dikalangan kamu. Justeru, jangan sekali-kali kamu melakukan kezaliman[1]

Dalam islam, maksud keadilan adalah memberikan sesuatu hak kepada mereka yang berhak. Apabila sesuatu hak tidak diberikan kepada mereka yang berhak, maka tindakan sebegitu dikenali sebagai zalim.

Keadilan yang diperjuangkan islam, tidak sekadar sesama muslim, malah terhadap non Muslim pun, keadilan terhadap mereka dituntut supaya dilakukan.

Tindakan melakukan kezaliman terhadap non Muslim sehingga sanggup membunuh mereka, ia adalah perkara yang diharamkan dalam Islam, malah azabnya sangat hebat.

Sabda Nabi SAW;

مَنْ قَتَلَ مُعَاهَدًا لَمْ يَرِحْ رَائِحَةَ الْجَنَّةِ وَإِنَّ رِيحَهَا تُوجَدُ مِنْ مَسِيرَةِ أَرْبَعِينَ عَامًا

Maksudnya;
“Barangsiapa yang membunuh ahli zimmah, pasti dia tidak akan mendapat bauan syurga, waimma bau syurga itu boleh di capai sejauh perjalanan 40 tahun[2]

Masakan membunuh, menzalimi mereka amat dibenci oleh Nabi SAW sehingga sampai satu tahap, nabi SAW bersabda;

أَلَا مَنْ ظَلَمَ مُعَاهِدًا أَوْ انْتَقَصَهُ أَوْ كَلَّفَهُ فَوْقَ طَاقَتِهِ أَوْ أَخَذَ مِنْهُ شَيْئًا بِغَيْرِ طِيبِ نَفْسٍ فَأَنَا حَجِيجُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

Maksudnya;
“Ketahuilah, barangsiapa yang menzalimi ahli zimmah, atau mengkurangkan haknya, atau memberatkan bebanan terhadap mereka melebihi dari kemampuan mereka, atau mengambil sesuatu perkara dari mereka tanpa dengan cara yang baik, sesungguhnya aku akan berhujjah dengannya pada hari kiamat nanti[3]

Keadilan yang dinukilkan ini, merupakan keadilan yang wajib dilaksanakan kepada manusia, waimma terhadap non muslim. Disamping itu, keadilan yang dituntut dalam Islam, tidak sekadar terhadap manusia, malah terhadap binatang pun, hak keadilan perlu ditunaikan.

Perkara ini dapat dilihat menerusi kisah Omar bin Abdul Aziz yang dikemukakan ini.

~Al-Bakistani~



Tuesday, August 25, 2009

"Perang Badar Inspirasi Umat Islam Di Bulan Ramadan.."

Setelah penghijrahan baginda Nabi SAW ke Madinah, permusuhan kaum kafir Quraisy terhadap umat Islam masih belum reda. Penyeksaan dan gangguan mereka kepada kaum muslimin yang masih berada di Mekah dan tidak dapat keluar dari kota itu semakin menjadi-jadi. Pada sudut yang lain pula harta benda yang ditinggalkan oleh mereka yang telah berhijrah ke Madinah dirampas oleh Quraisy.


Hal inilah yang menjadi dasar bagi baginda Rasulullah s.a.w untuk menyekat kafilah dagang Quraisy yang melintas dekat Madinah dalam perjalanan perniagaan menuju Syam atau dari Syam menuju Mekah.

Tahun kedua hijrah, Rasulullah SAW bersama 313 sahabatnya bergerak menuju Badar untuk menyekat kafilah Quraisy yang membawa harta berlimpah hasil dari perniagaan di Syam. Setelah mendengar berita itu, Abu Sufyan, yang memimpin kafilah ini, mengirimkan utusannya ke Mekah untuk meminta bantuan tentara Quraisy dalam menghadapi ancaman ini. Bagi Quraisy, sekatan kafilahnya oleh kaum muslimin tidak bererti kerugian harta tetapi apa yang paling penting baginya ialah kehormatan suku besar di Mekah ini.

Untuk itu, Abu Jahal yang merupakan salah seorang bangsawan terkemuka Quraisy bersama seribu orang lengkap dengan peralatan perang meninggalkan kota Mekah dan bergerak menuju Badr. Sementara kafilah pimpinan Abu Sufyan dengan melintasi jalan alternatif berjaya meloloskan dari sekatan kaum muslimin. Abu Sufyan mengirimkan utusannya untuk meminta Abu Jahal kembali ke Mekah kerana baginya dia telah berjaya melepaskan diri daripada sekatan bahaya itu. Namun pesanan itu ditolak oleh Abu Jahal beliau segera bersiap untuk berperang bagi menghadapi pasukan Islam Madinah.

Di Badr, pasukan muslimin yang dipimpin oleh Rasulullah SAW telah bersiap siaga sepenuhnya. Pasukan kecil berjumlah 313 orang dan peralatan yang ala kadarnya, siap menghadapi seribu orang di barisan Quraisy yang lengkap bersenjata. Namun keimanan yang dimiliki oleh umat Islam menjadi sandaran dan pendorong mereka untuk tegar dan siap menanti kematian di jalan Allah yang basalannya adalah syurga.

Tepat pada tarikh 17 Ramadan tahun kedua hijrah, perang di Badar berkecamuk setelah dimulai dengan konfrantasi iaitu satu lawan satu antara tiga pihak dari dua barisan perang.Satu demi satu wakil musuh terkorban. Darah bersimbah di sana sini. Tak lama, berita tersebar bahwa Abu Jahal yang pernah disebut Rasulullah sebagai Firaun di tengah umat ini tewas di tangan pasukan muslimin. Dengan terbunuhnya Abu Jahal dan beberapa pemuka Quraisy di medan perang Badar menjadi pukulan hebat bagi pasukan Mekah yang akhirnya memilih untuk melarikan diri.

Dalam perang Badar, pasukan Quraisy menderita kerugian. Tujuh puluh tewas dan tujuh puluh yang lain menjadi tawanan. Sementara barang rampasan perang yang ditinggalkan bukanlah jumlah yang sedikit, dianggarkan sebanyak 150 unta, sepuluh kuda, sejumlah kulit dan kain, serta peralatan perang ditinggalkan oleh pasukan Mekah yang lari tunggang langgang menyelamatkan diri.

SUASANA PADA MALAM TERCETUSNYA PERANG DI BADR

Malam itu terjadi beberapa keajaiban, perasaan takut dan tertekan yang ada pada kaum Muslimin tiba-tiba hilang, pasukan Islam menikmati malam itu dengan senang dan tenang, dan akhirnya tertidur dengan puas. Hujan pun turun, membasahi pasir padang Badar sehingga menjadi padat dan lembut apabila dipijak (pasir dalam keadaan kering, seperti pasir pantai, membuat susah berjalan). Inilah seperti yang dijanjikan Allah dalam Al Anfaal (surat kelapan) ayat 8:

"(Ingatlah), ketika Allah menjadikan kamu mengantuk sebagai suatu ketenteraman daripada-Nya, dan Allah menurunkan kepada kamu hujan dari langit untuk menyucikan kamu dengan hujan itu dan menghilangkan dari kamu gangguan-gangguan syaitan dan untuk menguatkan hatimu dan memperteguh dengannya telapak kaki (mu)."

