Friday 28 September 2012

Wednesday 12 September 2012

Samsor Sanggup ‘Korban’ Kereta Demi Selamatkan Murid

Samsor Sanggup ‘Korban’ Kereta Demi Selamatkan Murid SERDANG : Seorang guru Sekolah Kebangsaan Seri Serdang (SKSS) di sini sanggup ‘mengorbankan’ kenderaannya demi menyelamatkan nyawa 30 pelajar dalam kejadian banjir kilat di sini kelmarin. Menceritakan detik-detik cemas itu, Samsor Asrul Saad, 34, berkata, ia bermula apabila hujan lebat selama dua jam yang bermula sejak pukul 4.30 petang. “Pada mulanya saya berniat hendak bawa kereta saya ke tempat selamat apabila melihat air mulai naik tetapi selepas melihat anak-anak murid saya dalam ketakutan saya membatalkan niat itu,” ceritanya ketika ditemui di sini semalam. Samsor kemudiannya bertindak memindahkan semua murid ke tingkat atas bangunan tiga tingkat itu ekoran bimbang keselamatan mereka. Bagaimanapun, tindakannya menyebabkan kenderaan pelbagai guna jenis Proton Exora yang dibelinya dua tahun lepas rosak teruk akibat
banjir. – Kosmo
Read more...
Samsor Sanggup ‘Korban’ Kereta Demi Selamatkan Murid 9:04 PM Unknown No comments Samsor Sanggup ‘Korban’ Kereta Demi Selamatkan Murid SERDANG : Seorang guru Sekolah Kebangsaan Seri Serdang (SKSS) di sini sanggup ‘mengorbankan’ kenderaannya demi menyelamatkan nyawa 30 pelajar dalam kejadian banjir kilat di sini kelmarin. Menceritakan detik-detik cemas itu, Samsor Asrul Saad, 34, berkata, ia bermula apabila hujan lebat selama dua jam yang bermula sejak pukul 4.30 petang. “Pada mulanya saya berniat hendak bawa kereta saya ke tempat selamat apabila melihat air mulai naik tetapi selepas melihat anak-anak murid saya dalam ketakutan saya membatalkan niat itu,” ceritanya ketika ditemui di sini semalam. Samsor kemudiannya bertindak memindahkan semua murid ke tingkat atas bangunan tiga tingkat itu ekoran bimbang keselamatan mereka. Bagaimanapun, tindakannya menyebabkan kenderaan pelbagai guna jenis Proton Exora yang dibelinya dua tahun lepas rosak teruk akibat banjir. – Kosmo
Read more...

Wednesday 29 August 2012

Penyelarasan kalender akademik IPTA secara berperingkat

Sumber Berita Harian : 30 / 8/ 2012 

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PenyelarasankalenderakademikIPTAsecaraberperingkat/Article
PUTRAJAYA: Penyelarasan kalendar akademik institusi pengajian tinggi awam (IPTA) negara akan dilakukan secara berperingkat bermula sesi akademik 2011/2012 dan dijangka beralih sepenuhnya pada sesi akademik 2013/2014.

Penyelarasan itu akan menyaksikan tarikh pendaftaran pelajar baru dianjakkan dua minggu ke hadapan pada setiap sesi akademik yang akhirnya akan bermula pada bulan September berbanding Jun sebelum ini.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata antara rasional anjakan kalendar akademik ini adalah bagi memenuhi konsep perkongsian ilmu dengan masyarakat antarabangsa.

Katanya, dalam proses pengantarabangsaan pengajian tinggi Malaysia, pelajar IPTA perlu didedahkan dalam senario pengajian tinggi antarabangsa melalui pendedahan budaya serta amalan luar.

"Sebagai contoh pendedahan melalui Program Mobiliti Malaysia-Indonesia-Thailand adalah peluang terbaik untuk mendedahkan pelajar-pelajar kita kepada amalan luar.

"Namun peluang ini tidak dapat dimanfaatkan oleh pelajar tempatan disebabkan ketidaksamaan jadual dengan universiti di kedua-dua negara itu yang memulakan kalendar sesi akademik pada bulan September setiap tahun, menyamai amalan negara-negara maju," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata penyelarasan ini juga membolehkan pelajar IPT ternama dunia datang ke negara ini untuk mempelajari dan mendapat pemindahan kredit minimum satu semester selain daripada pertukaran pelajar biasa.
Justeru, katanya, penyelarasan kalendar dengan universiti ternama dunia boleh menguntungkan Malaysia untuk membolehkan pelajar antarabangsa berkongsi cara pembelajaran sekurang-kurangnya satu semester bersama pelajar tempatan.

Di bawah kalendar baru, katanya pihak kementerian telah menetapkan tarikh pendaftaran pelajar baru bagi sesi akademik 2011/2012 pada 25 Julai, namun sedikit perubahan dilakukan di mana sesi pendaftaran pelajar baru ditetapkan pada minggu pertama September 2011.

"Ia berikutan tempoh kuliah yang singkat antara sesi pendaftaran sehingga cuti Hari Raya Aidilfitri yang dijangka jatuh pada 31 Ogos," katanya.

Bagi pelajar lama katanya pihak kementerian memberikan fleksibiliti kepada IPTA untuk menentukan sama ada pelajar terbabit wajib mengikuti kalendar asal ataupun kalendar baru iaitu pada 1 Ogos, 2011.

