Pages

21 July 2009

Ideas from Bananas, Please!

Assalamualaikum...

Ideas from bananas? Untuk pengetahuan sahabat-sahabat (ecehhh.. bahasa!), ana baru je balik from Al Manar. Maka, telah dihabiskan masa bergurau senda dengan banateanz dan belajar buat maruku dengan Chef Lah setelah mereka selesai menghabiskan ujian syafawi STAM. Tak susah sangat. 3 surah yang perlu dihafal: Ar-Rum, Luqman, As-Sajdah, 10 hadith yang antaranya pernah dihafal sebelum ni, beberapa soalan berkaitan nahu, muthalaah, dan sedikit cakap-cakap dalam bahasa Arab. Diorang?? Bantai je!

Arakian, sampai-sampai di sekolah setelah bershopping di KB Mall, banat takde! Rupa-rupanya mereka tengah rehlah kat lata tembakah, terengganu. Tinggallah form STAM yang rehlah kat Azhariah. Malam tu, Alhamdulillah, Ustazah Maryam telah selamat melahirkan seorang anak lelaki. Barakallahu Lakum! 4 orang la ek Ustaz Saufi.. Same ngan Ustaz Alwi..

Masa nak dekat balik, sempat la ana bincang dengan Asiah tentang minggu sains/reka cipta yang akan diadakan. Program ini melibatkan kerajaan Kelantan bersama Tok Guru kesayangan kita!

Tugas mereka ialah mereka cipta apa-apa sahaja daripada pokok pisang, nanas, ubi, dan satu lagi ana tak ingat. Selawat2!

Any ideas???

Ecoh kata nak buat cekodok? Ape ni ecoh! Hahaha.. Orang perah otak fikir, anti bantai cekodok lakss.. Lapar eh? Al-Maklumle, dok makan ikan je ekoran daripada Virus H1N1.

Siapa ada idea, boleh la kemukakan. =)

Sama-samalah kita mencari redha ALLAH S.W.T.

Wallahu Subhanahu Wa Ta'ala A'lam,
Wassalam.

Mukhlisah,
Nusaibah Sallehuddin.












No comments: