SEJARAH BUKIT IBAM.
Bermula dalam tahun 1940an –Tempat terletaknya
bandar ini, sekarang asal awalnya dijumpai oleh seorang asli suku Semelai
bernama Leman. Menurut ceritanya kerja beliau seharian mencari rotan, apabila
letih beliau bebaring rehat.
Beliau menyedari ada sesuatu yang
luar biasa ditempat baringannya iaitu seketul batu. Leman membawa batu tersebut
ke Kuala Rompin dengan bersampan dari Pasir Aur (sekarang Kg.Aur) dan berjumpa
dengan kenalannya bernama Sidek seorang peniaga rotan, damar yang sentiasa
berurusan dengan masyarakat orang asli.
Sidek, kemudiannya membawa batu itu
kepada Pengurus Syarikat EASTERN MINING & METAL COMPANY (EMMCO). Seorang
Inggeris di Bukit Besi, Dungun, Trenggannu. Pihak syarikat ini, kemudiannya
menghantar beberapa orang penyelidik untuk menjalankan kajian tersebut.
Kajian mendalam selanjutnya, telah
disambung semula selepas perang Dunia Kedua. Apabila didapati kawasan ini
mempunyai potensi yang baik untuk menjalankan perusahaan melombong bijih besi,
syarikat ini telah berunding dengan Kerajaan negeri untuk mendapatkan pajakan
galian. Pada 12hb Jun 1957- Pajakan galian diluluskan kepada syarikat EMMCO,
selanjutnya pihak syarikat ini telah menubuhkan sebuah anak syarikat bernama –
ROMPIN MINING COMPANY (ROMPINCO). Untuk mengusahakan lombong tersebut.
Untuk mengenang jasa LEMAN dan
sahabatnya SIDEK pihak syarikat ROMPINCO. yang baru ditubuhkan itu, bercadang
membayar saguhati berjumlah RM 100.00 sebulan kepada mereka, sebagai mengenang
jasa orang yang mula-mula menjumpai bijih Besi dikawasan tersebut. Dari masa
kemasa LEMAN dan sahabatnya, mendapati bahawa saguhati terlalu rendah dan dia
telah meminta supaya jumlah saguhati tersebut dinaikkan. Walau bagaimanapun
syarikat perlombongan ini, berpendapat bahawa tuntutan tersebut tidak boleh
dipertimbangkan. Untuk mengelakkan syarikat perlombongan ini telah mengubah
nama tempat ini (tempat yang dijumpai) Menjadi – BUKIT IBAM, suatu nama baru
dalam sejarah Tanah air.
Nama BUKIT IBAM, adalah satu nama
yang baru kerana berdasarkan peta MALAYA yang dikeluarkan dalam tahun 1951 nama
BUKIT IBAM, masih belum tercatat di mana-mana . Mengikut kata ” – G. SCLLOW
bekerja sebagai Electrical Superintendent ROMPINCO. beliau menyatakan
pengertian I.B.A.M ringkasan huruf nama yang diambil daripada tajuk sebuah buku
iaitu – ²I BOUGHT A MOUNTAIN² yang dibaca oleh Mr.Fittburg,
seorang jurutera ukur syarikat tersebut. Semasa beliau (Mr.Fittburg)
menjalankan kerja-kerja ukur landasan keretapi laluan Bukit Ibam ke Tg. Tengku,
KualaRompin. Daripadanya lah terbit nama – BUKIT IBAM. Selepas kejayaan beliau
bersama pekerja-pekerja membuat pengukuran laluan landasan sehingga ke tapak
lombong tersebut lalu bertanya salah seorang pekerja beliau – ²Apa nama Bukit tersebut ² satu pertanyaan yang sukar dijawab.
Akhirnya beliau menyatakan nama bukit tersebut diambil dari ringkasan I.B.A.M
iaitu ²I BOUGHT A MOUNTAIN². Perlombongan bijih besi di Bukit
Ibam dipercayai bermula selepas negara mencapai kemerdekaan. Bukit Ibam merupakan
antara pengeluar bijih timah yang terbesar di Asia suatu ketika dulu.
Pelbagai cerita mengaitkan asal usul
kewujudan di sebalik nama Bukit Ibam ini. Dikatakan suatu ketika dahulu,
seorang Tok Batin yang dikenali nama Ibang sering ke Bandar Rompin. Pada suatu
hari, beliau telah bertemu dengan Sir Robinson yang kebetulan sedang meninjau
perkembangan bijih besi di Dungun. Beliau kemudiannya membawa Sir Robinson
berjalan-jalan di sekitar Mukim Keratong sehinggalah dia terlihat pemandangan
bukit-bukau.
