Salam… ada rumah nak disewakan? Serabut nak buat perjanjian? Senang je... edit je perjanjian kat bawah ni... ni ambe amik kat mane tah last year.. dah lupe... bukan sengaja tak nak bagi kredit kat manusia tersebut.. hehehe... tapi ni dah edit la.. sbb ambenye umah sewa ade perabot sket... maybe kalo penyewa ni kua nak buat fully furnished... tgk bajet la... tapi harap2 org yg stay skang stay je selama-lamanya sbb dia memang skema badak punya penyewa...[so far larr]... ok sampai jupe lagi di lain edisi kopi n pes.... :P



PERJANJIAN PENYEWAAN RUMAH
UNTUK KEDIAMAN

[alamat umah]
25150 KUANTAN,
PAHANG DARUL MAKMUR.



DI ANTARA



[tuan umah]


DAN


[penyewa]

1 FEBRUARI 2011













BORANG MAKLUMAT PENYEWA


Nama:
No. Kad Pengenalan:
No. Tel. Bimbit:
Alamat Tetap/Asal:
No. Tel. Rumah:
Pekerjaan:
Alamat Pejabat:
No. Tel. Pejabat:
No. Faks:
Tempoh Sewaan:
Jumlah penghuni:
Salinan Kad Pengenalan: (Y/T)












PERHATIAN: SEGALA MAKLUMAT YANG DIBERIKAN ADALAH SEBAGAI RUJUKAN BAGI PIHAK TUAN RUMAH DAN IA DIKLASIFIKASIKAN SEBAGAI SULIT SERTA TIDAK AKAN DIGUNAKAN UNTUK TUJUAN SELAIN DARIPADA PROSES PERJANJIAN PENYEWAAN RUMAH UNTUK KEDIAMAN INI.
JADUAL PERTAMA


BIL. PERKARA MAKLUMAT
1.
HARI DAN TAHUN PERJANJIAN DIBUAT

2.
TUAN RUMAH

NAMA:
NO. KAD PENGENALAN:

3.
PENYEWA

NAMA:
NO. KAD PENGENALAN:

4.
RUMAH

ALAMAT RUMAH YANG DISEWA:

5.
JENIS BANGUNAN









JADUAL KEDUA


BIL. PERKARA MAKLUMAT

1.
TEMPOH MENYEWA

NOTIS 2 BULAN

2.
TARIKH BERKUATKUASA

1 Februari 2011

3.
SEWA BULANAN

RM 480.00

4.
JENIS & TARIKH PEMBAYARAN
TUNAI KE AKAUN CIMB BANK
(NO:)

PADA 24-30HB SETIAP BULAN


5.
WANG CAGARAN PENDAHULUAN
a) SEWA(1 BULAN) + DEPOSIT (2 BULAN)
b) UTILITI (ELEKTRIK + AIR)

JUMLAH:





RM

6.
PEMBAHARUAN PERJANJIAN

1 Januari setiap tahun








JADUAL KETIGA

PERABOT SEDIA ADA DIDALAM RUMAH


BIL. PERKARA MAKLUMAT

1.
KATIL DAN TILAM SAIZ QUEEN


2.

KATIL DAN TILAM SAIZ SINGLE


3.

ALMARI PAKAIAN 4 PINTU


4.

ALMARI RENDAH


5.
MEJA KOMPUTER


6.

SOFA 3+2+1


7.

MEJA MAKAN 4+1

8.

KABINET DAPUR

9.

KABINET TELEVISYEN

10.



DEPOSIT: TIADA



MAKA PENYEWA DISINI BERSETUJU DENGAN TUAN RUMAH SEPERTI BERIKUT:

1. Membayar sewa pendahuluan pada tarikh seperti mana ditetapkan.

2. Bertanggungjawab membayar segala bil-bil air, elektrik dan telefon yang dikenakan pada Rumah tersebut semasa penyewaan ini berjalan.

3. Penyewa bertanggungjawab secara peribadi dan/atau bersama untuk membayar bayaran sewa dan bayaran perenggan (2).

4. Tidak menggunakan dan/atau membenarkan Rumah Tersebut dan/atau sebahagian daripada Rumah tersebut digunakan untuk kegiatan haram, menyalahi undang-undang atau tidak bermoral, sama ada perniagaan atau perdagangan dan perjudian, memberi perlindungan kepada pesalah undang-undang dalam apa jua bentuk sekali pun.