Bagi sesi akademik 2012/2013 pendaftaran pelajar baru ditetapkan pada 13 Ogos, 2012 dan pelajar lama pada 20 Ogos manakala bagi sesi akademik 2013/2014 pelajar baru akan mendaftar pada 2 Sept, 2013 dan pelajar lama pada 9 September.

Mohamed Khaled berkata, penyelarasan kalendar akademik ini juga akan meluaskan akses kepada pelajar lepasan diploma politeknik di mana mereka boleh meneruskan pengajian ke IPTA dengan mengguna pakai keputusan akhir atau tamat pengajian mereka.

"Penyelarasan ini sekali gus memudahkan proses pemilihan di mana mereka juga boleh memasuki IPTA lebih awal dan tidak perlu menunggu sesi 2012 dan kehilangan masa selama setahun untuk memulakan pengajian," katanya.

Penyelarasan kalendar akademik ini terletak di bawa Fasa Kedua Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara atau "Fasa Pengukuhan" yang bermula pada 1 Januari lalu dan akan berakhir pada 31 Disember 2015. - BERNAMA

Read more...

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH ( KSSR )


Isu Terkini KSSR ( UTUSAN 30 Disember 2011)
 


 
KURIKULUM Standard Sekolah Rendah (KSSR) diperkenalkan sebagai usaha menyusun semula dan menambah baik kurikulum sedia ada bagi memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai relevan untuk memenuhi keperluan semasa serta menghadapi cabaran abad ke-21.
Pelaksanaan KSSR menggantikan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) bermula sesi persekolahan Januari lalu bertujuan meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran bahasa Inggeris.

KSSR digubal dalam pernyataan standard terdiri daripada standard kandungan dan pembelajaran yang perlu dicapai murid dalam satu tahap persekolahan.
Standard Kandungan ialah penyataan spesifik mengenai perkara murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai, manakala Standard Pembelajaran ialah penetapan kriteria atau petunjuk kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.
Berikut adalah soal jawab KSSR bagi membolehkan kita memahami konsep diperkenalkan Kementerian Pelajaran. 

Soalan dan jawapan mengenai KSSR.
 
Apakah perbezaan KSSR dengan KBSR?
KSSR adalah reka bentuk kurikulum berasaskan 6 tunjang iaitu Komunikasi; Kerohanian, Sikap dan Nilai; Kemanusiaan, Perkembangan Fizikal dan Estetika; Sains dan Teknologi serta Keterampilan Diri.
KSSR menggunakan Elemen Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) secara eksplisit dengan memfokuskan kepada 4M (Membaca, Menulis, Mengira dan Menaakul).
KBSR adalah reka bentuk kurikulum berasaskan tiga bidang iaitu Komunikasi; Manusia dan Alam Kelilingnya dan Perkembangan Diri Individu. Kaedah ini menggunakan Elemen Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif dengan fokus kepada 3M (Membaca, Menulis dan Mengira)
Adakah terdapat perubahan mata pelajaran dalam KSSR Tahap Satu?
Dalam KSSR Tahap Satu, ada beberapa mata pelajaran baru di samping penggabungan semua disiplin ilmu dalam Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul Elektif bagi pengurusan kurikulum lebih berkesan.
Mengapa Sains tidak dijadikan Modul Teras Asas?
Sains tidak dijadikan Modul Teras Asas kerana Modul Teras Asas memberi fokus kepada literasi dan numerasi, kesejahteraan diri dan pembangunan rohani. Manakala Sains pula diperkenalkan dalam Modul Teras Tema bagi memberi pengetahuan asas disiplin ilmu Sains.
Adakah murid akan bosan di dalam kelas dengan penambahan waktu Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) bahasa Inggeris?
Tidak. Kaedah dan teknik yang pelbagai diperkenalkan oleh guru untuk menarik minat murid. Modul Language Arts yang menekankan pendekatan didik hibur dan apresiasi bahasa. P&P bahasa yang menarik dan efektif dijalankan melalui aktiviti menyanyi, jazz chants, choral speaking, drama, muzik dan bahan bantu mengajar lain yang sesuai.
Apakah usaha dilakukan bagi menyediakan guru bagi pelaksanaan KSSR?
KPM menjalankan kursus penyebaran KSSR kepada semua guru terbabit dalam pelaksanaan KSSR. Guru juga dibekalkan bahan sokongan dan boleh mengakses maklumat daripada laman web di KPM seperti berikut: http://www.moe.gov.my/bpk atau menghubungi Bilik Gerakan KSSR di nombor telefon             03-88842283      .
S: Adakah KSSR mampu mendorong kreativiti guru dan murid dalam P&P?

J:
KSSR mampu mendorong meningkatkan kreativiti guru dan murid melalui pendekatan P&P seperti didik hibur dan elemen nilai tambah merentas kurikulum. Guru dibekalkan dengan buku panduan kreativiti untuk membantu pelaksanaan P&P.

S: Dalam tahap 1, setakat manakah pendidikan seks diajarkan?

J:
Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS) tidak diajar sebagai satu mata pelajaran tetapi sebagai komponen yang besar (75%) dalam mata pelajaran Pendidikan Kesihatan.
KSSR terap 1Malaysia




KURIKULUM baru sekolah rendah yang dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) akan diperkenalkan pada 2011 dengan subjek yang lebih sedikit tetapi menggunakan pendekatan yang lebih interaktif.

