Amanah dari Ahli berdaftar Pbkmbs

AKTA BENDAHARI TIDAK BOLEH DIGUBAL OLEH SESIAPA PUN YANG TELAH DILANTIK MENJADI PENGERUSI PBKMBS PADA SETIAP 2 TAHUN

Perkara diatas,hendaklah dirujuk terlebih dahulu yang menyatakan akta bendahari tidak boleh diubah atau digubal dengan sengaja atau tidak sengaja.

1.Penggubalan atau pindaan akta bendahari akan menyebabkan persatuan bantuan kebajikan melayu bugis sabah akan di hentikan operasinya dengan mengadakan mesyuarat agung tanpa menunggu jangka waktu dua tahun.Akta bendahari adalah satu garis panduan yang harus dipatuhi oleh setiap Pengerusi yang mentadbir pertubuhan ini.

2.Setiap Pengerusi yang dipilih pada setiap kali mesyuarat agung iaitu setiap dua tahun sekali akan diminta untuk mengisi borang perlantikan Pengerusi sebelum memulakan tugas sebagai Pengerusi pertubuhan ini.

3.Pengerusi hanya boleh menggubal perlembagaan tertentu saja untuk pertubuhan ini dan itupun mesti mendapatkan sokongan dari semua ajk dan ahli berdaftar didalam mesyuarat agung tahunan.

4.Pengerusi yang dilantik mesti memahami dan mematuhi akta bendahari dengan penuh kesungguhan tanpa ada niat lain terhadap akaun kewangan pertubuhan ini.

5.Pengerusi tidak dibenarkan menggunakan wang persatuan dengan tujuan pelaburan, perniagaan atau apapun bentuk urusniaga tanpa mendapat kebenaran dari ajk induk pertubuhan ini.

6.Jika Pengerusi yang dilantik melanggar secara sengaja atau tidak sengaja garis panduan kerja atau akta bendahari ini,maka dengan itu dia akan dilucutkan dari jawatannya sebagai pengerusi pertubuhan ini tanpa sebarang notis pemberitahuan.

7.Akta bendahari adalah garis panduan kerja dalam Persatuan Bantuan Kebajikan Melayu Bugis Sabah untuk mencapai matlamat pertubuhan ini.Akta bendahari juga digunakan untuk tujuan mengelak dari penyalahgunaan kuasa oleh setiap ajk dalam pertubuhan ini.

8.Akta bendahari adalah satu akta yang ditetapkan dan dipersetujui oleh semua ajk dan ahli berdaftar dalam persatuan bantuan kebajikan melayu bugis sabah.

Tarikh penguatkuasaan akta bendahari:02 January 2012

Monday, May 21, 2012

NAMA ASAL PBKMBS SEBELUM DIDAFTARKAN DENGAN JPPM(ROS)

Tabung Kebajikan Warga Sabah (TKWS) yang ditubuhkan pada 2006 telah ditamatkan pada November 2009.Tabung ini banyak membantu warga Sabah yang bekerja di Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.Tabung TKWS ini bersifat tolong-menolong antara Sabahan yang ditimpa musibah seperti kematian ibu bapa,kemalangan ahli berdaftar dan juga kematian ahli.

Sumbangan berbentuk derma ikhlas hanya akan dikutip oleh AJK TKWS jika ada ahli yang benar-benar ditimpa musibah seperti yang dinyatakan dalam borang kemasukan atau ketika pendaftaran ahli dibuat.Tabung Kebajikan Warga Sabah (TKWS) mempunyai 35 orang ahli jawatankuasa dan seramai 304 orang ahli berdaftar sehingga November 2009.

TKWS ini juga banyak mengajar warga Sabah untuk saling bantu- membantu dan hormat-menghormati sesama rakyat Malaysia.Walaupun Tabung Kebajikan Warga Sabah (TKWS) ini telah pun dibubarkan Organisasinya pada November 2009,namun satu lagi Tabung Kebajikan Warga Sabah akan dilancarkan pada 10 February 2010. Tabung baru ini akan diberi nama “Bantuan Kebajikan WargaSabah”(BKWS).Bantuan kebajikan warga sabah ini akan dibuka pendaftarannya pada 01 February 2010 hari Isnin jam 8.00 pagi. 

Sila berjumpa AJK BKWS Srimuda Zon B.Warga Sabah yang bekerja sekitar Shah Alam amat dialu-alukan untuk menyertai tabung bantuan kebajikan ini demi kebaikan bersama.Yuran pendaftaran sebanyak RM 10 dan yuran keahlian untuk setahun telah ditetapkan sebanyakRM60.00(enam puluh ringgit sahaja).Pembayaran mestilah dijelaskan sepenuhnya ketika membuat pendaftaran.Pendaftaran akan dibuka selama seminggu dan tarikh tutup pendaftaran ialah pada 08 February 2010. Seminggu setelah pendaftaran ditutup pihak kami akan menghantar surat terus kepada ahli yang telah mendaftar.Dalam surat tersebut akan dilampirkan jumlah bantuan mengikut jenis kemalangan yang telah dipersetujui oleh semua ahli jawatankuasa tabung bantuan kebajikan ini.

Semua yuran keahlian yang kami terima akan dimasukkan kedalam Bank dengan menggunakan akaun bersama.Pemegang Akaun Simpanan ini terdiri dari empat orang AJK yang telah dilantik olehPengerusi Bantuan Kebajikan Warga Sabah ini.Dalam jangka masa setahun jika tidak ada kes berlaku kepada ahli BKWS ini dan ada ahli yang ingin menamatkan keahliannya maka pihak BKWS akan mengembalikan yuran keahliannya selama setahun iaitu RM60.00. Bagi ahli yang ingin meneruskan keahlian ini, maka yuran pendaftaran akan dikenakan sebanyak RM:10.00 sahaja.

Tetapi jika tabung bantuan ini telah memberi bantuan kebajikan lebih dari tiga kes maka yuran keahlian anda tidak akan dikembalikan. Kurang daripada tiga kes, separuh yuran akan dikembalikan. Pengemas kinian Akaun atau Pembentangan Akaun akan dibuat pada 08 Januari 2011 dan seminggu sebelum itu pendaftaran baru bagi tahun 2011 pula akan dibuka iaitu pada 01hb sehingga 07 Januari 2011.

Kini TKWS dan BKWS telah dibubarkan pada desember 2011 dan kini kami telah mendaftarkannya semula dengan nama baru iaitu PERSATUAN BANTUAN KEBAJIKAN MELAYU BUGIS SABAH (PBKMBS).

Sunday, May 13, 2012

Program rumah terbuka bersama anak-anak yatim sempena aidilfitri 2010

Berikut dibawah ini beberapa photo kenangan anak-anak yatim dari  Rumah Amal Anak Yatim(YPIN) dibawah naungan yayasan pembangunan insan nasional(ppm 601).Program ini atas anjuran krt taman srimuda  zon b bersama dengan ajk bantuan kebajikan melayu bugis sabah.


Ini dia setiausaha tkws 2006,bkws 2010 dan kini dikenali dengan nama pbkmbs 2012.
(Persatuan Bantuan Kebajikan Melayu Bugis Sabah)





Saturday, May 12, 2012

PBKMBS BERSAMA BIRO KEBAJIKAN KRT TSAM ZON B

 Penglibatan secara langsung Setiausaha agung persatuan bantuan kebajikan 
melayu bugis sabah dengan biro kebajikan krt taman srimuda zon b telah berjaya memberi sumbangan kepada saudara baru(mualaf)dan ibu tunggal


Photo pasukan bola sepak ajk bkws pada 2011

Photo pasukan bola sepak ajk bkws pada 2011 


 Inilah dia team Ajk persatuan ini











Mesyuarat ajk persatuan bantuan kebajikan bugis sabah

Mesyuarat ajk persatuan bantuan kebajikan bugis sabah
Tarikh: 6 mei 2012
Masa: 9:00 malam
Tempat: Dewan masyarakat Taman Sri Muda Zon B.
Kehadiran: 16 orang Ajk
Rujukan kami: bkmbs02/2012
Tujuan mesyuarat ini diadakan adaah untuk membincangkan perancangan aktiviti yang akan dijalankan dimasa akan datang.Selain dari agenda aktiviti persatuan,agenda seperti memasang banner untuk menarik ahli baru juga dibincangkan pada mesyuarat ini.Berikut ini beberapa photo yang sempat biro penerbitan persatuan ini rakamkan.