5. Tidak menyewakan atau menyerahkan samada secara keseluruhan dan/atau sebahagian dari ruang rumah tersebut kepada orang lain tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran dari Tuan Rumah dan sekiranya penyewa mengingkari kehendak dan maksud perenggan ini maka Tuan Rumah berhak mengutip kesemua bayaran sewa yang dibayar oleh orang lain dan/atau seterusnya Tuan Rumah berhak mengambil apa-apa tindakan seperti mana yang ditetapkan dalam surat perjanjian ini.

6. Tidak membenarkan dan /atau melaksanakan apa-apa perubahan bentuk dan/atau perubahan tambahan samada di bahagian luar atau bahagian dalam Rumah tersebut walau dengan apa cara sekali pun tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis dari Tuan Rumah.

7. Tidak akan menyimpan dan/atau membiak sebarang haiwan di dalam kawasan Rumah dan/atau dimana sahaja dalam Rumah tersebut.

8. Tidak membawa dan/atau menyimpan di dalam Rumah apa jua jenis senjata, bahan letupan, bahan beracun dan/atau bahan merbahaya yang mudah meletup dan/atau yang mudah terbakar kecuali setelah memenuhi tuntutan undang-undang dan mendapat kebenaran dari pihak berkuasa berkenaan dan persetujuan Tuan Rumah.

9. Menjaga kebersihan seluruh luar dan dalam bangunan Rumah tersebut termasuk ruangan kaki lima serta jalan di sekeliling rumah tersebut sebagaimana ditentukan oleh Tuan Rumah atau pegawai-pegawai atau wakil-wakil yang diberi kuasa olehnya.

10. Menjaga dan mempastikan keadaan di dalam Rumah tersebut sepanjang tempoh penyewaan ini supaya sentiasa berada didalam keadaan baik dan boleh diduduki (susutan biasa samaada kerosakan oleh api, ribut taufan atau lain-lain bencana alam dikecualikan).

11. Jika ingin menggantung bingkai gambar, dinding hendaklah dibuat lubang menggunakan drill penebuk dan dimasukkan ‘wallpluck’.

12. Penyewa tidak dibenarkan memasang kunci tambahan tanpa kebenaran bertulis daripada Tuan Rumah. Tuan Rumah akan diberikan pendua kesemua kunci yang dipasang atas tanggungan penyewa, sebelum ia dipasang.

13. Tidak membenarkan atau memberi kebenaran bagi apa jua perkara yang melanggar undang-undang, undang-undang kecil atau peraturan kerajaan atau mana-mana pihak berkuasa yang lain yang melibatkan Rumah berkenaan atau yang boleh menyebabkan polisi insurans yang melindunginya daripada kerugian atau kemusnahan akibat kebakaran menjadi tidak sah atau menyebabkan premiumnya bertambah.

14. Tidak melakukan dan/atau membenarkan sesiapa sahaja melakukan apa saja perbuatan sumbang atau salah laku atau sebarang perbuatan yang menyalahi undang-undang di Rumah tersebut yang mana ianya boleh menganggu suasana atau ketenteraman atau rasa tidak senang penduduk di kawasan tersebut.

15. Penyewa hendaklah menyelesaikan sebarang pertelingkahan dengan jiran secara aman dan bertanggungjawab.

16. Membenarkan Tuan Rumah atau wakil yang telah diberikan kuasa olehnya atau pekerja-pekerja yang diupah pada bila-bila masa sahaja yang munasabah memasuki Rumah tersebut untuk membuat pemeriksaan atau pembaikkan kepada rumah tersebut yang mana Tuan Rumah menganggap adalah mustahak.

17. Bertanggungjawab membaiki sebarang kerosakan yang disebabkan oleh penyewa atau pekerja-pekerja yang diupah penyewa atau pelawat dengan kebenaran Penyewa kepada kawasan bangunan, longkang ataupun lain-lain bahagian yang berkenaan atau membayar balik kepada Tuan Rumah semua perbelanjaan yang dibelanjakan bagi membaiki kerosakan itu yang disebabkan oleh penyewa.

18. Penyewa bersetuju untuk menyewa Rumah tersebut dalam keadaan baik dan bersih yang sedia ada. Penyewa juga bersetuju untuk menyerahkan kembali Rumah tersebut dalam keadaan sama atau lebih baik kepada Tuan Rumah dan menanggung bayaran membersih jika Tuan Rumah mengupah orang untuk membersihkannya apabila tempoh perjanjian penyewaan ini tamat ataupun ditamatkan mengikut syarat-syarat yang terkandung dalam dalam perjanjian.