Subuh hari, Abu Bakar "menganggu" ibadah Rasul kerana kafir Quraisy sudah semakin hampir mendekati umat Islam. Pasukan Islam dengan segera membuat persiapan, ketika pasukan kafir Quraisy sudah kelihatan jelas oleh Rasul, Rasul memanjatkan doa, "Ya Allah! Kaum kafir Quraisy yang enggan untuk menyembahMu dan mendustai utusanMu sudah berada di sini. Ya Allah, kami menunggu dan megharapkan daripadaMu kemenangan yang Engkau janjikan kepadaku dan sahabat-sahabatku. Kami memohon kepadaMu, ya Allah, untuk mengalahkan mereka."

RASULULLAH MINTA PANDANGAN SAHABAT SEBELUM BERANGKAT KE BADR

Pihak Muslimin yang sudah kehilangan kesempatan mendapatkan harta rampasan, sudah sepakat akan bertahan terhadap musuh bila diserang.

Oleh kerana itu merekapun segera berangkat ke tempat mata air di Badar itu, dan perjalanan ini lebih mudah lagi kerana waktu itu hujan turun. Setelah mereka sudah mendekati mata air, Rasulullah berhenti. Ada seseorang yang bernama Hubab bin Munzir bin Jamuh, orang yang paling mengetahui atau disifatkan sebagai seorang pakar tentang mengenal tempat itu, setelah melihat Nabi turun di tempat tersebut, dia bertanya: "Rasulullah, bagaimana pendapat tuan untuk berhenti di tempat ini? Kalau ini sudah wahyu Tuhan, kita takkan maju atau mundur setapakpun dari tempat ini. Ataukah ini sekadar pendapat tuan sendiri, suatu taktik perang belaka?"

"Sekadar pendapat saya dan sebagai taktik perang," jawab Rasulullah. "Rasulullah," katanya lagi. "Kalau begitu, tidak tepat kita berhenti di tempat ini. Mari kita pindah sampai ke tempat mata air terdekat yang tahu tempat itu dengan penuh yakin, lalu telaga-telaga kering yang di belakang itu kita timbun setelah diambil airnya. Selanjutnya kita membuat kolam, kita isi sepenuhnya. Barulah kita hadapi mereka berperang. Kita akan mendapat air minum, mereka tidak."

Melihat saran Hubab yang begitu tepat itu, Nabi Muhammad dan rombongannya segera pula bersiap-siap dan mengikut pendapat temannya itu, sambil mengatakan kepada sahabat-sahabatnya bahawa dia juga manusia seperti mereka, dan bahawa sesuatu pendapat itu dapat dimusyawarahkan bersama-sama dan dia tidak akan menggunakan pendapat sendiri di luar mereka. Dia perlu sekali mendapat konsultasi yang baik dari sesama mereka sendiri.

Selesai kolam itu dibuat, Sa'd b. Mu'az memberikan usulnya: "Rasulullah," katanya, "kami akan membuatkan sebuah dangau buat tempat Tuan tinggal, kenderaan Tuan kami sediakan. Kemudian biarlah kami yang menghadapi musuh. Kalau Tuhan memberi kemenangan kepada kita atas musuh kita, itulah yang kita harapkan.

"Tetapi kalau pun sebaliknya yang terjadi; dengan kenderaan itu Tuan dapat menyusul teman-teman yang ada di belakang kita. Rasulullah, masih banyak sahabat-sahabat kita yang tinggal di belakang, dan cinta mereka kepada tuan tidak kurang dari cinta kami ini kepada tuan.

"Sekiranya mereka dapat menduga bahawa tuan akan dihadapkan pada perang, nescaya mereka tidak akan berpisah dari tuan. Bagi mereka Tuhan menjaga tuan. Mereka benar-benar ikhlas kepada tuan, berjuang bersama tuan."

Nabi Muhammad s.a.w sangat menghargai dan menerima baik saranan Sa'd itu. Sebuah dangau buat Nabi lalu dibangunkan. Jadi bila nanti kemenangan bukan di tangan Muslimin, ia takkan jatuh ke tangan musuh, dan masih akan dapat bergabung dengan sahabat-sahabatnya di Yathrib.

Di sini orang perlu berhenti sejenak dengan penuh kekaguman, kagum melihat kesetiaan Muslimin yang begitu dalam, rasa kecintaan mereka yang begitu besar kepada Rasulullah, serta dengan kepercayaan penuh kepada ajarannya.

Semua mereka mengetahui, bahawa kekuatan Quraish jauh lebih besar dari kekuatan mereka, jumlahnya tiga lipat ganda banyaknya. Tetapi, sungguhpun begitu, mereka sanggup menghadapi, mereka sanggup melawan.

Dan mereka inilah yang sudah kehilangan kesempatan mendapatkan harta rampasan. Tetapi sungguhpun begitu karena bukan pengaruh kebendaan itu yang mendorong mereka bertempur, mereka selalu siap disamping Nabi, memberikan dukungan, memberikan kekuatan.

Dan mereka inilah yang juga sangsi, antara harapan akan menang, dan kecemasan akan kalah. Tetapi, sungguhpun begitu, fikiran mereka selalu hendak melindungi Nabi, hendak menyelamatkannya dari tangan musuh. Mereka menyiapkan jalan baginya untuk menghubungi orang-orang yang masih tinggal di Medinah.

Suasana yang bagaimana lagi yang lebih patut dikagumi daripada ini? Iman mana lagi yang lebih menjamin akan memberikan kemenangan seperti iman yang ada ini?

MENENTUKAN NASIB 70 ORANG TAWANAN

Baginda Rasulullah s.a.w mencari kesempatan dan ruang ada untuk bertemu dua sahabat terdekatnya bagi meminta pandangan mereka berdua berhubung isu tawanan.

Abu Bakar menyatakan bahawa setiap seorang daripada mereka mengajar sepuluh anak orang Islam dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan, agar kesemua mereka hingga berjumlah 700 anak orang-orang Islam menjadi pandai dan celik ilmu, inilah juga pandangan peribadi Rasulullah s.a.w.

Walau bagaimanapun, Omar tidak bersetuju dengan pandangan itu, beliau mencadangkan agar setiap mereka itu dibunuh sahaja, kerana merekalah penyebab kepada masalah syirik dan penentangan terhadap ajaran-ajaran baginda Rasulullah kalau masih mahu mereka terus hidup.

Rasulullah tidak dapat berkata apa-apa terhadap dua pandangan yang sama sekali bercanggah antara satu sama lain, namun pada malam itu baginda menerima turunnya wahyu Ilahi agar kesemua tawanan itu dihapuskan dari muka bumi ini, kisah itu dirakan menerusi ayat 67 surah al-Anfal : "Tidak patut bagi seorang Nabi mempunyai (menyimpan) tawanan sebelim ia dapat melumpuhkan musushnya di muka bumi. Kamu mengharapkan harta benda duniawi sedangkan Allah menghendaki (pahala) akhirat untukmu. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana."

Keesokan harinya, baginda bertemu semula dengan dua orang sahabat karibnya bagi menyatakan ketegasan Allah mengenai masalah tawanan, sambil baginda menyifatkan sikap Abu Bakr seperti Nabi Nuh dan Isa dan menyifatkan sikap Omar seperti Nabi Ibrahim dan Musa yang sentiasa tegas dalam segenap tandak-tanduknya.

Akhirnya baginda Rasulullah s.a.w menyatakan arahan Allah supaya kesemua tawanan itu perlu dihapuskan daripada muaka bumi ini dengan segera sebelum berbagai-bagai tindakan lain muncul bagi melemahkan Islam dan umatnya.

MENGAPA PERANG BADAR INI BEGITU ISTIMEWA?

1) Rasulullah beserta pasukannya mengalami kemenangan meskipun hanya berjumlah 313 orang sahabat (terdiri dari 82 Muhajirin, 61 dari suku Aus dan 170 dari suku Kharaj) serta pasukan kaum muslimin hanya memiliki dua ekor kuda dan 70 ekor unta, bahkan satu ekor dinaiki sampai dua tiga orang.

2) Baginda mengadakan mesyuarat terlebih dahulu sebelum berangkat ke Badr, sesungguhnya tindakan baginda itu tidak sedikitpun mengurangkan kedudukannya sebagai seorang pemimpin tertinggi umat Islam dan perkara bagi menentukan nasib para tawanan yang berjumlah seramai 70 orang, baginda meminta pandangan dua orang sahabatnya yang terdekat iaitu Saidina Abu Bakr dan Saidina Omar Bin al-Khattab untuk menyelesaikan masalah tersebut.

3) Peranan doa yang diajarkan oleh baginda menjadi teras dan pemangkin sebelum sesuatu tindakan dibuat, ia bertujuan untuk mendapatkan keredaan dan restu Allah.

4) Walaupun menghadapi suasana getir dalam peperangan, ia sedikitpun tidak mengalang umat Islam daripada terus berpuasa, apatah lagi ia merupakan arahan Rasulullah dan pelengkap kepada rukun Islam yang lima.

5) Jumlah yang sedikit bukan ukuran untuk mudah dikalahkan, yang penting kesungguhan, keutuhan jati diri, kerjasama dan perancangan yang hebat menjadi penentu kepada sesuatu kejayaan.

6) Kepatuhan kepada arahan pimpinan yang tidak berbelah bagi dalam perkara yang tidak menyanggah agama, menjadi faktor utama keberhasilan mendapatkan kejayaan.

7) Mengetahui sumber peralatan perang pihak musuh seperti pengetahuan Nabi terhadap bilangan unta yang dimiliki tentera Quraish boleh membantu melancarkan strategi peperangan.

8) Menghantar wakil bertemu pihak musuh dari kalangan individu yang hebat seperti Saidina Hamzah, Saidina Ali boleh menggerunkan pihak musuh, kerana mereka beranggapan bahawa pihak umat Islam memiliki pasukan perang terkuat yang sukar dikalahkan.

9) Menghalakan niat dan matlamat perang menghadapi musuh adalah kerana Allah dan meninggikan syiar-syiar agama-Nya, bukan atas tujuan meraih harta dan habuan dunia yang melalaikan.

10) Cara berfikir yang bernas patut dilontarkan ketika mengadakan sesuatu perbincangan untuk mencari jalan penyelesaian seperti yang dilakukan oleh Abu Bakr dan Omar bagi menyelesaikan isu tawanan perang.

11) Sebagai seorang Nabi, baginda tidak sedkitpun rasa malu untuk menerima pandangan dari sahabatnya yang bukan bertaraf Nabi atau Rasul dalam isu-isu tertentu bagi mencari jalan penyelesaiannya.

12) Sesungguhnya banyak pengajaran positif yang perlu diambil kira oleh setiap individu muslim yang cintakan agamanya ke arah satu tahap kekuatan dalam pelbagai aktiviti harian hidup mereka.


~Zaini Hashimi~


"Khutbah Nabi SAW ~ Menyambut Bulan Ramadhan.."

"Wahai, manusia! Telah datang kepada kalian bulan Allah dengan berkah, rahmat dan maghfirah (keampunan)- Nya. Bulan paling mulia disisi Allah. Hari-harinya adalah hari yang paling utama. Malam-malamnya adalah malam yang utama. Jam demi jam adalah jam yang paling utama. Inilah bulan ketika kamu diundang menjadi tetamu Allah dan dimuliakan oleh-Nya. Di bulan ini nafas-nafasmu merupakan tasbih, tidurmu ibadah, amal-amal baikmu diterima dan doa-doamu diijabah. Bermohonlah kepada Allah Rabbmu dengan niat yang tulus dan hati yang suci agar Allah membimbingmu untuk melakukan shiyam (puasa) dan membaca kitab-Nya.

Celakalah orang yang tidak mendapat keampunan Allah di bulan yang agung ini. Kenanglah rasa lapar dan hausmu, saat kelaparan dan kehausan di Hari Kiamat. Bersedekahlah kepada kaum fuqara dan masakin. Muliakanlah orang tuamu. Sayangilah yang muda. Sambungkanlah tali persaudaraanmu. Jaga lidahmu. Tahan pandanganmu dari apa yang tidak halal kamu memandangnya, dan pendengaranmu dari apa yang tidak halal kamu mendengarnya. Kasihilah anak yatim nescaya anak-anakmu dikasihi manusia.


Bertaubatlah kamu kepada Allah dari dosa-dosamu. Angkatlah tangan-tanganmu untuk berdoa pada waktu-waktu solatmu, kerana itulah saat-saat utama ketika Allah 'Azza Wa Jalla memandang hamba-hamba- Nya dengan penuh kasih; Dia menjawab mereka ketika mereka memanggil-Nya dan mengabulkan mereka ketika mereka berdoa kepada-Nya.

Wahai manusia! Sesungguhnya dirimu tergadai kerana amalmu, maka bebaskanlah dengan istighfar. Punggungmu berat kerana dosamu, maka ringankanlah dengan sujudmu. Ketahuilah! Allah Taala bersumpah dengan segala kebesaran-Nya bahawa Dia tidak akan mengazab orang-orang yang solat dan sujud, dan tidak akan mengancam mereka dengan neraka pada hari manusia berdiri di hadapan Rabbul 'Alamin.

Wahai manusia ! Barang siapa di antaramu memberi makanan berbuka kepada orang-orang mukmin yang berpuasa di bulan ini, maka di sisi Allah nilainya sama dengan membebaskan seorang budak, dan ia diberi ampunan atas dosa-dosa yang lalu."

Sahabat-sahabat bertanya: "Ya Rasulullah! Tidaklah kami semua mampu berbuat demikian."

Rasulullah meneruskan: "Jagalah dirimu dari api neraka, walaupun hanya dengan seteguk air. Wahai manusia! Siapa yang memperelokkan akhlaknya pada bulan ini akan berhasil melepasi shirat (jambatan menuju syurga) pada hari ketika kaki-kaki tergelincir. Siapa yang meringankan pekerjaan orang-orang yang dimiliki tangan kanannya (pegawai atau pembantu) di bulan ini, Allah akan memudahkan pemeriksaan- Nya di Hari Kiamat.

Barang siapa menahan keburukannya di bulan ini, Allah akan menahan murka-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Barang siapa memuliakan anak yatim di bulan ini, Allah akan memuliakannya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Barang siapa menyambungkan silaturahim di bulan ini, Allah akan menghubungkan dia dengan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Barang siapa memutuskan kekeluargaan di bulan ini, Allah akan memutuskan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya.

Barang siapa melakukan solat sunat di bulan ini, Allah akan menuliskan baginya kebebasan dari neraka. Barang siapa melakukan solat fardhu, baginya ganjaran seperti melakukan 70 solat fardhu di bulan lainnya. Barang siapa memperbanyak selawat di bulan ini, Allah akan memberatkan timbangan amal baiknya pada hari ketika timbangan yang lain ringan. Barang siapa di bulan ini membaca satu ayat Al-Quran, sama nilainya dengan mengkhatam Al-Quran pada bulan yang lain.

Wahai manusia ! Sesungguhnya pintu-pintu syurga dibukakan bagimu, maka mintalah kepada Tuhanmu agar Dia tidak akan menutupnya lagi. Pintu-pintu neraka tertutup, maka mohonkan kepada Tuhanmu agar Dia tidak akan membukanya bagimu. Syaitan-syaitan terbelenggu, maka bermohonlah kepada Tuhanmu agar mereka tidak lagi menguasaimu. "

Ali ibn Thalib ra berkata: "Saya bertanya ya Rasullullah, apakah amal (perbuatan) yang terbaik dalam bulan ini?"

Baginda menjawab: "Wahai Abu Hasan, amal yang terbaik dalam bulan ini ialah menjauhkan diri dari apa yang dilarang Allah."

~halaqah~


Thursday, August 20, 2009

"Salam Ramadhan al-Mubarak.."




Gunakan Nikmat Ramadhan Pada Kali Ini Dengan Sebaik Mungkin..InsyaAllah..Semoga Segala Amalan Kita DiBerkati Dan DiLimpahkan Gandaan Pahala Oleh Allah SWT..Aminn..


"BAKKEM & Ramadhan al-Mubarak.. "


"MAJLIS BERBUKA PUASA
&
PENYAMPAIAN SUMBANGAN KEBAJIKAN
KEPADA
ASNAF-ASNAF YANG TERLIBAT
SEKITAR BEBERAPA MUKIM
DI DALAM DAERAH TEMERLOH
PAHANG DARUL MAKMUR.."

Tarikh ~ 30 Ogos 2009 (Ahad)
Masa ~ 6.00 Petang
Tempat ~ Baitul Marwan..
Kehadiran ~Penduduk Kg.Paya Keladan
Temerloh Pahang
&
Asnaf-asnaf Yang Terlibat.

*Kehadiran Bagi AJK Tadbir
&
Seluruh Warga BAKKEM Adalah Diwajibkan
Bagi Melancarkan Perjalanan Majlis.

~Harap Maklum~

Hari Sabtu AJK Tadbir Harus Berada Di Baitul Marwan untuk bersama-sama melakukan persiapan akhir menjelang program tersebut..



"Panduan Solat Tarawih..."

SOLAT TARAWIH

'Tarawih' ertinya beristirehat. Ia dikerjakan selepas solat isyak sehingga menjelang fajar. Solat Tarawih ini hanya dilakukan pada Bulan Ramadhan dan boleh dilakukan sama ada secara individu atau secara berjamaah. Bilangan rakaat yang dilakukan biasanya 8 rakaat dengan 3 witir atau 20 rakaat dengan 3 witir.

Sabda Rasulullah SAW :

كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يرغب في قيام رمضان من غير أن يأمر فيه بعزيمة فيقول ، من قام

رمضان إيمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه .

Maksudnya : “Adalah Rasulullah s.a.w menganjurkan untuk mengerjakan solat pada malam bulan Ramadan tetapi tidak mewajibkannya. Baginda bersabda barang siapa bangun pada bulan Ramadan (mengerjakan solat tarawih) dengan rasa iman dan mengharapkan keredhaan Allah maka diampunilah dosa-dosanya yang telah lalu”.

Cara mengerjakan solat tarawih ialah dengan melakukan 2 rakaat demi 2 rakaat.

NIATNYA:

أُصَلِّي سُنَّةَ التَّرَاوِيْحِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى

Maksudnya : Sahaja aku menunaikan solat Terawih 2 rakaat kerana Allah Taala.

~ResipiRahsiaku~



"Panduan Ibadat Puasa Di Bulan Ramadhan al-Mubarak.."

"Hai orang-orang yang beriman! Diwajibkan kepadamu mengerjakan puasa, sebagaimana telah diwajibkan kepada orang-orang terdahulu dari kamu, supaya kamu terpelihara dari kejahatan." (surah Al Baqarah: 183)

Di dalam Islam, puasa termasuk di antara ibadat-ibadat yang mendidik jasmani dan rohani. Menurut Syarak, puasa ialah meninggalkan makan, minum, merokok dan segala yang membatalkannya dari terbit fajar sadik hingga terbenam matahari.

Dari segi rohani, puasa akan mendidik jiwa manusia bersifat sabar, sanggup menghadapi kesukaran dan penderitaan untuk meningkatkan nilai rohani manusia.

Dengan berpuasa seseorang dapat melatih dan mendidik diri untuk mengatasi kebiasaan dan menolongnya menguasai jasmaninya serta melengkapkan diri dalam menghadapi kerumitan-kerumitan dan krisis-krisis di dalam kehidupan seseorang.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda yang bermaksud: "Kami kaum yang tidak akan makan kecuali lapar dan apabila makan, kami tidak makan hingga kenyang."

SYARAT-SYARAT WAJIB PUASA

Orang-orang yang wajib mengerja-kan puasa Ramadan adalah seperti berikut:

1. Beragama Islam.

2. Sudah cukup umur (baligh).

3. Berakal; orang gila tidak wajib.

4. Berdaya mengerjakannya.

5. Bermukim (tinggal tetap dalam negeri).

SYARAT-SYARAT SAH PUASA

Seseorang yang ingin mengerjakan puasa sama ada puasa Ramadan atau puasa-puasa sunat mestilah melengkapi syarat-syarat yang berikut:

1. Beragama Islam

2. Berakal bukan gila.

3. Mumaiyiz (Kanak-kanak yang dapat membezakan antara baik dan buruk iaitu berumur di antara 6 dan 7 tahun).

4. Suci dari haidh, nifas dan wiladah bagi orang-orang perempuan

5. Hari-hari yang dibolehkan berpuasa padanya.

HARI-HARI YANG DILARANG BERPUASA:

a. 1 Syawal (Hari Raya AidilFitri).

b. 10 Zulhijjah (Hari Raya Aidiladha).

c. 11, 12, 13 Zulhijjah.

d. 30 Syaaban.

RUKUN PUASA

Niat Puasa

Niat puasa boleh dibaca di dalam bahasa yang difahami oleh seseorang Muslim itu.

"Sengaja aku berniat puasa esok hari untuk menunaikan fardu Ramadan tahun ini kerana Allah Taala."

PERKARA-PERKARA MEMBATALKAN PUASA :

1. Memasukkan sesuatu benda ke dalam rongga badan yang terbuka dengan sengaja. Makan, minum, merokok membatalkan puasa.

2. Muntah dengan sengaja; muntah yang tidak dengan sengaja tidak membatalkan puasa.

3. Mengeluarkan air mani.

4. Melakukan jimak (hubungan jenis) pada siang hari.

5. Kedatangan haidh, nifas atau wiladah.

6. Menjadi gila.

7. Pitam sepanjang hari.

8. Mabuk sepanjang hari.

9. Murtad iaitu keluar dari agama Islam.

SUNAT PUASA

1) Makan sahur walaupun sedikit.

Riwayat dari Annas, katanya Rasulullah saw bersabda:

"Bersahurlah kamu, kerana bersahur itu ada berkatnya." (Riwayat Bukhari dan Muslim) Rasulullah SAW telah bersabda: "Makanlah sahur kerana ia menolong menguatkan kamu berpuasa pada siang hari."

2) Melambatkan makan sahur, tetapi janganlah hingga terbit fajar Riwayat dari Abi Dzar ujarnya: "Sentiasalah umatku dalam kebajikan selama mereka melambatkan sahur dan mencepatkan berbuka."

3) Menyegerakan berbuka puasa Abi Zar meriwayatkan:

"Bahawa Nabi saw pernah bersabda: Umatku akan tetap segar-bugar, selama mereka melambatkan makan sahur dan berbuka dengan segera."

4) Berbuka dengan buah tamar atau air sejuk.

Diriwayatkan dari Annas:

"Rasulullah saw berbuka sebelum solat dengan rutab (korma mengkal) kalau tidak ada. Baginda berbuka dengan tamar (korma biasa) dan jika tidak ada tamar Baginda minum dengan beberapa teguk air."

MAKRUH PUASA

1)Merasa makanan dengan lidah Bergurau senda dengan isteri

2)Menggosok gigi selepas tergelincir matahari

3)Berkumur-kumur berlebihan

4)Mengulum sesuatu benda.

~ResepiRahsiaku~


Tuesday, August 18, 2009

"I've Learned..."

"I've learned that no matter what happens, or how bad it seems today, life does go on, and it will be better tomorrow."

"I've learned that regardless of your relationship with your parents, you'll miss them when they're gone from your life."

"I've learned that making a "living" is not the same thing as "making a life."

"I've learned that life sometimes gives you a second chance."

"I've learned that you shouldn't go through life with a catcher's mitt on both hands; you need to be able to throw some things back."

"I've learned that whenever I decide something with an open heart, I usually make the right decision."

"I've learned that even when I have pains, I don't have to be one."

"I've learned that every day you should reach out and touch someone. People love a warm hug, or just a friendly pat on the back."

"I've learned that I still have a lot to learn."

"I've learned that people will forget what you said, people will forget what you did, but people will never forget how you made them feel."

~mesra...~


Wednesday, August 12, 2009

"Doa Dan Pengharapan.."



Dalam menanti kedatangan Ramadhan al-Mubarak, teruskan amalan-amalan baik kita di Bulan Syaaban..Semoga Allah menerima segala amalan kita...Aminn..

"Perihal Lapar & Haus.."




Kat Dunia, kalau lapar boleh makan apa saja sampai kenyang, kalau haus, boleh minum sepuasnya..tapi di Akhirat kalau lapar..., kalau haus?? Nau'zubillahhi min Zalik..Justeru,sama-samalah kita banyakkan amal ibadat, semoga dijauhkan (kelaparan dan kehausan) itu di Akhirat kelak..InsyaAllah..Aminn..



"Doa Syifa'..."~Hapuskan Segala Penyakit Dengan Izin Allah.."



Amalkan Sentiasa Doa Syifa', Agar Kesihatan Diri Terpelihara Dengan Izin-Nya..InsyaAllah..Jauhi Perkara-perkara Yang Boleh Mendatangkan Mudarat Kepada Tubuh Badan Kita..Nikmat Kesihatan Adalah Anugerah Yang Tidak Ternilai...


Monday, August 10, 2009

"Renungan.."

"Enam perkara yang dipandang asing di enam tempat iaitu :

1- Masjid adalah asing di kalangan orang-orang yang tidak sembahyang di dalamnya.

2- Al-Quran adalah asing di rumah orang-orang yang tidak mahu membacanya.

3- Al-Quran juga adalah asing di dalam hati orang-orang yang fasik (iaitu orang-orang yang tidak mahu mengamalkan isinya).

4- Seorang muslimah yang soleh dipandang asing di sisi lelaki yang zalim, yang buruk perangainya.

5- Lelaki muslim yang soleh adalah asing di samping perempuan yang hina, yang buruk akhlaknya.

6- Dan orang alim adalah asing dikalangan kaum yang tidak mahu mendengar nasihatnya."

~halaqah.net~

"Sayangi & Hargai Ulamak Selaku Pewaris Nabi.."

“Sesungguhnya ulama adalah pewaris para Nabi. Sungguh para Nabi tidak mewariskan dinar dan dirham. Sungguh mereka hanya mewariskan ilmu maka barangsiapa mengambil warisan tersebut ia telah mengambil bahagian yang banyak.”
(Riwayat Tirmizi, Ahmad, Abu Daud dan Ibnu Majah. Disahihkan oleh Al-Albani)

“Alangkah indah diri dapat berdamping dengan para ulama sentiasa. Meneguk rasa manis bersama Allah setiap saat.”
(Ibnu Mubarak)

“Dan demikian (pula) di antara manusia, binatang-binatang melata dan binatang-binatang ternak ada yang bermacam-macam warnanya (dan jenisnya). Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hambaNya, hanyalah ulama. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.”(Fathir: 28)

“Wahai anakku, duduklah dengan para ulama dan rapatkanlah lututmu dengan mereka kerana Allah akan menghidupkan hati dengan cahaya hikmah sebagaimana Allah akan menghidupkan tanah yang gersang dengan curahan air hujan dari langit."
(Luqmanul Haqim)

“Aku cinta kepada orang-orang soleh padahal aku bukan termasuk dari golongan mereka. Barangkali aku boleh dapat syafaat dari mereka. Aku benci kepada orang-orang yang perdagangannya adalah maksiat-maksiat kepada Allah SWT. Walaupun barang-barang dagangan kita sama.”
(Imam Syafie)

“Sesungguhnya memandang wajah ulama dan orang-orang soleh adalah ibadah.”
(Imam Al-Ghazali)

-ibnu muslim-halaqah.net

"H1N1 Satu Peringatan Daripada Allah SWT Kepada Ummat Manusia.."!!

Akhir-akhir ini kita dikejutkan dengan suatu virus yang digeruni oleh semua masyrakat dunia. Belum pun hilang penyakit selsema burung kini tiba wabak yang amat menggerunkan dunia. Wabak yang yang diberi nama Influenza A (H1N1) atau nama kormeselnya Selsema Babi itu mula dikesan di Mexico sejak Mac lalu. Wabak ini dilihat sebagai suatu pembunuh yang amat digeruni dan ditakuti oleh semua masyarakat dunia kerana hampir 100 nyawa telah melayang dan kira-kira 10,000 orang di seluruh dunia telah dijangkiti.

