Salam semua.Selamat Menyambut Maal Hijrah.Semoga tahun baru ini akan menjanjikan perubahan yang lebih baik dalam kehidupan kita di dunia dan akhirat.

Cahaya Rabiha Dot Com masih dalam proses lagi.Agak sibuk kebelakangan ini sehingga tak berkesempatan untuk update blog ini mahupun membina laman web perniagaan.InsyaAllah akan cuba untuk siapkan Cahaya Rabiha Dot Com sebelum menjelma Tahun Baru Masihi.

Inilah masalah dengan usahawan Melayu.Suka bertangguh.Mudah2an hijrah ini akan memberi kekuatan untuk saya menyediakan diri dalam mengharungi ujian2 yang mendatang.

Hari ini saya terpanggil untuk mengisi blog ini.Semoga 2 Muharram ini akan menjadi titik tolak di dalam perubahan bentuk perniagaan terutamanya Cahaya Rabiha Dot Com supaya lebih jitu di dalam membawa penyelesaian dan memudahkan komunikasi mengikut perkembangan teknologi.

Salam perjuangan.



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Powered by ShowMeBlogger.com

Hit: 17 Laman Asal