Tuesday, April 26, 2011

Berkongsi Pada Yang Mahu...

Noor Hasnah Adam ...berilmu pada yang tahu...:


Hubungan antara ilmu dengan pemimpin amat erat. Allah SWT telah berfirman bahawa;
“Adakah sama orang yang berilmu dengan orang tidak berilmu?”
(Az-Zumar:9)

Ilmu adalah cahaya dan penyuluh jalan. Tanpa ilmu manusia dalam kegelapan dan mudah tersesat. Disebabkan itulah, ilmu mesti mendahului amal. Amal tanpa ilmu bagaikan debu pasir yang berterbangan memedihkan mata. Orang yang tiada ilmu mudah ditipu oleh syaitan. Mereka mudah disesatkan oleh manusia yang pandai bercakap, yang mempunyai kelebihan dan sebagainya. Memimpin masyarakat juga merupakan amalan dan ibadah. Namun jika kita mahu beribadah, kita mestilah berilmu kerana ibadah tanpa ilmu akan hancur malah penuh kebinasaan.
Kehidupan merupakan maknawiah yang memberi pengajaran kepada mereka yang mampu berikhtiar mengenali diri dan rahsia hidupnya.
Pemimpin yang bebal dan bodoh, tidak layak memimpin masyarakatnya kerana tidak mengenali pola-pola kehidupan yang sarat dengan makna dan maknawiah yang mana baik dan buruk, hitam dan putih, siang dan malam, ghaib dan nyata adalah peristiwa manusia itu sendiri.

Seseorang Pemimpin perlulah TAHU. Apabila dah TAHU barulah Berilmu. Apabila dah berilmu barulah boleh dikatakan pemimpin yang BIJAK, CERDIK, PANDAI dan ARIF

4.1 Ilmu Alam
1. Tahu hujan yang berpokok
2. Tahu serai yang berumpun
3. Tahu ayam yang berinduk
4. Bijaknya menyimak kicau murai
5. Tahu hutan yang berlarangan
6. Tahu rimba yang berpunya
7. Bijak melangkah dalam onak
8. Pandai menggenggam bara hangat
9. Pandai membaca tanda alamat
10. Pandai mengunut mengikut jejak

4.2 Ilmu Agama
1. Tahu hidup berkesudahan
2. Tahu mati berkekalan
3. Cerdik menyimak dengan syarak

4.3 Ilmu Berbahasa
1. Tahu kata yang berpangkal
2. Tahu tepian yang berbahasa
3. Bijak menangis bersilat lidah
4. Cerdiknya mengurung dengan lidah
5. Pandai menyimpai dengan lidah

4.4 Ilmu Ekonomi
1. Tahu dagang bertepatan
2. Tahu ladang yang bergalang
3. Bijak menarik rambut di tepung
4. Bijak mengindang beras berantah
5. Cerdik berlapang dalam sempit
6. Pandai makan tidak menghabiskan
7. Pandai minum tidak mengeringkan
8. Pandai menyimpan tidak berbau

4.5 Ilmu Matematik 
1. Bijak menyukat sama pepat
2. Bijak mengukur sama panjang
3. Bijak menimbang sama berat

4.6 Ilmu Pelayaran
1. Bijak belayar di angin sakal
2. Bijak berkayuh menongkah arus
3. Cerdik berlayar di perahu bocor

4.7 Ilmu Politik
1. Tahu duduk pada patutnya
2. Tahu tegak pada layaknya.
3. Tahu rumah yang bertua
4. Tahu kampong yang berpenghulu
5. Tahu negeri yang beraja
6. Pandai mencencang dengan undang

4.8 Ilmu Seni
1. Bijak menepis tuntung keris
2. Bijak menyimpai arif mengungkai
3. Pandai menilik kilat beliung
4. Pandai meneroka kilat cermin

4.9 Ilmu Sosial
1. Tahu galas bersandaran
2. Bijak membuka simpul mati
3. Bijak memberi kata putus
4. Bijak marah dalam tertawa
5. Bijak senyum dalam susah
6. Cerdik mengikat dengan adat
7. Cerdik berunding sama sebanding
8. Cerdik muafakat sama setingkat
9. Cerdik mengalah tidak kalah
10. Cerdik duduk tidak suntuk
11. Cerdik tegak tidak bersundak
12. Pandai menghapus arang di kening
13. Pandai menyambung patah arang
14. Pandai mengunci dengan budi
15. Pandai memilih tempat jatuh

4.10 Ilmu Mengenal Diri
1. Tegangnya berjela-jela, Kendurnya berdenting-denting
2. Di dalam tinggi ianya rendah, Di dalam rendah ianya tinggi
3. Pada yang jauh ianya dekat, Pada yang dekat ianya jauh
4. Kerasnya tidak tertakik, Lembutnya tidak tersudu


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...