Melihat kepada penularan wabak tersebut,semua pihak telah tampil bagi sama-sama mencari jalan penyelesaian menghapuskan wabak yang digeruni ramai itu.walau bagaimanapun, usaha yang telah dilakukan setakat ini belum mencapai kejayaan berikutan meningkatnya kes sehari demi sehari.

Dimana kehebatan Negara Amerika Syarikat yang dulu tersohor dengan kecanggihan teknolgi dan peralatannya? Dimana pula senjata-senjata yang canggih yang dapat mengesan pengganas sedangkan Negara mereka turut menjadi mangsa. Tidakkah kamu sedari bahawa itu merupakan tentera Allah yang diutuskan tanpa mengunakan senjata? Tidakkah kalian mengetahui bahawa virus yang cukup kecil dan tidak dapat dikesan oleh pancaindera itu lebih canggih jika dibandingkan dengan senjata Amerika dan sekutunya? Buktinya, sehingga kehari ini mereka masih lagi mencari vaksin pencegahan penyakit tersebut.

Sedarlah wahai ummat manusia bahawa segala penyakit itu adalah teguran dari pada Allah agar manusia sedar akan kesilapan yang mereka lakukan. Justeru,apakah kesilapan yang dapat kita lihat ekoran dari penyakit tersebut? Disebabkan penularan wabak tersebut berjuta-juta babi telah dibunuh dan ekoran daripada itu juga orang yang gemar memakan daging babi turut tersentak dan yang peliknya tiba-tiba mengharamkan seketika untuk diri mereka. Bilakah daging babi ini diharamkan?adakah disebabkan penularan wabak tersebut sahaja baru ia diharamkan dan apabila hilang segala penyakit tersebut ianya menjadi halal semula?Adakah mereka masih tidak mahu menggunakan akal atau sememangnya mereka tidak berakal!!

Sedarilah wahai ummat manusia sekalian bahawa Allah s.w.t sendiri telah mengharamkan binatang tersebut melalui beberapa ayat yang terdapat di dalam al-Quran yang antara lainnya mengharamkan manusia memakan bangkai, darah, dan daging babi. Fakta ini telah dirakamkan dalam ayat-ayat berikut :

a. Surah Al Baqarah (2) : 173
Maksudnya : Sesungguhnya Dia hanya mengharamkan atasmu bangkai,darah,daging babi,dan daging hiawan yang disembelih dengan menyebut nama selain Allah…..

b. Surah Al Maa'idah (5) : 3
Maksudnya : Diharamkan bagimu memakan bangkai,darah, daging babi an daging haiwan yang disembelih bukan atas nama Allah….

c. Surah Al An `Aam (6) : 145
Maksudnya : Katakanlah “tidak ku dapati didalam apa yang diwahyukan kepadaku sesuatu yang yang diharamkan memakannya bagi yang ingin memakannya kecuali daging haiwan yang mati(bangkai),darah yang mengalir,daging babi.sesungguhnya semua itu kotor-atau haiwan yang disembelih bukan atas nama Allah…

d. Surah An Nahl (16) : 115
Maksudnya : Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan atasmu bangkai,darah,daging babi dan haiwan yang disembelih dengan menyebut nama selain Allah…

Masihkah kalian mengigati penyakit Japaneese Enchephalitis (JE) yang melanda masyrakat Malaysia? pada ketika itu semua mata telah terbuka dan babi telah diharamkan sementara. Ekoran dari kejadian tersebut permintaan pasaran babi hampir pupus dan banyak ladang-ladang babi yang telah ditutup. Tidakkah ini suatu bencana yang mengancam manusia hasil dari babi? Namun, kejadian ini hanya memberi sedikit pengajaran kepada manusia dan setelah wabak tersebut pulih,manusia kembali memakannya. Inilah hakikat seorang manusia,hanya insaf bila dikenakan dan ditunjukkan sesuatu bencana. Apabila jauh dari bencana mereka akan kembali melupakan teguran Allah s.w.t. Tidakkah mereka ini sama dengan orang-orang kafir pada zaman jahiliah dahulu? Mereka (orang-orang munafik dan golongan kafir) sentiasa meminta bukti berkaitan keesaan Allah s.w.t dan apabila diberikan bukti mereka beriman hanya seketika bahkan ada yang langsung tidak beriman. mereka juga dikenakan bala dan apabila dihilangkan bala tersebut mereka kembali kufur.

Mungkin kalian sudah lupa dengan kejadian tersebut kerana ia sudah lama meninggalkan kita. Namun, masihkah kalian ingat bencana tsunami yang melanda kita pada 26 Disember 2004 yang lalu?bagaimana pula dengan penyakit Japaneese Enchephalitis (JE) yang saya sebutkan tadi? Belum cukup dengan itu selsema burung pula melanda. emm..bagaimana pula dengan bencana tanah runtuh dan gempa bumi? tidakkah ianya telah memberi pengajaran kepada kita? Mungkin ada yang mengatakan itu semua sunnatullah dan lumrah alam. Namun, saya tetap mengatakan ianya merupakan teguran dari Allah s.w.t

Saya masih ingat lagi mangsa yang terselamat dari bencana tsunami mengatakan bahawa peristiwa tersebut seolah-olah bagaikan peristiwa qiamat yang melanda. Maka pada ketika itu ramai yang telah insaf dan bertaubat kepada Allah. Namun,setelah dua minggu berlalu pelbagai maksiat diteruskan dan dosa-dosa lama dikakukan kembali. Maka, adakah ini merupakan ejekan kepada Allah s.w.t? kalu benar lah begitu maka,inilah suatu perbuatan yang amat jelek sekali. Cuba anda bayangkan sekiranya ibu bapa di ejek dan dipersendakan oleh anak-anak mereka dalam sesuatu hal setelah si ibu @ bapa memberi teguran. Maka, tidakkah ibu bapa tersebut akan marah terhadap kelakuan tersebut? Oleh yang demikian, bagaimana pula persendaan itu di persembahkan kepada Allah yang menciptakan kalian? apakah kiranya kalian terfikir Allah tidak marah?

Justeru,mengapa manusia pada hari ini masih tidak mahu mengambil pengajaran?adakah mereka tidak mempunyai akal fikiran? Tidakkah mereka mahu mengambil pengajaran dari ummat-ummat terdahulu atau mereka mahu bala atau bencana tersebut terkena pada diri mereka dan ahli keluarga mereka barulah mereka mahu menyedarinya? Jaganlah kita menjadi seperti firaun dan pengikutnya yang mengaku beriman semasa ditenggelami air laut.. Janganlah pula kita menjadi seperti anak dan isteri nabi Nuh yang dalam keadaan nyawa-nyawa ikan pun masih lagi tidak mahu beriman. Tidakkah kisah tersebut memberi pengajaran kepada kita?kisah-kisah yang telah diceritakan oleh Allah melalui kitabNya bukanlah bertujuan untuk dibaca dan dibuat perhiasan semata-mata bahkan ianya menjadi petunjuk dan pengajaran kepada kita yang mempunyai akal untuk memikirkan dan membuat pertimbangan berdasarkan peristiwa yang telahpun berlaku.

Sebagaimana firman Allah di dalam Surah al-Qasas (28): 43

Maksudnya : Dan sesungguhnya telah kami berikan kepada musa kitab (taurat) setelah kami binasakan ummat-ummat terdahulu untuk menjadi pelita bagi manusia dan petunjuk serta rahmat agar mereka mendapat pelajaran..

Sedarlah wahai saudaraku sekalian,kejadian yang menimpa kita pada hri ini adalah suatu teguran dari Allah s.w.t yang mana bukan ditujukan hanya kepada orang kafir sahaja bahkan kepada kita yang mengaku beriman kepadaNya. Dengan berlakunya kejadian tersebut maka, dapatlah kita ketahui rupanya Allah s.w.t masih sayang pada kita semua dan mahukan kita kembali ke jalanNya, dan bagi golngan kafir itulah teguran Allah untuk menjauhi haiwan haram tersebut.

Perlu diingatkan sekali lagi…Seandainya wabak @ virus ini dihilangkah oleh Allah s.w.t dan kita aman dari segala penyakit yang berbahaya ini, maka bersyukurlah dan jangan sekali-kali kita mengundang semula kemarahan Allah terhadap kita. Ingat!!apabila kita mencabar Allah maka Allah tidak segan silu untuk menurunkan bala bencana dan apa yang dibimbangi ianya mengenai semua ummat tanpa dipilih kasih.


~Ahmad Tarmizi Mohd Arifin~idhamlim

Sunday, August 09, 2009

"Kisah Malaikat Jibril Dan Malaikat Mikail Menangis.."

Dalam sebuah kitab karangan Imam al-Ghazali menyebutkan bahawa iblis itu sesungguhnya namanya disebut sebagai al-Abid (ahli ibadah) pada langit yang pertama, pada langit yang keduanya disebut az-Zahid. Pada langit ketiga, namanya disebut al- Arif. Pada langit keempat, namanya adalah al-Wali. Pada langit kelima, namanya disebut at-Taqi. Pada langit keenam namanya disebut al-Kazin. Pada langit ke tujuh namanya disebut Azazil manakala dalam Luh Mahfudz, namanya ialah iblis.

Dia (iblis) lupa akibat urusannya. Maka Allah S.W.T telah memerintahkannya sujud kepada Adam. Lalu iblis berkata, "Adakah Engkau mengutamakannya daripada aku, sedangkan aku lebih baik daripadanya. Engkau jadikan aku daripada api dan Engkau jadikan Adam daripada tanah."

Lalu Allah S.W.T berfirman yang maksudnya, "Aku membuat apa yang aku kehendaki." Oleh kerana iblis memandang dirinya penuh keagungan, maka dia enggan sujud kepada Adam A.S kerana bangga dan sombong.

Dia berdiri tegak sampai saatnya malaikat bersujud dalam waktu yang berlalu. Ketika para malaikat mengangkat kepala mereka, mereka mendapati iblis tidak sujud sedang mereka telah selesai sujud. Maka para malaikat bersujud lagi bagi kali kedua kerana bersyukur, tetapi iblis tetap angkuh dan enggan sujud. Dia berdiri tegak dan memaling dari para malaikat yang sedang bersujud. Dia tidak ingin mengikut mereka dan tidak pula dia merasa menyesal atas keengganannya.

Kemudian Allah S.W.T merubahkan mukanya pada asalnya yang sangat indah cemerlangan kepada bentuk seperti babi hutan. Allah S.W.T membentukkan kepalanya seperti kepala unta, dadanya seperti daging yang menonjol di atas punggung, wajah yang ada di antara dada dan kepala itu seperti wajah kera, kedua matanya terbelah pada sepanjang permukaan wajahnya. Lubang hidungnya terbuka seperti cerek tukang bekam, kedua bibirnya seperti bibir lembu, taringnya keluar seperti taring babi hutan dan janggut terdapat sebanyak tujuh helai.

Setelah itu, lalu Allah mengusirnya dari syurga, bahkan dari langit, dari bumi dan ke beberapa jazirah. Dia tidak akan masuk ke bumi melainkan dengan cara sembunyi. Allah S.W.T melaknatinya sehingga ke hari kiamat kerana dia menjadi kafir. Walaupun iblis itu pada sebelumnya sangat indah cemerlang rupanya, mempunyai sayap empat, banyak ilmu, banyak ibadah serta menjadi kebanggaan para malaikat dan pemukanya, dan dia juga pemimpin para malaikat karubiyin dan banyak lagi, tetapi semua itu tidak menjadi jaminan sama sekali baginya.

Ketika Allah S.W.T membalas tipu daya iblis, maka menangislah Jibril A.S dan Mikail. Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud, "Apakah yang membuat kamu menangis?" Lalu mereka menjawab, "Ya Allah! Kami tidaklah aman dari tipu dayamu."

Firman Allah bagi bermaksud, "Begitulah aku. Jadilah engkau berdua tidak aman dari tipu dayaku."

Setelah diusir, maka iblis pun berkata, "Ya Tuhanku, Engkau telah mengusir aku dari Syurga disebabkan Adam, dan aku tidak menguasainya melainkan dengan penguasaan-Mu."

Lalu Allah berfirman yang bermaksud, "Engkau dikuasakan atas dia, yakni atas anak cucunya, sebab para nabi adalah maksum."

Berkata lagi iblis, "Tambahkanlah lagi untukku." Allah berfirman yang maksudnya, "Tidak akan dilahirkan seorang anak baginya kecuali tentu dilahirkan untukmu dua padanya."

Berkata iblis lagi, "Tambahkanlah lagi untukku." Lalu Allah berfirman dengan maksud, "Dada-dada mereka adalah rumahmu, engkau berjalan di sana sejalan dengan peredaran darah."

Berkata iblis lagi, "Tambahkanlah lagi untukku." Maka Allah berfirman lagi yang bermaksud, "Dan kerahkanlah terhadap mereka pasukan berkuda dan pasukan yang berjalan kaki, ertinya mintalah tolong menghadapi mereka dengan pembantu-pembantumu, baik yang naik kuda mahupun yang berjalan kaki. Dan berserikatlah dengan mereka pada harta, iaitu mendorong mereka mengusahakannya dan mengarahkannya ke dalam haram."

"Dan pada anak-anak, iaitu dengan menganjurkan mereka dalam membuat perantara mendapat anak dengan cara yang dilarang, seperti melakukan senggama dalam masa haid, berbuat perkara-perkara syirik mengenai anak-anak itu dengan memberi nama mereka Abdul Uzza, menyesatkan mereka dengan cara mendorong ke arah agama yang batil, mata pencarian yang tercela dan perbuatan- perbuatan yang jahat dan berjanjilah mereka." (Hal ini ada disebutkan dalam surah al-Isra ayat 64 yang bermaksud : "Gerakkanlah orang yang engkau kuasai di antara mereka dengan suara engkau dan kerahkanlah kepada mereka tentera engkau yang berkuda dan yang berjalan kaki dan serikanlah mereka pada harta dan anak-anak dan berjanjilah kepada mereka. Tak ada yang dijanjikan iblis kepada mereka melainkan (semata-mata) tipuan."

~harmoni~

"10 Jenis Solat Yang Tidak Diterima Oleh Allah S.W.T.."

Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barang siapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim)

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :

1.Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.

2.Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3.Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.

4.Orang lelaki yang melarikan diri.

5.Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).

6.Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.

