Bila sebut pasal bekam, mesti ramai yang ingat ianya perkara yang mengerikan dan mengelikan. Ada yang terfikir dan tertanya bekam ni untuk golongan tua sahaja ataupun nak kena tunggu sakit ataupun ada masalah kesihatan dulu baru buat. Tidak sebenarnya, umur yang sesuai untuk berbekam adalah pada seawal 15 tahun hingga 65 tahun. Tak perlu tunggu sakit baru nak buat bekam ni. Ayuh baca info lanjut tentang terapi berbekam

APA NI BEKAM?

    Untuk yang selalu tertanya-tanya apa itu bekam. Basically bekam ni adalah sebuah process mengeluarkan darah-darah kotor daripada badan seseorang dengan mengunakan cawan panas yang ditelungkupkan pada tempat-tempat tertentu, process pengeluaran darah kotor tersebut mengunakan alatan-alatan khusus seperti bekas plastik, kaca, tanduk dan sebagainya. Rawatan bekam ni bukan je boleh buat kat badan je, tapi kat muka pun boleh dilakukan jugak untuk sesiapa yang mempunyai masalah resdung, jerawat, kulit kusam dan rabun.

PATUT KE BUAT BEKAM?

    Sebenarnya sesiapa saja boleh buat bekam, bahkan membuat bekam ni juga merupakan salah satu sunnah. Berbekam ni jugak boleh melegakan pening kepala dan migrain, menghilangkan jerawat, licinkan kulit, masalah kulit berminyak, melegakan masalah resdung, mengurangkan stress. Kalau nak tambahkan seri muka nak bagi nampak lagi handsome pun boleh dengan berbekam ni.

SAKIT KE TAK?

    Tidak sakit, untuk pertama kali saya sudah pun try berbekam ni dekat Bekam Khalifah dan so far untuk first experience pada saya tidaklah terlalu sakit sangat. Pada mula-mula tu bila nak try memang cuak dan asyik terbayangkan darah yang disedut keluar daripada badan tapi rupa-rupanya berbekam ni ada proses yang membuatkan korang tak rasa sakit dan sebagainya.

    Antaranya sebelum korang berbekam, mereka akan periksa blood pressure dan berat badan korang juga untuk pastikan tiada komplikasi sebelum melakukan bekam pada badan korang.


BEKAM SELAMAT

    Kalau korang berminat nak try bekam kan badan korang. Jangan try bekam dekat tempat-tempat yang tak terjamin tahap kebersihan, ada juga tempat yang menawarkan bekam tapi mengunakan peralatan yang betul dan tak elok untuk diletakkan kat tubuh badan korang. Saya sarankan pastikan korang try buat bekam dekat tempat bekam yang bertauliah seperti Bekam Khalifah yang mana di kini berada dua cawangan di Pahang. Dekat sini korang boleh buat bermacam jenis bekam, dan rawatan lain seperti refleksologi, V3 Scanner(menganalisis kefungsian organ) Pekerja-pekerja dekat sini juga friendly untuk tolong korang berbekam dan  dekat sini juga akan advice korang tentang kesihatan tubuh korang. Facilities bekam kat sini sangat selesa dan cup bekam yang digunakan terjamin bersih dan sihat. Alhamdulillah saya sudah cuba dan memang confirm selesa dan selamat kat sini.


Hit: 17 Laman Asal