Thursday, June 13, 2013

Assalamualaikum.....

Dengan izin Allah SWT cita-citaku untuk memiliki sebuah blog sendiri tercapai. Alhamdulillah terima kasih kepada suami tercinta sudi merealisasikan impian ini.

Aku mengambil keputusan untuk membuka blog ini selepas mengadakan perbincangan dengan suamiku, dan akhirnya dia telah memberikan keizinan untuk membolehkan aku berkongsi serba sedikit tentang kisah hidupku ini.

Hasratku menulis dan berkongsi cerita ini bukanlah untuk meraih 'rating' yang tinggi, namun aku merasa terpanggil untuk berbuat demikian, kerana aku yakin dan percaya diluar sana ada insan yang senasib dengan diriku dan 'mungkin' sukar untuk meraih simpati  mereka yang tidak pernah mengalaminya.

Mungkin setakat ini dulu 'mukadimah' dariku sebagai salam perkenalan kepada pembaca diluar sana yang mungkin sudi menerjah ke laman sesawangku yang tidak seberapa ini. Jika ada salah dan silap dan terkasar bahasa, ku pohon ampun maaf...

Wassalam...