Friday, June 19, 2009
PERUTUSAN PENGERUSI KRISPA 2009
PERUTUSAN PENGERUSI KRISPA 2009
Pertamanya marilah kita bersama-sama memanjatkan kesyukuran ke hadrat Alla S.W.T di atas segala kurniaan dan rahmatNya. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Rasulullah S.A. W, ahli keluaga dan para sahabat dan pejuang Islam semuanya.
Bersua kembali dalam warkah KRISPA. Semoga dengan kehadiran warkah ini, ianya akan menjadi satu saluran hebahan maklumat dan aktiviti KRISPA baik yang telah , sedang dan yang akan dilaksanakan nanti.
Mesyuarat Agung tahunan KRISPA kali ke-5 telah berjaya dijalankan dengan sempurnanya di Hotel Seri Malaysia, Temerloh. Saya mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada yang terpilih dan sekalung ucapan terima kasih di atas kepercayaan YAA Dato’ / Tuan /Puan memberi kepercayaan kepada kami mereancang dan menjalankan aktiviti kelab bagi Sesi Tahun 2009-2010.
Selaras dengan objektif penubuhan dan motto yang dislogankan , KRISPA akan terus berusaha ke arah memperkukuhkan hubungan sesame ahli di samping menjaga kebajikan ahli-ahlinya. Program dan aktiviti telah dirancanga untuk sesi kali ini. Harapan saya dan ahli jawatankuasa agar semua ahlli akan turut serta bersama menjayakan aktiviti yang akan dianjurkan. Kelab turut mengalu-alukan sebarang idea dan pandangan dari semua ahli dalam merancang dan menjalankan aktiviti KRISPA. Semua pandangan bolehlah diajukan melalui emel atau berhubung terus kepada mana-mana AJK untuk diperhalusi.
Di sini saya mengambil kesempatan merakamkan ucapan Jazakulullah Khairan Jaza’ kepada semua ahli jawatankuasa KRISPA Sesi 2007-2008 yang telah berjaya melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan berjaya. Akhirnya saya menyeru kepada semua ahli, marilah kita bersama-sama meningkatkan kerjasama, menggembeleng tenaga dan idea dalam merealissasikan hasrat KRISPA iaitu Hasrat Kita Semua.
t.t
---------------------------------------------------
Tuan Salehuddin bin Abd Manaf AMP
Pengerusi KRISPA (2009-2010)
Posted by krispa at 5:19 AM 0 comments
Monday, April 6, 2009
Thursday, March 26, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)