Saturday, August 12, 2017

Anda mahu menyelesaikan pelbagai masalah hutang dan tekanan hidup dan ingin kaya raya dalam Islam.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Anda nak tahu KUNCI kekayaan didunia ini dan akhirat ?

Anda mempunyai hutang dan sukar menyelesaiakannya ?

Anda ada keluarga tapi tak bahagia ?

Anda tidak dapat ketenangan dan sentiasa tertekan ?

TAK GUNA MERAYU DAN MENANGIS !! TAK GUNA MEMINTA MINTA KEPADA MANUSIA YANG SELALUNYA TAK SUKA MEMBANTU...

ALLAH SWT ADA !! MOHON LAH JALAN UNTUK KITA TERUS MAJU DAN MENDAPAT PENYELESAIAN DALAM HIDUP INI !!! ......

TETAPLAH BERDOA>>>

KUNCI KEKAYAAN 

ANDA INGIN KAYA DUNIA AKHIRAT !!!

Sebelum itu mari kita mengenal diri kita dulu ...
Tahukan kita semua berasal dari mana ? tentu sekali dari rahim ibumu yang melahirkan mu. Namun sebelum itu kamu dimana ?
Sebelum itu kita ada di dalam Alam Roh..Hanya Allah SWT yang maha tahu.

baiklah,,dipendekkan cerita. Sebelum kita nak dilahirkan kedunia, ROH kita telah berjanji kepada Allah SWT akan taat dan patuh kepada perintahnya dan menjadi khalifah dimuka bumi ini.

Maksud nya kita akan menjadi hamba yang taat dan tak buat ape ape kerosakan dimuka bumi Allah swt.


Ok....Lihat diri kita sekarang. Cuba tanya diri kita !
Adakah kita patuh dan taat kepada Allah Swt dan Rasul nya ?
Solat kita cukup ? 
5 Waktu cukup ? ada yang tertinggal, Sengaja atau tak sengaja tetap sama. Berdosa!
Doa kita ada minta apa yang kita mahukan ? 
Kita pernah merayu kepada Allah SWT ?
Kita buat apa yang baik dan meninggalkan ape yang dilarang ?

Baiklah...Kenapa kita perlu tanya soalan ini.... !
Kerana asal usul kita dulu pernah berjanji kepada ALLAH SWT untuk taat kepada NYA. Jadi kerana kelalaian dan kealpaan kita kita diuji oleh ALLAH SWT untuk kita kembali kepada NYA. Itulah tanda ALLAH SWT amat sayangkan dan masih memberi kita peluang untuk mengubah nasib kita dan akan menjadikan kita JUTAWAN DUNIA DAN AKHIRAT !

INGAT orang yang kaya dunia sahaja tetapi lalai dan alpa sesat jauh dari tali Allah SWT , mereka tidak solat, banyak buat maksiat, banyak buat dosa dan tak taubat..TUNGGULAH masanya tetap akan tiba...Pasti ! Janji ALLAH SWT adalah benar.

JADI apa kita perlu buat. 

No.1 Taubat
- bersihkan hati dan diri dari segala dosa. Tinggalkan dan buka buku baru.. Mulakan langkah baru HARI INI juga !!!!! ...Taubat setiap hari tak salah,..kerana Nabi Muhammad SAW juga bertaubat sentiasa sedangkan dia MAKSUM ( terpelihara ).


oklah...tentu anda tanya apa kena mengena Taubat dan nak KAYA nih, Nak bahagia nih..
Ini contoh dunia sahaja ( untuk mudah memahami)
.Jika kita hendak bertemu RAJA untuk meminta sedikit pertolongan,,,ape yang kita akan buat ?? 
Tak mungkin kita jumpa dengan pakaian yang kotor dan penuh najis serta berbau busuk  ! Mustahil..
Tentu sekali RAJA akan tidak bertemu kita atau pengawal pun dah tak benarkan masuk.

Umpama
pakaian kotor = dosa kita
Najis = Maksiat kita
Berbau busuk = solat kita tak terjaga

Jika saya bertemu anda dalam keadaan begini untuk membuat pinjaman kewangan daripada anda sebanyak RM500 sahaja. Ape tindakkan anda... ? tentu sekali tuan tak akan beri,.,,kalau beri pun sekadar iklas rm1 mungkin. Kan. Lebih teruk halau keluar...

Skrang kita sudah Faham ! Jom teruskan lagi.

No2. DOA IBU AYAH MU
Kita semua tahu doa Ibu adalah amat makbul. Mohonlah kemaafan dari mereka jika masih hidup. Mohonlah mereka doakan kejayaan dan kesenangan kita dunia akhirat.
Jika kita mampu...
Kalau berjaya adalah BONUS terbesar buat kita.

No3. SOLAT 5 WAKTU WAJIB + DOA



Kenapa pula solat ! Baiklah mari kita ketahui Solat 5 waktu adalah wajib dan perlu ditunaikan pada waktu nya. Subuh, 2-rakaat, Zohor, 4-rakaat, Asar - 4 rakaat, Maghrib - 3rakaat, Isyak - 4 Rakaat.
Solat ini adalah tiang agama dan membuktikan kita taat pada ALLAH SWT dan Rasulnya.
Jika kita tak solat ...Bagaimana Allah SWT ingin makbulkan doa kita..Nak Kaya ? Nak Senang dan Sebangai nya. 

Baiklah...mari lihat contoh ini. Kita adalah BOSS,,,ada anak buah atau pekerja,, kita suruh mereka buat kerja setiap hari dan ikut waktu kerja..Namun pekerja anda kerap cuti, selalu bersembang x buat kerja,,tak hormat pada BOSS, Lalu pun buat tak tahu...Kerja ala kadar,,,main main...BOSS nak bagi mereka gaji yang lumayan sampai rm30,000 sebulan ? nak beri mereka jawatan pegawai tertinggi dalam syarikat kita ? Tentu sekali tidak ! tentu sekali....paling tidak kena maki dan buang kerja.

SO, jadi....Allah SWT uji kita dengan SOLAT 5 WAKTU sehari....Setiap hari.
Inilah petanda hambanya ( kita ) adalah hambanya yang taat dan patuh atau tidak.
Kini anda boleh lihat ramai orang yang berserban naik turun masjib berjemaah solat fardu.
Jangan pelik inilah hikmah ALLAH swt. Kita yang kerja dan berkerja macam orang gila dan tak berhenti solat pun.. sampai malam kerja lagi ada ker kita dapat kemewahan dan ketenangan hidup.
Kalau dapat pun kita lihat....ada keberkatan tak..? hati kita tenang tak ?

JOM SOLAT 5 WAKTU JANGAN TINGGAL UMPAMA NAFAS KITA ....BOLEH tinggal tak perlu bernafas. BERHENTI solat pada waktunya...lebih baik.

+DOA
Lepas Solat Berdoalah - Mohon pada ALLAH swt apa yang kita inginkan..bahasa Melayu ka, bahasa English ka, Bahasa Arab ka,.,.ikut kita..janji kita berdoa dan minta pada Allah swt terus,.
Jika kita ingin jadi Jutawan ia amat mudah bagi Allah SWT..( hartanya , kekayaannya melampaui ape yang ada didunia ini, memiliki sepenuhnya kekayaan)
Jika kita ingin ape pun bukan perkara yang mustahil bagi Allah SWT. Cuma janganlah mencuba untuk meminta hidupkan orang yang telah mati. ( siapa kita yang mampu meminta hal sedemikian)
Hanya Nabi dan Rasul dapat berdoa meminta sesuatu yang diluar logik fikiran manusia biasa. Tetapi ternyata dalam Al-Quran, Allah swrt memakbulkan dan menjadikan ia kenyataan. Oleh itu, YAKINLAH sepenuh hati. Allah SWT akan penuhi permintaan kita tanpa mengeluh sedikit pun.

Kenapa DOA pula ???!!! 
senang kita jelaskan perkara ini. Jika kita hendak sesuatu dari BOSS atau Mak Ayah kita, tetapi kita tak mampu beli nya dan kita tahu BOSS atau IBU AYAH kita senang senang jer nak beli kan contoh jam TAG HEUR RM1,500 seunit. Kalau kita bersama mereka dan lalu di kedai jam...perhatikan sahaja..niat...mereka akan belikan ? kita sendiri pun tak pernah minta.. Mereka tak akan belikan pun.
Cuba kita minta. Mereka akan pertimbangkan dan jika bertuah dapat lah. 

NO 4. JANGAN RIAK DAN TAKBUR !! JANGAN BUAT MASALAH SESAMA INSAN  

Pantang Allah swt jika kita ada perangai RIAK dan Takbur. Contohnya.. Hanya aku sahaja yang mampu guna kereta FERRARI ini, kalian hanya mampu tengok sahaja. 

Korang semua bodoh takde otak !
Kamu semua lembab macam kayu tak boleh harap !
Lihat AKU nih.. Semua kerja aku boleh buat !

Apelah ko nih Muda muda dah sakit , tgk aku sihat ja..senaman lah sikit !
Apelah rumah ko kecik jer, belilah besar skit. Tgk umah aku !

Ini semua contoh jelas riak dan takbur. Saya sendiri pernah lalu saat saat saya takbur dan riak. Sekejap sahaja Allah swt lenyapkan kita...maksud hilangkan ape yang kita banggakan itu.

Oleh itu, Banyakkan diam jika tidak ada perkara bermanfaat untuk kita berkata kata
Banyakkan berzikir dan bertasbih untuk memuji kebesaran ALLAH swt and Selawat kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW.. Lebih bermakna..berpahala. 

Allah SWT amat tak suka manusia yang suka menyakiti sesama manusia. tak kita sakitkan secara zahir atau batil. Bukti kita lihat sendiri sekeliling kita sesiapa yang membuat kerosakan atau menyakiti manusia lain.. tentu hidupnya penuh dengan masalah. Dia pasti akan diuji Allah SWT ketika dia didunia dan akhirat kelak. Allahu Alam. Nauzubillah.

No5, Sentiasa Amal dan Tetap kepada ALLAH swt.
Senang cerita, Kita buat semua perkata 1-4 dalam keadaan kita ikhlas dan memahami nya. Ingat kita hidup hanya kepada ALLAH SWT. Dunia ini hanyalah fatamorgana , khayalan dan tempat persinggahan sementara, yang kekal Abadi adalah SYUGA yang pernuh kenikmatan dan kebahagiaan.

In sya- Allah semoga kita dipermudakan dengan Kunci ini.
INILAH KUNCI KEJAYAAN DUNIA DAN AKHIRAT........ PERCAYALAH...

ILMU -
REZEKI ALLAH SWT bukan dalam bentuk DUIT dan KEKAYAAN semata mata
REZEKI ALLAH SWT kepada kita adalah :-
1. Nyawa - kesihatan tubuh badan
2. Kekuatan dan Tenaga - boleh lakukan kerja harian tanpa catat dan terbatas
3. Kebahagiaan - sememang nya kebahagian hidup amat indah, umpama madu manis dan nikmat
4. Makanan - sumber makanan yang berkhasiat + air yang menghidupkan
5. Ketenangan - inilah yang kita fikirkan dan inginkan ketenangan..ingat ya,,kekayaan bukan ketenangan.

"ketenangan umpama air yang menitis lembut diatas daun diwaktu pagi yang dingin"AbdulHafiz CheIsa 


6. Tempat tinggal - Rumah tempat kita berteduh..sama ada sewa atau beli
7. Ilmu - dapat menguruskan segala masalah dan menjalani kehidupan ini. 
8. Pancaindera - mata, telinga, hidung, kulit, lidah, akal fikiran dan kesemuanya yang berfungsi sempurna..Alhamdulillah syukurlah.





lakukan perkara atas dahulu..tambahan akan lebih bermanfaat,,,

TAMBAHAN AMALAN SURAH AT-TAUBAH,
Sumber: amalkan.com

Setiap manusia pasti mempunyai keinginan, ingin mulia, ingin kaya, ingin berpangkat tinggi, ingin usahanya maju, ingin kuat, dan lain sebagainya. Akan tetapi tidak semua orang dapat mencapai keinginannya karena kurang ilmu dan pengamalannya.
Oleh karena itu, jika anda ingin kuat, ingin mulia, ingin sukses, ingin mendapat kelapangan rezeky dan ingin bisa terbayar hutang-hutang anda. Maka disini kami menganjurkan kepada anda agar mengamalkan membaca ayat-ayat Al-Quran ini.
Barang siapa yang membaca ayat-ayat ini dan mengamalkannya secara rutin/terus menerus maka Insya Allah:
Jika ia lemah akan menjadi kuat, jika ia hina akan menjadi mulia, jika ia kalah akan menjadi menang, jika ia sempit rezeky nya akan menjadi lapang, jika ia susah akan menjadi senang, dan apabila ia mempunyai hutang akan terbayar.

HAFALAH dan AMALKAN...


Ayat-ayat nya adalah ayat yang terdapat dalam surah At-Taubah ayat 128-129:
Artinya: “Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang Rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan/keimanan dan keselamatan bagimu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang mu’min. Jika mereka berpaling dari keimanan maka katakanlah: “Cukuplah Allah bagimu.” tidak ada Tuhan selain Dia, Hanya kepada-Nya aku bertawakal, dan Dia adalah Tuhan yang memiliki ‘Arasy yang Agung.”
Caranya: Dibaca sebanyak tujuh kali (7X) setiap selesai sholat fardhu secara rutin.
Silahkan di Amalkan, semoga Allah SWT senantiasa mengabulkan setiap do’a dan hajat kita, hajat dunia maupun akhirat, Aamiin
Sumber: amalkan.com





Saya sendiri sudah amalkan alhamdulilah yang tersimpul mati kembali terurai dan mudah diuruskan, dikebuntuaan dan kesukaran ada jalan keluar. Syukur lah.. Alhamdulillah. 

TERIMA KASIH,,,SELAMAT BERAMAL 

Ikhlas Nukilan
Hafiz2017