The One & The Only

The One & The Only
smile

Ahad, 16 November 2014

MALAIKAT MIKAIL

MALAIKAT MIKAIL

SIFAT FIZIKAL MALAIKAT MIKAIL
Malaikat Mikail adalah salah satu diantara empat malaikat yang menjadi pembesar seluruh malaikat. Ia diciptakan oleh ALLAH SWT selepas malaikat Israfil dengan jarak kira-kira 500 tahun. Ia dijadikan dari NUR (cahaya). Dari kepala hingga kakinya berbulu za'faran. Di atas setiap bulu-bulunya terdapat muka(wajah) sebanyak satu juta. Setiap satu wajah mempunyai satu juta mata. Setiap mata sentiasa menangis untuk memohon rahmat bagi orang-orang yang berdosa. Selain itu, setiap wajah mempunyai mulut sebanyak satu juta. Manakala setiap mulut mempunyai lidah sebanyak satu juta juga. Setiap satu lisan boleh mengucapkan satu juta macam bahasa. Padahal setiap lisan membaca istighfar untuk orang-orang mukmin yang berdosa. Kemudian setiap mata menitiskan air mata tujuh ribu titisan. Lalu setiap titisan air mata itu ALLAH SWT ciptakan satu malaikat yang bentuknya serupa dengan malaikat Mikail. Tugas mereka adalah membaca tasbih hingga ke hari kiamat. Nama mereka ialah Karubiyyun.Di samping bertasbih, mereka juga bertugas sebagai pembantu malaikat Mikail melakukan tugas, iaitu menurunkan hujan, menjaga tumbuh-tumbuhan dan menurunkan rezeki. Disebutkan bahawa setiap sesuatu yang berada di dalam laut, buah-buahan yang berada di pohon dan tumbuh-tumbuhan yang berada di atas bumi, ALLAH SWT mengutuskan satu malaikat untuk menjaganya.

MALAIKAT MIKAIL TIDAK PERNAH TERTAWA SEJAK NERAKA DICIPTAKAN 

MALAIKAT MIKAIL A.S

Rasulullah SAW bertanya kepada Jibril, "Mengapa aku tidak pernah melihat Malaikat Mikail tertawa sama sekali?" Jibril AS menjawab "Mikail tidak pernah tertawa sejak neraka diciptakan" (HR Ahmad dan Abu Syeikh). Malaikat Jibril dan Malaikat Mikail mendatangi Rasulullah SAW ketika baginda sedang bersiwak.Lalu Rasulullah memberikan siwak kepada Malaikat Jibril. Maka Malaikat Jibirl berkata, "Yang Besar!". Al-Hakim berkata: iaitu berikanlah siwak tersebut kepada Mikail A.S kerana ia lebih besar. (HR At-Timmidzi). Rasulullah SAW bersabda: "Para pembantuku dari penduduk langit adalah Jibril dan Mikail. Manakala dari bumi adalah Abu Bakar dan Umar" (HR Al-Hakim dan Abu Sa'id) "Muazzin penduduk langit adalah Jibril, sedangkan imam mereka ialah Mikail yang mengimami di Baitul Ma'mur. Maka para malaikat berkumpul, mengelilingi Baitul Ma'mur, bersolat dan beristighfar, lalu ALLAH SWT menjadikan pahala istighfar dan tasbih mereka untuk umat Muhammad S.A.W". (HR Ad-Dailami). "Aku bersaksi kepada Allah, sesungguhnya aku benar-benar telah diberitahu oleh Mikail yang berkata, "Aku bersaksi kepada ALLAH,sesungguhnya aku benar-benar telah diberitahu oleh Israfil dari lauhul mahfuzh bahawa ALLAH SWT berfirman, "Peminum arak seperti menyembah berhala". (Diriwayatkan oleh Al-Mutaqqi Al-Hindi).

TUGAS-TUGAS LAIN
Di samping bertugas menurunkan rezeki dan hujan, malaikat Mikail juga sering mendampingi malaikat Jibril dalam melaksanakan tugas-tugasnya. Di antaranya; Ketika malaikat Jibril menjalankan tugas membelah dada Nabi Muhammad S.A.W untuk dicuci hatinya kerana akan diisi dengan iman, Islam, yakin dan sifat hilim. Ketika itu peranan malaikat Mikail tidak kalah pentingnya, ia datang dan pergi untuk mengambil air zam-zam bagi mencuci hati Nabi Muhammad SAW. Ketika Nabi Muhammad S.A.W Isra' dan Mi'raj, malaikat Mikail bersama-sama malaikat Jibril ikut mendampingi Baginda S.A.W selama dalam perjalanannya. Disebutkan juga bahawasanya malaikat Mikail juga bertugas sebagai pesuruh untuk menyampaikan lembaran kepada malaikat maut dari sisi ALLAH. Dalam lembaran itu tertulis nama orang yang diperintahkan untuk mencabut nyawanya, tempatnya dan sebab munasabah cabutan.

Wallahulam... Bayangkanlah Malaikat Mikail A.S Tidak Pernah Tertawa Sejak Neraka Diciptakan Tetapi Kita Manusia Ini Sentiasa Ketawa Dan Bergurau Senda...MasyaAllah....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan