BAHAN-BAHAN :
150gm Ikan Talang Masin Direndam dan Direbus Selama 5 Minit.
5 Biji Bawang Merah Dimayang
3cm Halia Dihiris Nipis
2 Helai Daun Kari
100gm Ubi Merah (dipotong kiub)
100gm Nenas (dipotong kiub)
3 Sudu Makan Rempah Kari Ikan
1 Liter Santan
Garam Secukup Rasa

CARA MEMASAKNYA :
1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih, halia dan daun kari hingga naik bau.
2. Masukkan rempah, kari dan biarkan hingga pecah minyaknya.
3. Masukkan ikan talang masin, nenas dan juga ubi merah.
4. Tuangkan santan dan biarkan hingga mendidih dengan api perlahan.
5. Biarkan ubi empuk dan perasakan dengan garam secukup rasa.
Hit: 19 Laman Asal