Thursday 20 May 2010

Antara kenalan dan sahabat


Bila Nurul Menulis:
Antara kenalan dan sahabat. tajuk ini aku pilih untuk dicoret pada tinta kali ini kerana dua tiga hari ini aku kerap memikirkan tentang perkara ini. Kenalan dalam definisi buyut ialah seseorang yang kita jumpa dan berkenalan, manakala sahabat pula ialah seseorang yang bersama-sama dengan kita tidak kira jauh atau dekat, susah atau senang. Itulah sahabat sejati. Walaupun jauh dimata sentiasa mengingati antara satu sama lain. cerita ini bermula ketika kami sama-sama meneruskan perjuangan ddi tingkatan enam disebuah sekolah di pekan kecil dinegara yang paling utara disemenanjung. Didalam sebuah akademi kami membina sebuah ikatan persahabatan yang kukuh dan erat. Bagai aur dengan tebing dan isi dengan kuku perhubungan kami. segala perkara dan keputusan kami putuskan bersama. mungkin kelas kami kelas yang paling pelik di Malaysia kerana hanya ada seekor kumbang yang menemani 7 kuntum bunga rose dalam sebuah taman yang dipanggil akademi 6 atas. setahun setengah kami berhempas pulas mengumpul ilmu untuk mencapai cita-cita yang satu iaitu untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti. kami mengikrar janji iaitu persahabatn ini sampai keakhir hayat. sejauh manapun kita berpisah kita tidak akan melupakan antara satu sama lain. namun apabila harapan itu telah datang masing-masing membawa haluan masing-masing. janji hanya tinggal janji. kenangan indah bersama dibuang tanpa ada kesan dihati. sekarang, aku masih berpegang erat pada janji kita semua. sejauh manapun aku pergi nanti aku akan mengingati kisah dan kenangan kita berlapan. kenalan memang mudah didapati namun sahabat memerlukan kesetiaan untuk dijaga. seperti kekasih. walaupun sahabat ku yang seorang mahu meninggalkan semua ikrar dan janji kami namun aku akan setia walaupun hati ini terkesan dengan caranya. doaku moga sahabat ku yang satu ini bahagia sampai ke jinjang pelamin. walaupun dihari istimewamu sahabat yang satu ini tidak mengingatiku, namun aku akan terus berharap ada warkah yang akan menyusul pada ku yang tertera 'Jemputan Perkahwinan" mu padaku. insyaallah.. sejauh manapun aku ketika itu, akan ku usahakan untuk pulang melihat hari bahagiamu dengan yang tersayang. moga bahagia selamanya.. Amin..

No comments:

Post a Comment