Pada awal pagi
15 Disember, dalam angin kuat semasa salji lebat, Ōishi dan anggota ronin menyerang mahligai Kira Yoshinaka di Edo. Menurut pelan yang dirancang rapi, mereka berpecah kepada dua kumpulan dan menyerang dengan pedang dan panah. Satu kumpulan, diketuai oleh Ōishi, akan menyerang pintu pagar utama; yang lain, diketuai oleh anaknya, Ōishi Chikara, akan menyerang melalui pintu belakang. Dram akan dibunyikan bagi memulakan serangan secara serentak, dan bunyi wisel akan menandakan bahawa Kira telah mati.
Apabila dia telah mati, mereka merancang untuk memotong kepalanya, dan meletakkannya sebagai persembahan di atas kubur tuan mereka.. Mereka pula akan menyerah diri, dan menantikan apa yang diagakkan sebagai hukuman mati. Semua ini telah disahkan pada majlis makan malam terakhir, di mana Ōishi meminta mereka agar berhati-hati, dan tidak membunuh wanita, kanak-kanak, dan orang tang tidak berdaya lain.
Ōishi menyuruh empat orang memanjat pagar dan ,asuk ke bilik porter, menangkap dan mengikat pengawal di sana. Dia kemudian menghantar utusan kerumah disekeliling, menjelaskan bahawa mereka bukannya perompak, tetapi pengikut yang membalas dendam bagi tuan mereka, dan tiada kecederaan akan berlaku kepada orang lain; mereka semua adalah selamat. Jiran-jiran yang bencikan Kira, tidak berbuat apa-apa.
Selepas meletakkan pemanah (sesetengah di atas atap), bagi menghalang mereka di dalam rumah (yang masih belum sedar) daripada pergi meminta bantuan, Ōishi membunyikan dram untuk memulakan serangan. Sepuluh pengikut Kira menghalang pasukan yang menyerang dari hadapan, tetapi pasukan Ōishi Chikara's memecah masuk kebelakang rumah.
Ketakutan, Kira menyorok dalam almari dianjung verandah, bersama isteri dan pembantu perempuan. Pengiringnya yang lain, yang tidur di berek luar, cuba memasuki rumahnya untuk memberikan bantuan. Setelah mengalahkan mereka yang bertahan dihadapan rumah, kedua pasukan ayah dan anak berkumpul, dan berjuang dengan pengiring Kira yang masuk. Pengiring Kira merasakan mereka kalah, cuba mendapatkan bantuan, tetapi penghantar pesanan mereka dibunuh oleh pemanah yang telahpun bersedia menunggu.
Akhirnya, selepas pertempuran sengit, pengikut Kira terakhir ditewaskan; ketika melakukannya mereka membunuh enambelas pengikut Kira dan mencederakan dua puluh dua, termasuk cucunya. Bagaimanapun, mereka gagal menjumpai Kira. Mereka mengelidah rumah tersebut, tetapi apa yang mereka jumpai hanyalah wanita dan kanak-kanak yang menangis. Mereka mula merasa kecewa, tetapi but Ōishi memeriksa katik Kira, dan mendapati ia masih panas, dengan itu dia mengetahui bahawa Kira pasti berada dekat situ.
Kematian Kira
Pencarian baru mendapati laluan ke laman rahsia tersorok dibelakang tabir scroll besar; laman tersebut mengandungi bangunan kecil untuk menyimpan arang dan kayu memasak, di mana dua orang pengikut Kira yang bersenjata sedang menyorok ditewaskan dan dibunuh. Pengeledahan bangunan menjumpai seorang lelaki bersembunyi; dia menyerang mereka dengan pisau tetapi ditumpaskan dengan mudah.
Dia enggan menyatakan namanya, tetapi pencari pasti dia adalah Kira, dan membunyikan wisel. Para ronin berkumpul, dan Ōishi, dengan tanglung, melihat bahawa ia memang benar Kira - sebagai bukti terakhir, pada bahagian kepalanya terdapat parut dari serangan Asano.
Dengan itu, Ōishi melutut, dan kerana menghormati pangkat tinggi Kira, dengan hormatnya memberitahu Kira bahawa mereka adalah pengiring Asano, yang datang untuk membalas dendam baginya sebagaimana yang akan dilakukan seorang samurai sebenar, dan mengajak Kira agar mati sebagai samurai sebenar, dengan membunuh dirinya sendiri. Ōishi memberi isyarat bahawa dia sendiri akan bertindak sebagai
orang kedua, dan menawarkannya pisau yang sama yang digunakan oleh Asano untuk membunuh dirinya.
Bagaimanapun, walau bagaimana carapun mereka memintanya, Kira hanya mampu duduk bertinggung, membisu dan mengeletar. Akhirnya, setelah memutuskan bahawa ia tidak berguna untuk merayu, Ōishi memerintah para ronin memegangnya ke bawah, dan membunuhnya dengan memotong kepalanya dengan pisau. Mereka kemudiannya memadamkan semua lampu dan api di dalam rumah (bagi mengelakkan rumah tersebut terbakar, atau memulakan kebakaran yang mampu melarat ke rumah jiran Kira), sebelum pergi, membawa bersama kepala Kira. Salah seorang ronin, yang paling muda, diperintahkan untuk pergi ke Akō untuk memberitahu mereka bahawa dendam mereka sudah terbalas.
