MAKANAN YANG BOLEH BUAT JADI PELUPA
Sesetengah makanan dikatakan boleh
mempengaruhi diri anda untuk menjadi seorang pelupa. Oleh itu, baiklah kita
makan secara berpada-pada jenis makanan penyebab pelupa terutamanya sekiranya
anda seorang pelajar.
Kenapa? Nanti jadi pelupa. Selain
daripada itu ada beberapa lagi faktor makanan yang menjurus kepada penyakit
pelupa ini. Mari kita tengok senarai di bawah ini apa makanan yang perlu
dielakkan.
Orang tua-tua selalu mengingatkan
supaya jangan selalu makan kepala ikan, kerana takut cepat jadi pelupa. Tetapi
biasanya amaran ini tidak diendahkan oleh anak-anak. Tetapi kini apabila sering
menjadi pelupa, saya mula terfikir akan kebenaran kata orang tua-tua itu. Dan
hadis juga ada mengatakan jangan banyak makan kepala ikan, nanti jadi pelupa
sebab dalam kepala ikan ada acid yang boleh rosakkan neuron-neuron dalam otak
kita (Wallahua’lam)
Pada pandangan saya benda-benda ini
seeloknya kita elakkan daripada mengambilnya dengan berlebihan ataupun
kurangkan kekerapan mengambilnya.
MAKANAN YANG
BOLEH BUAT JADI PELUPA
1.
Banyak makan epal yang sudah masam.
2. Banyak makan makanan masam termasuk asam atau
jeruk buah-buahan.
3. Banyak makan bawang besar.
4. Banyak makan makanan yang mengandungi rempah dan
ketumbar kering.
5. Memakan kepala ikan.
6. Memakan makanan dan minuman yang bercampur
dengan semut. Semut dipercayai mengandungi sejenis kimia yang boleh melemahkan
ingatan.
7. Makan sehingga terlalu kenyang.
8. Makan makanan yang disentuh oleh tikus.
9. Makan makanan yang dijual di warung-warung yang
kotor dan terdedah.
10. Minum minuman yang memabukkan seperti arak dan
tuak masam.
11. Banyak makan makanan yang mengandungi bahan
kimia termasuk bahan perasa dan bahan awet. Umpamanya, minuman bergas dan
makanan segera (junk food). Ketahuilah bahawa bahan kimia di dalamnya boleh
menumpulkan fikiran dan daya ingatan seseorang.
Setiap
perkara perlu diusahakan, seperti yang selalu simpan dalam diri ini “bahawa
kehidupan, tubuh badan dan akal fikiran adalah anugerah dan amanah daripada Allahs.w.t.
Jadi hendaklah kita menjaganya sebaik
mungkin.” Renung-renungkan, selamat beramal.