7.Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.

8.Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.

9.Orang-orang yang suka makan riba'.

10.Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah."

Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."

~harmoni~

"Peranan dan Komplikasi Batuk..."

Batuk adalah masalah kesihatan biasa. Namun, jika berpanjangan tentu saja meresahkan kerana mungkin ia memang batuk atau simptom kepada masalah lain seperti barah paru-paru.Batuk secara umum mudah ditangani. Dengan makan ubat mengikut jadual, segala-galanya akan kembali seperti biasa.

Batuk adalah tindakan bagi menjernihkan pernafasan dan tekak. Walaupun ada kalanya agak menyusahkan sebenarnya ia juga berperanan melindungi tubuh dan sebahagian daripada proses penyembuhan.

Peranan Batuk

Batuk berperanan menyingkirkan mukus, habuk dan debu daripada laluan pernafasan. Punca utama batuk umumnya ialah keradangan saluran pernafasan atas. Kerap kali berpunca daripada jangkitan virus atau peningkatan pengeluaran mukus kerana selsema. Apabila merebak ke bahagian pernafasan bawah, ia akan menyebabkan batuk.

Batuk boleh dibahagikan kepada dua, iaitu batuk produktif dan batuk tidak produktif. Batuk produktif menghasilkan mukus yang mungkin sudah kering di belakang tekak yang datang daripada sinus atau mungkin paru-paru.

Justeru, batuk produktif berperanan menjernihkan mukus daripada paru-paru. Selalunya batuk jenis ini berpunca daripada jangkitan virus, masalah asid perut, cecair daripada bahagian hidung yang masuk ke tekak atau merokok.

Batuk tidak produktif selalunya batuk yang kering dan tidak menghasilkan mukus. Batuk jenis ini terjadi kerana jangkitan virus, alahan, penggunaan alat kawalan tekanan darah tinggi atau jantung atau lelah.

Komplikasi Batuk

Batuk tanpa disedari membawa komplikasi tertentu terutama jika seseorang itu memang berhadapan dengan masalah kesihatan lain. Ia juga meletihkan kerana batuk memerlukan tenaga dan mengganggu tidur. Batuk yang tidak dapat dikawal mungkin boleh menyebabkan beberapa keadaan, antaranya :

# Menjejaskan luka pembedahan
# Menjejaskan fungsi kateter yang dipasang pada badan pesakit
# Bengkak pada otot kerana kerap batuk
# Menyebabkan masalah kencing
# Menyebabkan masalah neurologi seperti pening, sakit kepala atau strok

Banyak ubat batuk di pasaran yang boleh mengawal batuk jika ia bukan simptom penyakit kronik. Dapatkan nasihat doktor dan pastikan ubat yang diberi dihabiskan dalam waktu yang ditentukan.

~amar~idhamlim

Monday, August 03, 2009




Ukhuwwah yang terbina persis sekuntum bunga yang mekar..bunga hendaklah dijaga dengan baik untuk mengekalkan kecantikannya supaya ia tidak layu dengan menyiram air dan meletakkan baja..Justeru ukhuwwah hendaklah sentiasa dipupuk agar jalinan tidak terurai sekaligus tidak melemahkan sesebuah institusi keluarga mahupun ummah..

"Bulan Syaaban.."




Bulan Syaaban adalah bulan untuk kita muhasabah diri dan mempertingkatkan amalan kita sebagai persediaan menghadapi Ramadhan al-Mubarak yang bakal menjelang.

"Saidatina Khadijah sumber kekuatan Rasulullah.."

Isteri Rasulullah SAW, Saidatina Khadijah binti Khuwailid ialah wanita pertama beriman kepada Allah dan rasul-Nya. Beliau banyak membantu dan mengukuhkan tekad, Nabi Muhammad dalam melaksanakan risalah dakwah Islamiah. Beliau sentiasa berusaha meringankan kepedihan hati dan menghilangkan keletihan serta penderitaan suaminya dalam berdakwah.Inilah keistimewaan dan keutamaan Khadijah dalam sejarah perjuangan Islam. Beliau adalah sumber kekuatan di belakang Rasulullah.


Rasulullah ketika menceritakan keperibadian Khadijah bersabda, maksudnya: “Demi Allah, tidak ada ganti yang lebih baik daripada dia, yang beriman kepadaku saat semua orang ingkar, yang percaya kepadaku ketika semua mendustakan, yang mengorbankan semua hartanya saat semua berusaha mempertahankannya dan... daripadanyalah aku mendapatkan keturunan.”

Siti Khadijah berasal daripada keturunan terhormat serta terkenal sebagai wanita tegas dan cerdas. Beliau adalah wanita kaya dan terkenal serta mampu hidup mewah dengan hartanya sendiri. Namun semua itu dengan rela dikorbankannya untuk memudahkan tugas suaminya. Hal ini menunjukkan beliau adalah wanita yang mendorong kemajuan pahlawan umat manusia, melindungi pejuang terbesar dalam sejarah dengan mewujudkan kedamaian dalam kehidupan suaminya. Sikap inilah yang menjadi sumber kekuatan Rasulullah sepanjang kehidupan mereka.

Sepanjang hidupnya bersama Rasulullah, Siti Khadijah setia menyertai Baginda dalam setiap peristiwa suka dan duka. Setiap kali suaminya ke Gua Hira, beliau pasti menyiapkan semua bekalan dan keperluannya. Seandainya Rasulullah agak lama tidak pulang, beliau akan meninjau untuk memastikan keselamatan Baginda.

Sekiranya Baginda khusyuk bermunajat, beliau tinggal di rumah dengan sabar sehingga Rasulullah pulang. Apabila suaminya mengadu kesusahan serta berada dalam keadaan gelisah, beliau cuba sedaya mungkin mententeram dan menghiburkannya sehingga suaminya benar-benar merasai ketenangan. Setiap ancaman dan penganiayaan dihadapi bersama. Malah dalam banyak kegiatan peribadatan Rasulullah, Siti Khadijah pasti bersama dan membantu Baginda seperti menyediakan air untuk mengambil wuduk.

Kecintaan Siti Khadijah bukanlah sekadar kecintaan kepada suami, sebaliknya jelas berlandaskan keyakinan kuat terhadap keesaan Allah. Segala pengorbanan untuk suaminya adalah ikhlas untuk mencari keredaan Allah. Allah Maha Adil dalam memberi rahmatNya. Setiap amalan yang dilaksanakan dengan penuh keikhlasan pasti mendapat ganjaran yang berkekalan.

Firman Allah bermaksud: “Barang siapa yang mengerjakan amalan soleh, baik lelaki mahupun wanita dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami berikan balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang sudah mereka kerjakan.” (Surah an-Nahl, ayat 97)

Janji Allah itu pasti benar. Kesan kesetiaan Siti Khadijah bukan sekadar menghasilkan kekuatan yang mendorong kegigihan dan perjuangan Rasulullah, malah membawa barakah besar kepada rumah tangga mereka. Anak yang lahir juga adalah soleh. Keturunan zuriat ahlulbait Rasulullah adalah insan yang sentiasa taat melaksanakan perintah Allah. Semua ini menghasilkan kekuatan yang membantu meningkatkan perjuangan Islam.


~assolehah~