Selepasnya
Dalam perjalanan kembali ke Sengakuji, ronin ditahan ditengah jalan dan diajak berehat dan minum.
Kerana hari semakin siang, dengan cepat mereka membawa kepala Kira ke kubur tuan mereka di kuil
Sengaku-ji, menyebabkan kekecohan ditengah jalan. Berita tersebut tersebar dengan pantasnya, dan semua orang ditengah perjalanan mereka memuji mereka, dan menawarkan makanan dan minuman.
Apabila sampai ke kuil, baki empat puluh enam ronin membasuh dan membersihkan kepala Kira di telaga, dan pisau yang digunakan dihadapan kubur Asano. Mereka kemudian bersembahyang di kuil, dan memberikan ketua kuil abbot kesemua wang yang mereka ada, memintanya mengkebumikan mereka dengan baik, dan bersembahyang bagi mereka. Mereka kemudian menyerah diri; kumpulan tersebut dipecahkan kepada empat kumpulan dan diletakkan dibawah kawalan empat daimyos berlainan.
Semasa itu, dua rakan Kira datang untuk menuntut kepalanya untuk dikebumikan; resit asal untuk pelepasan kepala tersebut masih tersimpan di kuil tersebut, yang ditanda tangani oleh sami dan kawan Kira.
Pegawai-pegawai shogunate berada di dalam keadaan serba salah. Para samurai tersebut telah mematuhi prinsip
preceptsbushido (dengan membalas dendam ke atas kematian tuan mereka) tetapi pada masa yang sama mengingkari kuasa shogunate (kerana membalas dendam walaupun setelah dikenakan larangan). Tambahan lagi, Shogun menerima banyak petition bagi pihak ronin dari penduduk yang kagum dengan ketaatan dan keberanian mereka. Bagaimanapun, seperti yang dijangka, mereka tetap dihukum mati, tetapi Shogun menyelesaikan permasalahan tersebut dengan memerintah mereka melakukan seppuku dengan hormat, dan bukannya dihukum bunuh seperti pesalah biasa.
Keempat puluh ronin melakukannya pada
4 Februari 1703. (Ini telah menimbulkan kekeliruan semenjak itu, kerana sesetengah pihak merujuk kepada "empat-puluh enam ronin"; ini merujuk kepada kumpulan yang dihukum bunuh oleh Shogun, kumpulan penyerang sebenar berjumlah empat puluh tujuh.) Mereka juga dikebumikan di kuil Sengaku-ji, sebagaimana permintaan mereka, dihadapan kubur tuan mereka. Ronin ke empat puluh tujuh akhirnya kembali dari misinya, tetapi dia diampunkan oleh Shogun (sesetengah pihak menyatakan ini disebabkan oleh umur remajanya). Dia hidup sehingga berusia tujuh puluh lapan, dan kemudian dikebumikan bersama rakan-rakannya.
Pakaian dan senjata mereka masih tersimpan di kuil tersebut sehingga hari ini, bersama dengan dram dan wisel; perisai semuanya buatan sendiri, kerana mereka tidak mahu menimbulkan sebarang rasa syak dengan membelinya.
Kubur tersebut menjadi tempat yang dihormati, dan orang ramai berkunjung kesana untuk membuat persembahan. Salah seorang yang datang termasuk pengikut Satsuma, yang sama yang mengejek dan meludah ke atas Ōishi ketika dia terbaring mabuk dijalanan. Bercakap kepada kubur, dia memohon kemaafan keatas tindakannya, dan kerana memikirkan bahawa Ōishi bukannya samurai sejati. Dia kemudian membunuh diri di situ juga, dan dikebumikan bersebelahan dengan perkuburan ronin.
Penubuhan semula ketuanan Asano
Walaupun tindakan ini sering dilihat sebagai tindakan ketaatan, terdapat matlamat kedua, menubuhkan kembali ketuannan Asano dan mendapatkan tempat berkhidmat bagi sesama samurai. Beratus-ratus samurai yang pernah berkhidmat di bawah Asano telah kehilangan kerja dan ramai yang gagal mendapatkan kerja kerana mereka pernah berkhidmat dengan keluarga yang terhina. Ramai yang hidup sebagai petani atau kerja sampingan untuk terus hidup. Tindakan 47 ronin membersihkan arang yang tercalit dimuka dan ramai dari samurai yang tidak bekerja mendapat tawaran kerja sejurus ronin tersebut dihukum mati dengan hormat. Anak sulung Asano dibenarkan oleh Shogunate Tokugawa untuk menubuhkan kembali namanya, walaupun jajahannya dikurangkan kepada satu per sepuluh dari jajahan asal.
sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Empat_puluh_tujuh_Ronin