Kurikulum tersebut bakal menggabungkan beberapa subjek menjadi satu selain turut akan memperkenalkan satu subjek baru yang bertema semangat kenegaraan dan patriotik.

KSSR akan mula diperkenalkan dan diterapkan kepada murid tahun satu kerana kesesuaian murid tersebut yang baru menduduki alam persekolahan atau peringkat awal pendidikan mereka.

Penerapan dari peringkat awal akan membantu memudahkan perjalanan serta pembelajaran murid-murid tersebut yang akan melangkah ke tahun-tahun seterusnya sejajar dengan perubahan umur.

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata, KSSR tidak akan menggantikan tetapi beriringan dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR).

Melalui KSSR katanya, pengajaran dan pembelajaran akan menggunakan modul yang akan menggantikan buku teks oleh itu guru-guru sedang disedia dan dilatih untuk KSSR.

Ia diharap dapat meningkatkan penguasaan murid-murid sekolah rendah khususnya dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

Pendekatan teknik pengajaran dan pembelajaran (P&P) akan menjadi lebih menarik dan interaktif di mana ia melibatkan penggunaan dua bahasa tersebut serta meningkatkan penguasaannya bagi guru-guru untuk mengajar dalam subjek Matematik dan Sains sejajar dengan matlamat kerajaan.

Buat peringkat permulaan, sebanyak 500 buah sekolah telah menjalani uji rintis mulai 31 Mac 2009 sehingga akhir Jun 2009.

Sebanyak 50 buah sekolah akan menjalani uji rintis semua mata pelajaran manakala sekolah selebihnya akan menjalani uji rintis dalam mata pelajaran terpilih.

KSSR membahagikan mata pelajaran kepada tiga modul iaitu Modul Asas Teras, Modul Asas Tema dan Modul Asas Elektif.

Tahap satu sekolah rendah (tahun 1 hingga 3) akan tertumpu kepada penguasaan 4M (membaca, menulis, mengira dan menaakul) serta kemahiran asas teknologi komunikasi dan maklumat (ICT), perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sikap dan nilai.

Sementara tahap dua sekolah rendah (tahun 4 hingga 6) akan tertumpu kepada pengukuhan dan aplikasi 4M, kemahiran asas ICT, perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, sikap dan nilai.

Selain itu, kementerian juga akan memperkenalkan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) bagi murid-murid prasekolah berumur lima dan enam tahun seluruh negara.

Pada peringkat ini pula, tumpuan akan diberikan kepada perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sahsiah, persediaan ke sekolah rendah serta pendedahan awal mengenai kemahiran 4M.

KSPK akan memudahkan lagi murid-murid prasekolah ini untuk menyediakan mereka memasuki alam persekolahan selain pendekatan yang lebih mesra dan menarik digunakan bersesuaian dengan peringkat umur kanak-kanak prasekolah.

sumber maklumat : Portal Pendidikan Utusan

Read more...

ISU PELAJAR BOLEH BAWA TELEFON BIMBIT KE SEKOLAH

Assalammualaikum..
Teringin pula komen untuk isu ini. saya fikir ramai orang terutama ibu bapa bersetuju atas cadangan ini. Anda pula bagaimana?setuju tak?rasanya pelajar sekolah sudah tentu tiada bantahan malah bersorak riang jika dapat bawa telefon bimbit dan gajet-gajet canggih ke sekolah.Pernah juga saya tanya seorang murid di sekolah semasa saya PBS baru ini, dia memang suka sangat dan setuju sangat. katanya senang nak telefon abah ambil dari balik sekolah. kalau telefon awam kena guna syiling lagi tak banyak telefon awam yang baik katanya. Pendapat saya memang tidak setuju sebab banyak keburukan daripada kebaikan..

Pertama sekali kita lihat dari segi Kebaikannya dulu:
1-Jika Pelajar dibenarkan membawa telefon bimbit maka ianya memudahkan mereka menghubungi ibu bapa mereka jika ada kecemasan begitu juga sebaliknya.
2-Seterusnya selepas ini tak perlulah wujud buku nota dan sebagainya kerana para pelajar hanya perlu merakam suara ataupun video guru mereka yang sedang mengajar, jadi bila nak ulangkaji tengok sahaja video itu semula.
4-tiada idea sudah.ada lagi ke kebaikannya??sila komen ya..

Keburukannya
1-Kes Kecurian telefon/gadget mula berlaku
2-Guru mengajar didepan pelajar pulak sibuk sms/facebook,twitter secara senyap di belakang cikgu.
3-Menggangu tumpuan pelajar lain sewaktu belajar ataupun ketika sedang menjawab peperiksaan,lebih ramai pelajar lupa nak off dan buat ia nada senyap dalam telefon masing-masing maka pelbagai nada dering dan bunyi mesej yang akan kedengaran.
4-Akan bermulalah 1 trend dimana semua pelajar berlumba-lumba untuk mendapatkan telefon dan gajet-gajet yang canggih seterusnya berlagak dengan rakan-rakan lain di sekolah.
5-Wujud jurang antara pelajar kaya dan pelajar miskin.
6-pelajar miskin akan berasa rendah diri kerana tidak mampu untuk mendapatkan gajet yang canggih..
7-makin banyaklah video2 tidak senonoh pelajar sekolah masuk kt You Tube yang tidak sepatutnya ada.
8-anda fikirkanlah:)
kalau teringin sangat bawa gajet dan telefon masa belajar, tunggulah masuk universiti nanti.
jadi tepuk dada, tanyalah iman. Renung-renungkan dan selamat beramal:)
 

Read more...

CIP CEGAH PONTENG?

Cip cegah ponteng

Shahril  menunjukan  alat pengesan SchoolTrac  bagi atasi kes ponteng. - Foto Mohd Yusni Ariffin  
Shahril menunjukan alat pengesan SchoolTrac bagi atasi kes ponteng. - Foto Mohd Yusni Ariffin
SchoolTrac kesan pergerakan pelajar

Sekolah dan ibu bapa kini tidak perlu bimbang pelajar ponteng sekolah jika menggunakan produk Schooltrac yang akan mengirim maklumat pergerakan murid dan anak mereka menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) atau e-mel.
Menerusi sistem itu, murid akan dibekalkan dengan kad pelajar SchoolTrac menggunakan frekuensi radio yang mampu mengesan pergerakan keluar masuk murid melalui pagar sekolah ketika waktu persekolahan.

Sistem dalam talian

Kad Schooltrac mengandungi cip dan disambungkan serta dipantau terus ke pusat data sekolah untuk memaklumkan guru dan penjaga mengenai status kehadiran pelajar menerusi emel atau SMS.

Produk itu diperkenalkan di negara ini oleh sebuah syarikat teknologi maklumat (IT) tempatan, ABRA Corp Sdn Bhd yang menggunakan sistem dalam talian. Ia dapat memantau status kehadiran pelajar,selain merekodkan kehadiran pelajar di sekolah.

Pengarah Projek ABRA Corp, Mohd Shahril Mahmud, berkata ibu bapa akan menerima SMS atau e-mel daripada pusat data setiap kali pelajar memasuki atau keluar dari sekolah pada masa sebenar dalam tempoh satu atau dua saat.
Katanya, ibu bapa hanya perlu membayar yuran bulanan RM10 bagi mendapatkan perkhidmatan itu di sekolah yang melanggan aplikasi berkenaan.

Setakat ini, 20 sekolah sekitar Lembah Klang bekerjasama dengan ABRA Corp untuk menggunakan peranti SchoolTrac.

“SchoolTrac juga alat yang boleh mengurangkan penggunaan kertas kerana semua maklumat kehadiran dicatatkan secara automatik dalam komputer menerusi pancaran sistem produk berkenaan.

“Ia menggunakan teknologi Korea tetapi penyelidikan dan pembangunan (R&D) dilaksanakan di Malaysia oleh ABRA Corp sendiri,” katanya.

Mohd Shahril berkata, pada masa ini pihaknya sedang berunding dengan Kementerian Pelajaran untuk menggunakan SchoolTrac di semua sekolah di seluruh negara.

“Kami mengharapkan SchoolTrac akan terus berkembang menerusi kerjasama dengan kementerian,” katanya.

ABRA Corp menetapkan sasaran langganan di sebanyak 200 sekolah di Lembah Klang dalam tempoh setahun.

INFO Schooltrac



  • Peranti pengesan pelajar
  • Berbentuk kad pelajar
  • Atasi masalah ponteng sekolah
  • Yuran bulanan RM10 untuk ibu bapa
  • Pemasangan percuma untuk sekolah.

    Sila layari pautan youtube untuk mengetahui lebih lanjut penggunaan Schooltrac http://www.youtube.com/watch?v=GlyHCVzeCVk 

  • Read more...

    Nasional Kad diskaun KDS1M diagih

     Ismail Sabri  (tengah) bersama pelajar Maktab Koperasi Malaysia (MKM) yang menerima KDS1M pada    sambutan Aidilfitri MKM di Petaling Jaya, semalam. - Foto BERNAMA
      Ismail Sabri (tengah) bersama pelajar Maktab Koperasi Malaysia (MKM) yang menerima KDS1M pada sambutan Aidilfitri MKM di Petaling Jaya, semalam. - Foto BERNAMA
    1.5 pelajar IPT nikmati potongan hingga 60 peratus

    Petaling Jaya: Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M) yang membolehkan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) menikmati potongan harga sehingga 60 peratus bagi pembelian barangan di premis perniagaan terpilih, mula diagihkan semalam.
    Dengan memiliki KDS1M, kira-kira 1.5 juta pelajar IPT awam dan swasta boleh menikmati potongan harga berkenaan ketika membeli pelbagai barangan keperluan di lebih 1,200 premis perniagaan, bermula Sabtu ini.

    “Ini adalah bukti keprihatinan kerajaan yang dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mendengar serta menerima cadangan dikemukakan mahasiswa,” Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.
    Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kad diskaun itu diagihkan secara berperingkat kepada 1.5 juta pelajar untuk fasa pertama.

    Katanya, ia diberikan secara percuma kepada pelajar tahun satu, dua dan tiga IPT awam serta swasta yang melanjutkan pengajian secara sepenuh masa bagi peringkat sijil, diploma dan ijazah.

    Kerjasama syarikat

    “Pada awalnya 51 syarikat menyertai program ini, namun kini kita sudah mempunyai 179 syarikat yang menawarkan potongan harga antara 10 sehingga 60 peratus kepada mahasiswa dengan setiap pembelian menggunakan KDS1M.
    “Sebenarnya, pemberian kad ini adalah cadangan yang dikemukakan sendiri oleh mahasiswa melalui mesyuarat Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) pada November tahun lalu,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

    Tangani kos sara hidup

    KDS1M dilancarkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini menyaksikan Penerbangan Malaysia (MAS) dan anak syarikatnya, Firefly serta MASwings turut menyertai program itu dengan memberikan potongan harga tiket penerbangan sehingga 50 peratus.

    Pemberian kad berkenaan adalah langkah proaktif kerajaan dalam usaha menangani masalah peningkatan kos sara hidup dalam kalangan mahasiswa.

    Ismail Sabri sebelum itu menghadiri majlis Ramah Mesra dan sambutan Aidilfitri di Maktab Koperasi Malaysia (MKM) berkata, kad berkenaan boleh digunakan di kesemua syarikat perniagaan mengambil bahagian di seluruh negara.

    Katanya, melalui penggunaan kad itu, pelajar dapat menikmati potongan harga bagi setiap pembelian barangan seperti makanan, alat tulis, buku, perubatan dan tiket penerbangan.

    “Ini adalah bukti keprihatinan kerajaan yang dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mendengar serta menerima cadangan dikemukakan mahasiswa,” katanya.


    INFO: Kad Diskaun Siswa 1Malaysia


  • MAS, Firefly, MASwings tawar diskaun 50 peratus
  • 179 syarikat mengambil bahagian berbanding 51 syarikat peringkat awal
  • Lebih 1,200 pusat jualan seluruh negara

  • Sumber : Berita Harian  29 Ogos 2012
    Read more...

    Tuesday 28 August 2012

    PROGRAM LINUS & PROTIM

    APA MAKSUD PROGRAM LINUS?

    Akronim kepada perkataan LI (Literasi), NU (Numerasi) dan S (Screening – Saringan). Jadi maknanya Program Saringan Literasi dan Numerasi.

    Program ini dirancang dan dibentuk sebagai penambahbaikan program sedia ada (KIA2M), memastikan semua murid Tahun 1 pada 2010menguasai asas membaca, menulis dan mengira pada akhir tahun 3 menjelang Tahun 2011.


    DEFINISI LITERASI

    Keupayaan untuk membaca, menulis dan memahami perkataan dan ayat serta mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran dan komunikasi harian.

    KEMAHIRAN ASAS LITERASI


    TAHUN 1 – Boleh membaca, menulis dan memahami minima 500 patah perkataan dan ayat mudah.
    TAHUN 2 – Boleh membaca, menulis dan memahami minima 800 patah perkataan dan ayat mudah menggunakan kata sendi.
    TAHUN 3 – Boleh membaca, menulis dan memahami minima 1000 patah perkataan dan ayat mudah dengan kata sendi dalam satu perenggan.

    DEFINISI NUMERASI

    Keupayaan untuk melakukan operasi asas matematik dan memahami idea matematik yang mudah serta mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam kehidupan harian.

    KEMAHIRAN ASAS NUMERASI


    TAHUN 1

    - Kemahiran : Membaca, menulis dan mengira mengikut turutan nombor hingga 50.
    - Operasi asas : Faham fakta asas tambah dan tolak
    - Aplikasi : Mengira wang hingga RM 10, memahami masa dan ukuran asas
    TAHUN 2
    - Kemahiran : Membaca, menulis dan mengira turutan nombor hingga 100
    - Operasi asas : Faham fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi
    -Aplikasi : Mengira wang hingga RM 50, memahami waktu dalam jam dan mengukur panjang/pendek objek
    TAHUN 3
    - Kemahiran : Membaca, menulis dan mengira mengikut turutan nombor hingga 1000.
    - Operasi asas : Faham fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi
    - Aplikasi : Mengira wang hingga RM 100, memahami waktu dalam jam dan minit serta mengukur objek dalam unit piawai


    LINUS


    • Semua murid yang tidak mempunyai masalah pembelajaran berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah pada akhir 2012
    • Terdiri dari guru Bahasa Malaysia dan guru Matematik serta dibantu oleh Guru Pemulihan
    • KIA2M (2006) memfokuskan kepada Tahun 1 sahaja. Tahun 2 dan 3 dibawah kendalian guru pemulihan
    • PROTIM memfokuskan pada Tahap 2 yang dirasakan terlalu lewat dalam usaha memulihkan kemahiran literasi dan numerasi
    LATAR BELAKANG
    • * Satu daripada National Key Result Area (NKRA)
    • “semua murid yang tidak mempunyai masalah pembelajaran berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah pada akhir 2012”.
    • (NKRA = Bidang Keberhasilan Utama Negara)
    • * Mula dilaksanakan pada tahun 2010 melibatkan murid Tahun 1 di sekolah rendah (Kohort Pertama).
    • * Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) telah dipertanggungjawabkan untuk menerajui usaha mengatasi masalah literasi dan numerasi dalam kalangan murid sekolah rendah.
    • Rasional
    • * Program pemulihan untuk murid Tahun 2 dan 3 yang dikendalikan oleh guru pemulihan khas di sekolah masing-masing.
    • * Program Pemulihan Asas Kemahiran Membaca, Menulis dan Mengira (PROTIM) untuk murid Tahap II.
    • Masalah murid (yang tidak mempunyai masalah pembelajaran) yang belum menguasai kemahiran asas M3 dengan baik masih belum dapat diatasi sepenuhnya walaupun KPM telah melaksanakan pelbagai program pemulihan. Antaranya:
    • Program-program yang dilaksanakan tidak gagal tetapi tidak dapat memenuhi kehendak NKRA.
    • * KPM berpendapat suatu pendekatan yang bersepadu perlu dilaksanakan supaya masalah 3M dapat dikesan dan dipulihkan seawal Tahap I. Perkara ini perlu diberi perhatian yang serius kerana murid yang belum menguasai kemahiran asas 3M merupakan kumpulan yang berisiko keciciran dan sukar memenuhi keperluan melanjutkan pelajaran dan kerjaya.
    • * Program alternatif yang dirangka merupakan suatu program yang bersepadu untuk murid yang tidak mempunyai masalah pembelajaran Tahun 1, 2 dan 3 (Tahap I) menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi. Program ini dinamakan Program Saringan Literasi dan Numerasi (LINUS).
    Matlamat LINUS
    • - Celik huruf
    • - Celik nombor
    Strategi Pelaksanaan Di Sekolah
    • Program LINUS ini wajib dilaksanakan di semua SK, SJKC, SJKT dan SABK.
    • Terdapat 3 peringkat saringan bagi setiap tahun (Tahun 1, 2, 3):
    • Saringan 1 (Mac)
    • Saringan 2 (Jun)
    • Saringan 3 (September)
    • Semua murid Tahun 1 akan menduduki ujian LINUS Saringan 1 untuk menilai tahap penguasaan kemahiran asas mereka pada awal tahun setiap tahun.
    • Dikendalikan oleh guru BM/Matematik/Pemulihan.
    • Instrumen dibina dalam dwi bahasa iaitu BM-BI, BC-BI, BT-BI.

    PROTIM ( PROGRAM PEMULIHAN 3M)

    PROTIM adalah satu program ‘pembangunan’ yang dilaksanakan ke atas murid tahun 4, 5 dan 6 di setiap sekolah di mana murid-muridnya menghadapi masalah penguasaan asas membaca, menulis dan mengira atau lebih dikenali dengan masalah 3M. Sebelum PROTIM diperkenalkan, Guru Pemulihan bertanggungjawab sepenuhnya mengajar murid yang ‘bermasalah’ ini.

    PROTIM pula adalah sebahagian daripada sejarah hidup Program PEMULIHAN. PROTIM mempunyai maksud dan tujuan yang sama dengan PEMULIHAN.

    Aras modul dalam program PROTIM ini sedikit berbeza dengan aras modul dalam program PEMULIHAN. Ini kerana modul PROTIM melibatkan penguasaan sistem bahasa. Gambar masih menjadi pilihan utama dalam modul ini untuk membantu pemahaman murid. Berbanding program PEMULIHAN, program PROTIM mahukan murid menyelesaikan banyak latih tubi dalam satu-satu masa yang ditetapkan.

    Aras soalannya sederhana sukar kerana kebanyakan murid dalam program PROTIM sudah menguasai asas 3M. Murid dalam program PROTIM sudah ramai yang tahu membaca. Cuma yang menjadi masalah adalah, murid seringkali melakukan kesilapan semasa menulis.

    Gambar yang sepatutnya ditulis sebagai :

    • SELIPAR murid tulis SIPE
    • LOCENG ditulis LONCENG
    • SELUAR ditulis SUAR dan banyak lagi.
    Sesetengah sekolah melaksanakan PROTIM dalam dua sesi iaitu, pagi sebelum rehat untuk mata pelajaran Bahasa Melayu dan selepas rehat untuk mata pelajaran Matematik.

    Kedua-dua program ini akan ‘melepaskan’ murid mereka setelah didapati cemerlang dalam ujian penilaian yang dijalankan. Semoga, coretan ini dapat memberi maklumat berguna untuk semua.

    PROTIM dilaksanakan di sekolah bagi murid yang juga menghadapi masalah 2M dalam kategori aras rendah. Sasaran program PROTIM ini adalah untuk murid tahun 4, 5 dan 6 pada mulanya. Di bawah modul yang sama, murid dikehendaki menjalani satu ujian ‘tapisan’. Murid yang gagal mencapai sekurang-kurangnya 90 daripada 100 markah akan terlibat dalam program PROTIM ini. PROTIM bagi Tahun 6 pula dijalankan selepas murid-murid selesai menduduki peperiksaan UPSR.

    Read more...

    LANGKAH - LANGKAH MENJADI GURU KALI PERTAMA





    Urusan pertama ;


    (1) Serahkan Dokumen - dokumen yang sekolah kehendaki. Cth di ;

    http://fadzilmahasiswa.blogspot.com/2012/05/dokumen-dokumen-untuk-penempatan-guru.html

    Senarai SPP minta,

    Senarai semak tersebut :
    http://www.mediafire.com/view/?jwqjs06c9o8rm63

    1. Surat setuju terima tawaran pelantikan
    http://www.mediafire.com/view/?xm1w6tkx1kc6ua9
    2. Surat akuan sumpah* (ini kena print atas kertas warna putih)
    http://www.mediafire.com/view/?fiinaq182rxu5ps
    3. Surat Aku Janji* (ini kena print atas kertas warna kuning cair)
    http://www.mediafire.com/view/?2nxqb95c5398f83
    4. Borang pemeriksaan perubatan (print bermula lampiran B sahaja)
    http://www.mediafire.com/view/?11dbb42ekbd4my0
    5. Kew-8 (kna abaikan, itu keje kerani)
    6. Salinan ijazah n transkrip


    (2) Daftar ( wajib) untuk sistem keselamatan penjawat awam di ;

    http://evetting.cgso.gov.my//login.php

    (3) Kemaskini maklumat kita untuk  ;

    http://apps.moe.gov.my/eoperasi/

    (4) Untuk Kursus Induksi boleh rujuk JPN Negeri masing-masing.

    Cth sy di Johor ;

    Kursus Induksi merujuk :

    (1) KISSM = Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia
    (2) PTM = Program Transformasi Minda
    *kemungkinan terbatal sebab SBPA terbatal

    Mohon Online ;

    http://ppdpgudang.edu.my/ulks/

    * Tetapi kene tunggu dahulu kerana No. Gaji dan No. Fail JPN masih tiada.



    Urusan kedua ;


    (1) Dapatkan CD PPGB di sekolah atau download di ;

    http://fadzilmahasiswa.blogspot.com/2012/05/program-pembangunan-guru-baharu-ppgb.html

    (2) Siapkan Folio PPGB

    (3) Siapkan Buku Rekod

    (4) Dapatkan Jadual Mengajar dan Pesediaan Mengajar.


    Urusan Ketiga


    (1) Untuk kursus ;Update ngan SU LADAP sekolah.
    http://apps.moe.gov.my/splg/index.cfm


    *Pilihan jika berminat

    (2) Pendaftaran Yayasan Guru Malaysia Berhad

    http://www.ygmb.com.my/index.php/profil-ygmb/ygmb/keahlian-ygmb

    (3) Pendaftaran NUTP -  Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (National Union of the Teaching Profession) 

    http://www.nutp.org/new/ms/Pendaftaran

    Macam mana untuk mendaftar sebagai ahli KPPK ?

    • Muat turun dan cetak Borang Pendaftaran Ahli dari KPPK online.
    • Isi borang dan hantar dengan salinan penyata gaji dan kad pengenalan anda.
    • Anda juga boleh mendapatkan Borang Pendaftaran Ahli dari Ibu pejabat KPPK atau cawangan di seluruh negara.
    • Hantarkan borang siap diisi ke cawangan KPPK yang terdekat
    • Jangan hantar wang kepada kami kerana pembayaran secara pemotongan gaji melalui Angkasa.
    Cth ;

    Wisma KPPK, 1-11, Tingkat 1 & 2
    Jalan Indah 2, Taman Indah, Sungai Abong
    84000 Muar, Johor
    Tel : 06-9512030 / 9542030
    Fax : 06-9520288
    E-mail : nutpjoh@tm.net.my
    Laman Web : www.kppkjohor.net.my

    Sekian, Terima kasih.
    Read more...

    MODEL-MODEL KAJIAN TINDAKAN

    Pada asasnya, setiap kajian tindakan akan melibatkan dua unsur, iaitu menyelidik dan bertindak. Kedua-dua unsur ini kemudiannya dikembangkan dan diperincikan kepada model-model penyelidikan yang menjadi ikutan penyelidik tindakan.

    1. Model Lewin (1946)

    Me
    nurut Lewin (1946), kajian tindakan memperlihatkan suatu kitaran langkah-langkah (a spiral of steps). Suatu kitaran kajian tindakan mempunyai empat langkah iaitu merancang (planning), memerhati (observing) dan mereflek (reflecting). Kitaran ini akan berterusan ke kitaran seterusnya yang melibatkan merancang semula, bertindak , memerhati dan mereflek bagi menghasilkan kitaran baru. Model kajian tindakan Lewin ini ditunjukkan dalam Rajah 1.



    2. Model Kemmis & McTaggart (1988)

    Kemmis dan McTaggart (1988) menjelaskan, bagi sesetengah kumpulan yang sudah merancang tindakan, mereka boleh memulakan langkah pertama seperti mana yang dikemukakan oleh model Lewin. Walau bagaimanapun, mereka berpendapat bahawa kebanyakan kumpulan akan memulakan peringkat awal refleksi bagi membuat tinjauan awal (initial reconnaissance) terhadap sesuatu situasi sebagai asas untuk merancang dan bertindak. Model ini ditunjukkan dalam Rajah 2.




    3. Model Somekh (1989)

    Model kajian tindakan Somekh melibatkan lapan fasa, iaitu mengenal pasti masalah atau fokus kajian yang diminati, mengumpul data, menganalisis data dan membina hipotesis, merancang pelan tindakan, melaksana pelan tindakan, mengumpul data untuk mengesan perubahan, menganalisis dan menilai serta  mengenal pasti folus penyelidikan yang baru.



    Aspek sistematik merupakan kekuatan model ini, di mana setiap langkah diperjelas dengan lebih terperinci, bermula daripada langkah yang mudah dan formal kepada langkah yang lebih terperinci. namun model ini kelihatan agak rumit untuk diikuti kerana memerlukan guru untuk mengikuti setiap langkah yang dinyatakan secara terperinci.