Sir Robinson lalu bertanyakan kepada
Ibang nama bukit tersebut, Ibang hanya menggeleng kerana dia tidak mengetahui
nama bukit tersebut. Sir Robinson kemudiannya berkata “I Bought A Mountain”.
Lama-kelamaan nama bukit tersebut menjadi Bukit Ibam singkatan dari ungkapan “I
Bought A Mountain” tadi.
Pada tahun 1964, Sir Robinson mula
menerokai perlombongan bijih besi di Bukit Ibam. Beliau telah menjadikan
syarikatnya iaitu Rompin Mining Co. sebagai salah satu syarikat pengeluar bijih
besi terbesar ketika itu.
Ada juga yang mengatakan nama Bukit
Ibam diambil sempena nama Tok Batin yang bertemu dengan Sir Robinson, iaitu
Ibang. Namun, disebabkan loghat masyarakat setempat yang agak sukar untuk
menyebut nama Ibang, akhirnya bertukar menjadi Ibam. Selain itu, ada juga yang
mengatakan nama Bukit Ibam merupakan singkatan dari Iron Boxside Aluminium
Magnesium
HISTORY OF THE IBAM HILL.
In
1940
-The location of the city, now home originally found by an indigenous Semelai tribe
named Leman. According to the story of his work day looking for rattan, when he
tired portia her break. He realized there was something unusual on his place of
rest that was a stone. Leman bring the stone to Kuala Rompin
by canoe from Pasir Aur (now Kampung Aur) and met with an
acquaintance named Sidek a dealer cane, resins that are dealing with aboriginal
communities.
Sidek,
then brought it to the Manager Company EASTERN METAL MINING COMPANY (EMMCO).
An Englishman in Bukit Besi, Dungun, Trengganu. The company was subsequently
sent several investigators to conduct studies. Further in-depth study, has
resumed after the Second World War. When available, this area has a good
potential to carry iron ore mining company, the company has been in talks with
the state government to getting mining leases. On 12th June 1957- mineral
leases granted to the company EMMCO, then the company has
established a subsidiary named – (ROMPIN MINING COMPANY (ROMPINCO).
To
operate the mine. To commemorate LEMAN and his party SIDEK
.ROMPINCO company. The newly formed
company, intends to pay a consolation prize of RM 100.00 per month to them, as
a tribute to the people who first discovered iron region. From time to time
LEMAN and his companion, found that consolation was too low and he had
requested that the increased number of consolation. However this mining
company, believes that the claims are not considered. To avoid this mining
company has changed the name of this place (where found) Being - BUKIT IBAM, a
new name in the history of the Motherland.
Name of BUKIT IBAM, is a new name because by
map MALAYA
issued in 1951 BUKIT IBAM , has not recorded anywhere. By the word '- G. SCLLOW worked as Electrical
Superintendent ROMPINCO .He said a letter of understanding I.B.A.M a name taken from the title of a
book that is - I BOUGHT A MOUNTAIN read by Mr.Fittburg, an engineer
surveying company.
During his
(Mr.Fittburg) carry out survey work Bukit Ibam railway route to Tanjung Tengku, KualaRompin. From it is
derived the name - BUKIT IBAM .After the success of his co-workers made the
measurement rail routes up to the mine site and asked one of his employees - What
the name of that hill and it’s a difficulty question and nobody dare to answer
of that question and. finally he said the name is taken from I.B.A.M the I BOUGHT A MOUNTAIN. Mining of iron in Bukit Ibam believed to have started after
the country achieved independence. Bukit Ibam is between ore producers the largest
in Asia some time ago.
Various stories
relate the origin of life despite the name Bukit Ibam. It was said a long time
ago, a Tok Batin known name Ibang to Bandar Rompin. One day, he
met with Sir Robinson who happened to be reviewing the development of iron ore
in Dungun. He then took Sir Robinson stroll around Keratong until he looks view
of the hills. Sir Robinson then asked the name of the hill Ibang, Ibang just
shook his head because he did not know the name of the hill. Sir Robinson later
said 'I Bought a Mountain'. Over time the name of the hill is the Bukit Ibam abbreviation
of the phrase 'I Bought a Mountain' earlier.
In 1964, Sir
Robinson began to explore the mining of iron ore in Bukit Ibam. He has made the
company which Rompin Mining Co. as one of the largest iron ore producers when
it Some even say the name taken from the name Bukit Ibam Tok Batin who met with
Sir
Robinson, the Ibang. However, due to the accent of the local community
which is quite difficult to pronounce name Ibang, eventually turned into Ibam. apart In addition, there is also the Bukit Ibam said
the name is an acronym for Aluminum Magnesium Iron Boxside.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan