Ahad, 20 Februari 2022

Positif Covid-19


Siapa sangka, siapa menduga haaaa lirik lagu tu hahaha... Eh! Boleh gelak pulak. Eemmmm..... Nak kata apa, dah positive. Aku pun Tak pasti datangnya dari mana. Malah weekend x ke mana pun, hanya ke kedai makan je, itu pun yang dekat depan kondo. 
Pun begitu aku dah rasa lain mcm, tekak rasa kering sangat, Jumaat da mula batuk2. Sabtu hidup meleleh pulak, selesema.

Bila rasa Tak puas hati, mula la cari RTK. Sajeee... Bimbang entah kemana2 je Aku ni Kang. Pagi2 dah ke speed mart, tutup lagi le pulak. Singgah 7E... X de jugak.

Sudahnya aku p kije, beli breakfast, itu pun bungkus. Borak2 dengan PT, rupanya di office ada. Huhu x de pengalaman,  sampai Dua kali buat, sebab first x de line. 2nd buat, ada bayang2 2 line. ah sudah positive.

Tak lama lepas tu Aku pun balik laaaaa

Masa ni x tau lagi positive

Aku pun tak tau siapa close contact aku, cuma bila aku positif, bos pun buat test RTK positif jugak. Baru ingat khamis selepas program kita orang makan ABC jagung kongsi 1 bekas, kan mendapat. Tak sangka memang tak sangka, benda nak jadi.

Mula la rasa sayu, da la tak sihat, x de kawan rapat. Kuarantin kendiri di bilik je. Kesian roommate aku terpaksa pindah sementara waktu ke rumah kawan dia.

Aku hanya sempat beli makanan ringan yang simple2 je, roti, Quaker oat, air miniral, magie dan Panadol. Tak berani nak singgah sana sini bila da tau positif. Biskut pun roommate yang tanya nak beli apa2 Tak? Kalau x, sampai ke sudah x berbiskut Aku.



Stok makanan, nasi x makan da beberapa hari ni. Jadi la buat alas perut, jangaƱ tak makan je. Tak de la makan sedap2, main order kat kedai kan seperti sebelum ni. Kalau kuarantin kat Putrajaya kan best. Macam2 bantuan dapat. Duduk rumah pun tak risau.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SESEDAP RASA