    4. Model CRASP Zuber-Skerritt (1991)

    Model Zuber-Skerritt menggariskan lima ciri yang menjadi paksi utama kepada kajian tindakan iaitu:
    1. critical collaboration enquiry by
    2. reflective practitioners who are
    3. accountable in making the results of their enquiry public,
    4. self-evaluative in their practice, and engage in
    5. participative problem solving and continuing professional development
    Menurut model ini, terdapat lima komponen utama kajian tindakan iaitu kolaborasi atau kerjasama kritikal yang dilakukan oleh pengamal yang reflektif, yang sentiasa bertanggungjawab menyebarkan dapatan mereka, menilai diri dalam amalan dan terlibat dalam menyelesaikan masalah secara bersama demi pembangunan profesional yang berterusan. Walaupun model ini tidak menunjukkan sebarang kaedaah skematik tentang cara pelaksanaan penyelidikan, namun jelas menunjukkan ciri-ciri yang perlu ada dalam proses kajian tindakan. kekuatan model ini ialah kebebasan yang diberi kepada penyelidik dalam melaksanakan kajian tindakan. Suatu penyelidikan dianggap sebagai kajian tindakan sekiranya penyelidik melakukan penyelidikan secara kolaboratif, mengamalkan refleksi secara bersama, bertanggungjawab terhadap datan yang dikemukakan kepada orang lain yang mempunyai kepentingan, melakukan penilaian terhadap diri sendiri serta bersama-sama menyelesaikan masalah demi peningkatan profesionalisme secara berterusan. Walau bagaimanapun, memandangkan tiada format khusus diterangkan untuk memberi panduan kepada penyelidik bagi menjalankan penyelidikan, maka model ini boleh menyebabkan penyelidik tersasar dari perancangan dan pelaksanaan penyelidikan.

    5. Model McKernan (1991)

    Menurut model McKernan, kajian tindakan melibatkan sekurang-kurangnya dua lingkaran penyelidikan, di mana setiap lingkaran mempunyai enam peringkat, iaitu mengenal pasti masalah, meninjau, menentukan fokus penyelidikan, pelaksanaan rancangan, penilaian dan refleksi, dan membuat keputusan.



    Kekuatan model ini terletak pada ketetapan bahawa sesuatu penyelidikan itu diklasifikasikan sebagai kajian tindakan hanya sekiranya penyelidikan tersebut telah melalui sekurang-kurangnya dua lingkaran penyelidikan. hal ini bermakna pendekatan yang dikemukakan oleh McKernan (1990) sangat menekankan proses membentuk perancangan dan proses penilaian semula perancangan serta membentuk semula perancangan untuk tujuan penambahbaikan. Walau bagaimanapun model ini tidak menyarankan amalan kolaboratif sebagaimana yang disarankan oleh Model CRASP Zuber-Skerritt. pendekatan McKernan juga tidak menitikberatkan pendedahan dapatan penyelidikan kepada umum.

    6. Model Altrichter et.al (1993)

    Menurut Altrichter et al (1993) , setiap projek kajian tindakan mempunyai ciri-ciri yang tersendiri. Jadi mereka keberatan untuk menyediakan model yang menunjukkan langkah demi langkah kerana ini akan membataskan laluan yang pelbagai untuk ditujui. Walau bagaimanapun, mereka berpendapat bahawa kajian tindakan bermula dengan mencari titik permulaan (A). Kemudian, pungutan data dilakukan dan data dianalisis dan seterusnya ini memberi penjelasan kepada situasi yang dikaji (B). Lalu strategi tindakan dibentuk dan dilaksanakan (C). Sesuatu strategi tindakan yang baru tidak semestinya akan dapat menyelesaikan masalah. Maka langkah baru bagi mendapatkan penjelasan akan dilakukan (C ke B) yang akan membawa kepada pembentukan strategi tindakan yang selanjutnya. Hasil kajian perlu dikongsi dengan orang ramai. Model ini ditunjukkan pada Rajah 5.




    7. Model McBride & Schostak (1994)

    McBride & Schostak (1994) berpendapat, kajian tindakan adalah suatu kitaran yang bermula dengan mengenal pasti masalah atau fokus dan pengumpulan data awal bagi tujuan membentuk hipotesis tentang masalah tersebut. Kemudian, tindakan dibentuk dan dilaksanakan. Data akan dikumpulkan bagi melihat kesan pada perubahan atau tindakan tersebut. Hasil daripada analisis dan penilaian yang dilakukan, akan menentukan kitaran kajian tindakan akan bersambung ke kitaran selanjutnya. Model ini ditunjukkan dalam Rajah 6.



    8. Model Johnson (2002) 

    Johnson (2002) menyatakan bahawa terdapat lima langkah pentingdalam proses pelaksanaan kajian tindakan . Langkah-langkah tersebut ialah (i) mengenal pasti masalah, (ii) membuat perancangan berhubung data yang akan dipungut dan cara pemungutan (iii) memungut dan menganalisis data, (iv) merumus serta (v) berkongsi dapatan dan pelan tindakan dengan pihak lain yang berkaitan. Satu kelainan model ini ialah langkah terakhir, di mana penyelidik membincangkan persoalan penyelidikan dalam konteks teoritikal. Rajah 7 di bawah menggambarkan model ini.



    Kekuatan utama model ini ialah penekanan terhadap aspek tinjauan literatur dalam penyelidikan. Pendekatan yang digunakan juga adalah lebih fleksibel kerana perbincangan persoalan penyelidikan dalam konteks teoritikal boleh dilakukan sama ada sebelum atau selepas penyelidikan dijalankan. Walau bagaimanapun pelaksanaan model ini mungkin memakan masa kerana tidak mempunyai langkah-langkah yang lebih berstruktur.

    Sumber rujukan : http://fadzilmahasiswa.blogspot.com/ 

    Read more...