TANGGUNGJAWAB TUAN RUMAH:

1. Akan membayar Cukai Pintu, Cukai Tanah, Indah Water, Bil Penyelenggaraan lain yang dikenakan ke atas Rumah tersebut.

2. Membaiki sebarang kerosakan besar yang menimpa ke atas Rumah tersebut yang mana ianya bukan disebabkan oleh kelalaian penyewa dan juga memperbaiki apa-apa kerosakan biasa yang disebabkan oleh "Fair Wear dan Tear" dan Tuan Rumah bertanggungjawab bagi mengawas dan mengurus segala kerja-kerja pembaikan ke atas rumah tersebut di sepanjang tempoh penyewaan ini.

3. Tuan Rumah akan mengembalikan wang cagaran kepada penyewa pada hari penghujung penyewaan ini tertakluk kepada syarat-syarat di mana wang cagaran boleh digunakan oleh Tuan Rumah bagi menjelaskan sewa rumah yang tertunggak dan/atau untuk perbelanjaan memperbaiki apa jua kerosakan atau kemusnahan daripada perbuatan sengaja atau cuai atau lalai pihak penyewa, kakitangan dan/atau wakilnya dan untuk sebarang bayaran yang dikenakan ke atas penyewa mengikut syarat-syarat yang terkandung dalam perjanjian ini dan/atau perbelanjaan yang ditanggung oleh tuan rumah untuk tujuan mengekalkan keadaan rumah seperti keadaan semasa perjanjian ini ditandatangani.

4. Memastikan langkah-langkah keselamatan rumah telah dibuat sebelum Penyewa mendiami Rumah seperti pemasangan jeriji besi, tombol pintu dan tingkap berada dalam keadaan baik, sistem pendawaian rumah dan bekalan air boleh digunakan dengan baik dan selamat.



PERSETUJUAN TUAN RUMAH DAN PENYEWA:

1. Tuan Rumah hendaklah menyerah kunci rumah kepada penyewa selepas penyewa membayar wang cagaran melainkan dipersetujui bersama oleh kedua-dua pihak.

2. Sekiranya perjanjian tamat atau ditamatkan oleh Tuan Rumah atau Penyewa, adalah menjadi tanggunjawab penyewa untuk menyerahkan kunci rumah kepada Tuan Rumah atau wakilnya dengan segera.

3. Sekiranya sewa bulanan tidak dibayar serta menjadi tunggakan ke bulan berikutnya maka penyewa bertanggungjawab membayar pada tarikh yang dipersetujui dan dijanjikan dengan Tuan Rumah. Sekiranya tiada bayaran diterima pada tarikh yang telah dipersetujui, wang cagaran akan digunakan untuk membayar tunggakan tersebut dan Tuan Rumah berhak untuk menamatkan perjanjian penyewaan ini.

4. Sekiranya penyewa berkehendakkan tempoh penyewaan diperbaharui apabila tempoh sepertimana terkandung didalam perjanjian ini tamat maka penyewa mestilah mengemukakan notis bertulis kepada Tuan Rumah tidak kurang dua (2) bulan sebelum tamat tempoh penyewaan tersebut.

5. Tuan Rumah berhak untuk tidak memperbaharui tempoh penyewaan.

6. Tuan Rumah berhak untuk menamatkan tempoh penyewaan ini sekiranya berlaku perlanggaran atau bila mana Tuan Rumah berkehendakkan semula Rumah tersebut bagi apa-apa tujuan dengan mengemukakan tidak kurang dari satu bulan (1) notis bertulis kepada penyewa.

7. Penyewa berhak menamatkan penyewaan dengan memberi notis bertulis tidak kurang dari satu (1) bulan kepada Tuan Rumah atau wang cagaran tidak akan dikembalikan.

8. Penamatan oleh Penyewa tidak akan melepaskan penyewa dari membayar kepada Tuan Rumah apa-apa bayaran yang tertunggak seperti yang dinyatakan dalam perjanjian ini.

9. Sebarang pertikaian diantara Tuan Rumah dan Penyewa mengenai Penyewaan Rumah tersebut hendaklah diselesaikan secara aman dan baik. Jika penyelesaian tidak dapat dicapai hendaklah diselesaikan melalui timbangtara.

















PADA MASA MENYAKSIKAN HAL-HAL DI ATAS pihak-pihak yang tersebut dalam
perjanjian ini telah menurunkan di sini tandatangan mereka pada haribulan dan tahun
yang tersebut di atas.




.....................................................................................
Tuan Rumah
Nama:
No. Kad Pengenalan:
Tarikh:


.....................................................................................
Penyewa/Ketua Rumah
Nama:
No. Kad Pengenalan:
Tarikh:




.....................................................................................
Saksi
Nama :
No. Kad Pengenalan:
Tarikh :



.....................................................................................
Saksi :
Nama :
No. Kad Pengenalan:
Tarikh :
Hit: 16 Laman Asal